background

Monday 9 July 2018

Setahun empat bulan πŸ’‹

Finally keputusan yg aku buat kali ni betul betul nekad. Lepas setahun empat bulan. Payah actually tapi sebab nekad. 

Okay so raya tahun ni serious puas. Sebab dapat cuti paling lama. Haha πŸ’ƒ disaat semua org dah start keje, aku masih bahagia golek atas katil main phone. Rabu ke rabu. 

Bila kau dah cuti lama, then kena start keje macam biasa. Dia rasa macam mood terhenti seketika. Haha mood raya and mood cuti sama. Nasib baik keje 2 hari je pastu cuti balik. Even sabtu kena keje sebenarnya tapi cane nak keje kan nak g johor aida kawin. Bos kena lah faham kan πŸ˜‚ and masa pegi johor tu join pika, anis dgn jima. 7am sampai 12am balik 😊 kl-johor-melaka-seremban-kl dalam sehari. Tak rare pun. Haha tapi sbb lenjan seharian mcm tu dgn diorg, first time.  

Balik kl tu continue raya and open house.  Makan makan and makan. Open house sana sini. Merata open house and harap lepas ni rajin lah nak diet balik. Haha πŸ˜‚

And back to topic, mmg after raya nak cabut tapi kenapa masih lagi rasa serba salah tu? Khamis masuk keje tu bos takde so bos atas panggil tanya mcm mcm. Nak transfer aku kat sana lah sini lah. Aku okay je, tapi bagi aku lah kan for what kau nak campak aku kat sana kalau kau tgk figure sana pun sama je. Then jumaat tu terus aku cakap dgn bos aku,  nak resign. Yaa ofcourse kena ceramah kan πŸ˜€ actually niat nak benti ni lama dah. Dari tahun lepas lagi, after raya nak blah.  Tapi diorg support, bg motivation. Yee kat luar tu mana nak dapat kawan mcm diorg ni. Tu yg fikir dua tiga kali jugak tu. Aku sebelum buat keputusan, aku fikir lah dulu kan. Takdelah semua benda nak nekad. Nekad tu kalau aku bebetul dah takde hati.

Selasa tu terus aku bg RL. Aku bukan tak fikir ke apa tapi aku dah habis fikir. Buat apa aku stay kalau aku tak boleh survive? Asyik org tolong je. Gila lah aku tak sayang, setahun lebih kut kat sini. Dari tak bertegur sampai lah bertepuk tampar. Sangat sangat rapat. Aku buat keputusan utk diri aku, life aku. Aku tak boleh ikut orang. Sbb life kita tak sama. Komitmen kau dgn aku pun lain.

Last day aku tu aku tak rasa apa langsung sampailah 4.45. Aku geram je bos buat buat lupa. Aku dahlah rushing nak g johor. Pastu bila dah settle semua lepas kemas kemas fatin panggil. Dia lah yg paling first aku ngam. Perangai dia semua dlm tangan aku πŸ˜‚ sembang semua dgn dia pastu fahmi datang terus cakap. 'Mungkin bukan rezeki kau kat sini. Goodluck lepas ni mana pun kau pegi. Jangan cepat putus asa, give up.' Terus rasa lain. Then fatin marah 'kau jgn nangis ehh!' No weh tak boleh. Aku senyum terus bangun. Tak mana ada aku nangis. Aku kuat diluar, tapi kat dlm hanya tuhan yg tahu πŸ˜ͺ

Tak tau nak mantion mana dulu sbb bagi aku semua banyak tolong aku. Asmira. Kalau dia tak tolong aku, aku tak kenal korg. Aku tak dapat pun masuk sini. Dia antara org yg berjasa gila dekat aku. Even dia ada reason utk ignore aku, tapi tak dia tak pernah sekali pun tggl aku. Duit aku banyak habis pun sbb dia 😁 haha merata ajak makan tempat best best. My good motivation. Dia brain wash aku setiap kali aku kata aku dah give up. Fatin. Orang first yg aku rapat dalam team tu. Dia pernah kata 'aku kalau nak resign pun aku fikir bos doh.' And dia pernah bg aku leads predective open. Baik gila. Mana ada org nak bg mcm tu wey masa tahun lepas. Penentu gaji kau. Tapi dia bg 😘

Bos. First impression aku kat dia 'dia sangat baik'.  Yups dia mmg baik. Benda yg takkan pernah aku nafikan. Tapi lately ni dia annoying gila. Haha πŸ‘… semangat yg dia bg kat aku / kitorg tak pernah kurang walau teruk mana pun kita jatuh and walau tinggi mana pun kita kat atas. Tapi kalau dia stress, aku tak mengaharap langsung motivation. Sbb nanti jadi lain. Sakit hati je lebih nnti. Standard mcm aku pernah kata 'kalau kita boleh terima kelebihan dia why not kita terima kekurangan dia jugak kannn. Fahmi. Aku tak minat cara dia. Menyampah gila masa memula. Then first start okay dgn dia masa dia bayarkan 100plus aku kat 7e.  Masa tu aku tak sihat. Tapi memula aku rasa dia ni kenapa saje nak baik baik dgn aku ke apa kan. Tapi lepas banyak gila dia tolong aku msg aku setiap kali aku down. And baru lah aku rasa dia okay. Aku cakap dgn dia memula aku nak resign then dia marah. Pastu aku tipu dia. So dia taktau pun aku bebetul nak blah. Last day bulan lepas dia bg aku target suruh buat pastu pepandai lah dia nak tolong aku mcm mana. Janji aku lepas dulu target yg dia bg tu. Bila dia personal dgn bos, bos bgtau aku last jumaat. Terus dia datang kat aku. 'Baru berapa bulan dah koyak ke sis?' Ni bukan cerita koyak ke give up ni cerita pasal komitmen. Then terus tak tegur aku. Sbb dia tau dia takleh buat pape aku dah tender. Thanks last wish kau utk aku!

And untuk semua, thankyou guyssss! Samada aku mantion atau pun tak, korg semua sentiasa dihati πŸ’‹ cehhhh! Haha kenangan dengan korg paling manis paling takkan aku lupa, JANJI!  Berat weh nak tggl. Sampai masa bos hantar aku kat pintu depan tu aku tak tercakap apa melainkan thankyou. Dah susun cantik cantik dah ayat tapi tak terlafaz 😬 nak jumpa semua pun tak sempat. Mana yg sempat je boleh say goodbye. Padahal memula dulu tak rapat bercakap pun tak. Ada tu yg gaduh teruk tahun lepas sampai bos kena tukar tempat, tapi tahun ni lek je cita pasal mc sebab g iv last bila apa semua. Hahaha entah lah rasa nak pusing semua balik. Tapi..... Emm pape pun wish me luck after thisssss πŸ’•

Thursday 14 June 2018

Bawangvengers **bians

2018 tahun paling busy.

Ni tempat paling lama aku stay. Aku rasa cukup lah aku nak cukupkan dua kali puasa and dua kali raya kat sini. Hati tu ada lagi kat sini tapi maybe dah give up. Aku tak tau kenapa atau mungkin aku sorang je rasa ni tempat paling bermakna bagi aku daripada yang before before ni. Sebab apa? Environment kot. Kawan kawan. Management. Tempat. Sesuai dengan jiwa aku. Give up tu menjadi jadi bila genap setahun. Taktau kenapa πŸ’ 












Tapi honestly dekat sini membe paling best. Tau tak nak buat keputusan pun rasa serba salah .Serba salah dengan bos. Dengan kawan kawan. Emm. Diorg susah senang sesama. Motivation selalu mujarab. Cuma dah fade up. Kenapa tegaskan kitorg ikut flow tapi skrg kata kitorg lurus? Tu je paling aku tak suka. Sebab kau nampak skrg respon teruk pastu bebudak lain buat gempak then kau suruh ikut. Kenapa tak dari dulu kau pesan mcm tu? Sebab kau suka suruh org yg cari solution. Bukan kau yg carikan. Patutnya tu tugas kau. Kau taknak alasan tapi kau yg patutnya lead kitorg bukan suruh kitorg lead diri sendiri. Function kau apa? Kenapa dulu aku rasa dia manusia paling baik tapi sekarang dia yg paling aku tak suka. Tak nafi kan dia banyak tolong. Tapi setiap pertolongan dia tak pernah pun jumpa jalan penyelesaian. Tapi aku appreciate apa yg dia pernah buat. Just sakit hati dengan apa yg dia buat skrg. Buat macam kitorg nothing. Sanjung org lain padahal dulu org lain yg naikkan kau. Well, manusia πŸ’†

Harini 29 ramadhan. Esok raya. Yeaayyy! Mood raya tu ada. Cuma kenapa rasa berbelah bagi πŸ˜” kalau ikut kan, aku dari tahun lepas lagi dah kata lepas raya aku nak blah. Tapi aku stay. Stay sbb diorg. Support yg tak pernah habis. Tapi tahun ni tak boleh lah. Moment aku kat sini lain. Rasa macam ni lah tempat yg patutnya aku stay sampai bebila. Tapi..... emm entahlah! Kawan kawan. Dari aku tak rapat langsung sampai lah rapat sangat sangat. Sangat rapat. Aku rasa berat sbb semua tunjuk effort nak tolong aku supaya stay. Korg jugaklah penghabis duit aku and menggemukkan 😁 makan makan makan dan makan! Haha 

Tanggungjawab 1. Yelah tahun ni sejarah tercipta. Buat pertama kalinya kerajaan brganti tempat. Guys 20 tahun aku tunggu. Negara kita dijajah secara halus. Tu pun korg tak nampak lagi? Sebenarnya dari dulu. Aku join politik dari aku tak sekolah lagi. Yes masa tu aku tak tau apa apa lagi. Tapi macam macam jadi depan mata aku. Buka puasa dekat hkl pun pernah, dekat penjara pun pernah. Tawaf jalan kaki jauh jauh. Semua dah merasa. Apa yg aku tau yg tak salah ditindas. Setiap malam jumaat pegi damansara (sebelum pindah) solat hajat. Yg kita kecik ni main kat playground. Ingat lagi dulu kitorg empat org .Hana, rozi, saida and aku. Benda paling wajib main buaya buaya. Hana tu dulu baru darjah satu ke tadika tak ingat tapi kalau cerita pasal family dia tak menangis langsung. Tapi dia selalu cakap dia sedih. Aku tak cakap aku tau semua benda, tapi pasal politik ni kalau nak kata aku budak tak tau pape ke apa ke, tak payah lah kalau kau pun baru join setahun dua. Agenda politik pun tak tau. Kita didedah kan dengan benda benda tak betul. Pasal sejarah kita. Sejarah islam. Aku ingat lagi masa kat kolej najmi pernah tanya 'kau yakin ke sejarah yg kau belajar dulu betul? Kau cuba fikir kenapa perlu ada zaman batu zaman purba semua tu sedangkan nabi adam umat pertama turun ke bumi pun dah ada pisau batu semua benda. Zaman rasulullah, dah siap meniaga ada meja apebenda semua.' Kau yakin sejarah kau sejarah yg sebenar? Aku tak yakin. Sedangkan akta pun boleh tukar sesuka hati ni kan sejarah. Sbb tu lah lecturer pengajian islam aku dulu kalau masuk kelas dia tak cita pasal topik subjek. Dia lebih banyak cita pasal politik. Sejarah tu dia selit sikit je asal paham.

Tanggungjawab 2. Bila kau plan nak kawin. Maknanya kau ready nak galas tanggungjawab. Kawin bukan setakat KAWIN! Banyak cabaran halangan duka yg kau akan diuji. Kalau kau sanggup tempuh maknanya kau mmg dah ready nak kawin. Tapi kalau sikit sikit merungut itu ini bising semua tak kena maknanya kau tak ready lagi nak tempuh alam perkahwinan. Cakap senang. Ye mmg cakap senang sebab orang tak rasa apa kau rasa. Then kau kena lah hadap sbb kau yg buat keputusan. Org cuma boleh nasihat bg pandangan tapi solution tu kau yg kena cari sendiri. Kalau dah kawin tapi still mengaharap kan family kau. Semua beban kau letak kat family kau tanggung sesama. Tak salah. Boleh je share sesama tapi kau tak boleh lepas tangan. Itu yg tak boleh sebenarnya. 

Dah lah penat ah bebel panjang panjang 😌 esok dah nak raya. Nak continue buat keje rumah. Nak rasa cookies sesedap. So selamat hari raya guys. Hopefully dapat cuti dengan tenang. Minggu depan kita onduty 😁

Friday 19 January 2018

2017 always in my heart πŸ’•

Okay first seriously rinduu gilaaa nak tulis blog. Weh lepas tukar phone raya last year terus blog takleh bukak. So mmg aku akan tulis mcm mcm. Hahahahaha! 

First ofcours nak cite pasal Badut's gang. Alhamdulillah koyah dah kawin and skrg tgh tggu org baru. Masa koyah kawin kat kelantan serius aku punya usaha nak pegi. Haha sbb wedding dia ahad. So masa tu cuti raya haji. So mmg akan jem. Aku takut aku tak sempat nak g keje isnin tu sbb bos dah warning takde alasan jem. Nak mintak cuti ai takut πŸ€” haha bos kalau dah bebel serius takut. Okay so rezeki masa tu malaysia menang apa tah so isnin direct cuti so yeay! Haha sampai sana syasyaa jadi driver tak berbayar. Bawak kitorg jalan. Tapi best serius sampai rasa taknak balik! Hahahaha so far dgn diorg ni sentiasa akan jadi best moment πŸ’• sayang korg dunia akhirat.

Pastu nak cita pasal keje. Ni paling banyak aku nak olah. Sbb ni pun best things jugak. Aku masih keje yg sama even banyak kali rasa nak resign tapi sbb diorg selalu hasut JANGAN BENTII so ai stay. Serius aku stay sbb korg korg. March ni genap ai setahun kat sini. Book of record tempat paling lama aku keje. Kahkahkah. 

Aku keje almost 9 month so agak ngam jugak lah skrg ni drpd memula dulu. Sbb dulu baru masuk aku behave sikit haha skrg blh dah kut nak tunjuk perangai sebenar aku πŸ˜… fist kenal bebetul perangai aku fating. Haha dia mmg takkan kata aku baik even semua kata saada baik. Ehh masa memula org pggl aku nazatul. Haha then haritu bos tukar tempat. Dah lah aku kena duduk sebelah dia satu hal, aku dah stress. Lagi nak letak lelaki sblh aku. Masa tu aku request nak zati sblh aku. Nasib baik bos approve. Haha sbb kalau asmira atau fatin bos takkan bg sbb kuat nyembang. Tapi kan zati taknak masa tu sbb dia kata tak rapat dgn aku haha! Sbb aku pernah duduk sblh dia and krik krik. Hahaha tapi bila dah duduk macam anjing dgn kucing!

Okay continue cita pasal zati. Dia ni paling paling satu kepala. Dah lah paling lambat nak ngam dgn dia haha! Sbb memasing acah susah nak tegur org. Hari hari gaduh sampai bila ngadu kat bos dia kata 'korg dua samaaa jeeee!' Hahahaha and sebenarnya aku paling bengang dgn zati. Serius sbb dia lah bos tau perangai aku and dia kata kau ni tak lah baik mana. Bila briefing cita pasal aku pastu gelakkan aku. Tapi takpe sampai bila aku nak acah acah kan. Haha zati kata aku fake. Acah nak selindung perangai. Haha tidak weh tidakkkkk aku cuma nak cari keselesaan. Haha then now aku dah jumpa so okay lah. Haha pastu shikin. Dia dari team bos ijad. So new year ni mmg totally changes. Zati pun dah pegi gi. So aku dapat duduk sebelah shikin. Aku cuba cari keserasian dgn dia. Haha satu kepala jugak. Dia ni panggil aku 'terencat' hahahha! Sakai dia ni. Tapi dia baru resign isnin haritu. Aku nak ikut dia tak bg. Emmm so aku bertukar lagi kawan sebelah meja. 

Memasing tau aku dah start rapat nak resign lah shuffle team lah. Okay so dulu aku akan reject kalau bos letak kiri kanan lelaki. Dulu maybe boss akan approve setiap apa yg aku request. Tapi maybe skrg tak dah kut. Haha elak aku kena sound je nanti. Haha so sorg senior sorg junior. Yg junior ni kawan saidah. Dulu dia pernah mintak tlg aku nak keje sini. Bukan tak bg tapi tengah tutup pengambilan new staf. Skrg dia masuk under membe dia so mesti dia ingat aku taknak tlg dia. Haha tapi tak lah dia sempoi. Budak budak sangat tapi satu kepala. Haha senang diperbodohkan. Kuat gaduh jugakk sampai tak buat keje aku haha. Senior sebelah usya panas. Haha πŸ˜„ okay so far aku sangat sangat selesa lat sini. Kalau boleh aku nak stay, kalau boleh. 

Asmira. Kawan sekolah dari sekolah rendah. Masa sekolah aku tak minat kawan dgn dia. Haha alaa budak kan. Last aku rasa dulu aku gaduh dgn dia. Tapi masa aku contact dgn dia nak mintak tlg dia nak keje ni dia okay. Serius dari first day aku masuk sampai harini dia guide aku, dia tolong aku, hantar aku balik. Kalau aku down dia positive kan walaupun cara dia tu kekadang macam apa masalah budak gila ni?! Haha Aku susah nak gaul dgn org. So bila aku sorg dia akan tarik aku and dia tak pernah tggl aku. Thankyou. Walaupun bebudak ni kata dia  bebal and aku pun kekadang panggil dia bimbo πŸ˜‚ tapi sampai harini aku still hargai apa yg dia buat kat aku. Membe aku pernah tanya dia ramai kawan tak? Asal kau rapat dgn dia kat sini? So untuk tu aku sorg je ada jawapan. Dia banyak tlg aku. So harini dia nangis teruk sbb ada sorg budak tak guna ni sakit kan hati dia. Padahal dia banyak tlg budak tu. Dah lah weh takyah layan org gila mcm tu πŸ€” 

Okay last part is my family. December haritu fyka kawin. Alhamdulillah. Semua okay okay saja. So ai dapat sorg lagi abg ipar. Yg kali ni wayar putus. Haha masuk air. Tapi tak sampai sebulan diorg kawin diorg exvident. Motor lori langgar. Innalillah. Fyka takde pape. Cuma awais teruk sikit. Before new year haritu diorg kena. So seminggu jugak admit kat hospital ampang. Haha so menggamit memory serius πŸ˜‹ 

Three part of my life. Paling penting setakat ni. Secara tak sengaja ter'join susah senang dgn korg semua last year. Serius 2017 paling paling belajar positive paling belajar susang senang. Serius mind set aku ni mmg dah dibasuh kaw kaw. Haha 😍😘

Monday 12 June 2017

Puasa 2017

Oh men tahun ni punya puasa lain macam. Sangat rindu suasana puasa dulu-dulu

Bulan puasa tahun lepas jauh dari family. Tak best, bebuka pun kadang sorg. Terimbau moment puasa tahun lepas. Rindu walaupun tak best. Bad moment yg bebetul buat aku takde hati and nekad. Tahun ni lain mcm. Sbb tlg ibu meniaga. Actually mmg dari kecik dah rasa mcm ni. Tp bila besar ni rasa dia lain. Tapi sbb busy keje, bila cuti je turun padang. Best. Ramainya jumpa org. Ada yg masih kenal, ada yg tak kenal dah. Terpulang. 

Cuma bulan puasa ni sangat stress. Kekuatan dah hilang. Nasib baik ada org sebelah kiri yg sentiasa membantu. Walaupun pangkat 'kakak' tp gila dia mcm dia lg adik dari aku. Apa dia buat semua aku blh detect walaupun dia sorok. Haha! Kawan aku mcm2 jenis ada. Yg macam kau pun ada, tu yg cepat aku detect πŸ˜‚ Relax lah, aku open tak mcm org lain. Aku bukan jenis menghukum sesuka hati. Satu kepala pulak tu. Aku, bukan suka pilih-pilih org kalau nak kawan. Semua aku kawan asal satu kepala. Kiri, kanan, belakang semua ada adab berjiran. Tu jelah kekuatan aku utk stay. Suara pengurus kadang membantu kadang lagi buat aku down. Stress sampai ada niat nak letak RL. Tapi tak sanggup. Sbb fikir ramai pihak. Masa dekat atas tu rasa seronok habis. Tp masa down mmg rasa nak angkat kaki. Tapi sayang. 

Betul tak, setahun mesti ada even sekali. Rasa nak pindah je. Tu pun blh jd salah satu punca down. Sbb dekat sangat. Haritu dah try angkat kaki masa first dulu. Tapi jauh dgn family pulak. Emm

Kalau kau rasa kawan tu penting, msg pun dah cukup. Tanya khabar pun dah cukup menunjukkan kau hargai. Bukan kena selalu ada utk kau. Kalau betul penting, setahun sekali spent time pun dah rasa bersyukur. Bila dah besar, kau kena tahu yg bukan kau sorg dia ada. Mmg kau yg dari dulu sama-sama. Tapi org penting tu dah bertambah. Kau tak blh expect semua org kena free utk kau sorg. Kau pun bila susah je ada utk org? 

Haritu budak budak badut ajak iftar kat putrajaya. Pakai baju yg beli setahun yg lepas. Sebenarnya baju tu beli and rancang nak pakai tahun lepas. Tp semua busy, and tahun ni yg dapat pakai sesama. Yeay. Korg antara yg terpenting.

And sorry dekat org yg dah terjanji utk bulan 7 ni. Bukan sesaja nak mungkir janji. Tapi sbb komitment. Kau pun penting, tak blh nafikan. Tapi sorry. Nanti aku beli hadiah besar yg best utk kau ye beb. Sorry.

Dah separuh puasa. Raya nak dekat. Tapi tak berkesempatan nak shopping lg. Semalam baru sempat pegi amik baju yg tempah april lepas. 3 pasang sekali gus utk sorg. Tu jelah persiapan utk raya. Yg lain tak terbeli lg. Harap lah sempat. Dah  lah semua benda mmg tggu raya baru nak beli. 

Sunday 7 May 2017

Comitment

Alhamdulillah dah nak dekat 2 bulan kat tempat keje baru. So far so good. Insyallah kalau sini okay memang aku nak stay. First masuk mmg agak culture shock jugak lah. Sbb totally berbeza dgn tempat keje sebelum2 ni. Stress tu kat memana pun ada. Tapi mungkin tahap stress  tu berbeza. Stress tu depands on boss memasing. Dapat bos yg okay, taklah stress mana.

First month keje bos dah ajak satu team nak belanja makan. Siap suruh pilih lagi tempat mana. Second month, dapat pegi dinner. Makanan best tapi mungkin first and last. Haha tak best. 




Walaupun bukan course aku tapi insyallah kalau sini dah okay aku nak stay. Sbb rezeki dia tak kira course apa pun kita amik. Rugilah kalau tolak rezeki depan mata. Mungkin rezeki aku kat sini. Sbb act, ni mmg minat aku dari dulu. Cita-cita aku mmg nak keje dlm bidang ni. Dari kecik. Tapi kena paksa belajar benda lain. Sbb dalam family takde lagi yg dlm bidang tu. Lepas graduate, aku try cari keje course aku. Ada dapat, tp ada beberapa isu yg aku rasa aku mmg tak blh stay. Tiga kali aku tukar keje dalam bidang tu. Aku cuba nak bertahan. Setiap kali aku nak stay, ada je benda yg buat aku rasa tak kuat. Bersepah resume aku hantar kat tempat lain. Tapi mungkin takde rezeki lagi. Last bila aku betul rasa dah takde hati, mmg aku nekad nak cari keje sementara. Tak kisah luar bidang pun aku sanggup, atleast ada keje. And alhamdulillah aku dapat.

Bila start keje yg mmg bukan bidang kita. Agak kekok pada permulaannya. Tapi first week aku dah rasa best. Tapi sbb sana bos takbest and kawan pun tak best. Perangai semua mcm budak sekolah. Tak best. Try contact dgn membe sekolah balik kat ig. Sbb dia pun keje yg sama cuma best lagi gaji dia. Alhamdulillah dia tolong. Actually dia salah sorg kawan gadoh masa zaman sekolah dulu πŸ˜… And sebenar nya mintak tolong dia tu pun cuba nasib je. Haha sbb dah nekad gila. Serius tak sangkat dia tolong. Tak mengaharap langsung sbb nak ke dia tolong? Mungkin dia pun malas nak ingat. And sikit pun dia tak pernah ungkit zaman sekolah dulu. Cuma cerita kawan dari sekolah rendah sampai menengah je dgn dia. Thankyou sesangat weh.

Dah janji dengan kakak, dapat gaji nak belanja dia cajun shrimp pasta tgif. Sbb haritu dia belanja shrimp pasta tony roma's. And sebenarnya nak suruh dia compare mana best lagi. Tapi dia nak menang jugak kata tony roma's lg best πŸ˜’ Selalu kalau lepak rumah dia, dia bawak pegi makan semua makanan best2 kat sg buloh. Ni bila lepak mid haritu, tu yg bawak dia rasa semua makanan best. Termasuklah aiskrim green tea dekat nana's greentea. Takoyaki, hokaido. Pastu kakak bawak masuk Jaya grocer. Seius teruja gila masuk situ. Barang satu dunia ada jual dalam tu. Satu jam pusing dalam tu. Then ajak kakak tgk fast 8. Best! Masa beli coffee bean tu kakak kata 'kau mmg tak blh eh tak beli benda ni? Setiap kali keluar dgn kau mesti nak.' Memang addict, takleh nak buat apa πŸ˜¬ 



Birthday kakyana last year celebrate kat melaka. Tahun ni buat kat rumah kakak.  Masa merancang tu, sabar jelah weh. Memasing taknak tolak ansur. Kalau nak ikutkan busy, aku pun busy. Thats why rancang dua minggu awal. Tapi taknak consider. Last sekali nasib ada jugak semua πŸ˜‚ Sebab kalau dgn family ni, keras kepala, gaduh mcm mana sekali pun mesti ada effort nak baik balik. Sbb air yg di cincang takkan putus. 





Tapi kalau dgn kawan, kalau dah selfish mmg takleh nak buat apa lah kan. Janji nak sama sama faham. Tapi kata org bila susah baru nak cari. Cakap depan cermin. Kalau susah tak payah suruh. Hari hari msg tanya bila nak lepak. Tapi bila senang, msg pun kadang reply kadang bluetick. Aku boleh deal yg part kau ajak faham tu. Tapi bila kau yg tak faham, aku pun takde hati nak faham kau. Kau kena faham bila dah keje dah ada komitmen tu takdelah nak lepak je selalu. Kawan kolej aku nak campak mana? Kawan keje aku nak campak mana? Kawan aku semua penting. Semua. Bukan kau sorg. 

Monday 13 March 2017

Tanggungjawab

CNY cuti lama gila. Alang alang cuti kakak ajak tolong dia kemas barang. Dia nak pindah rumah. So apa salah nya. Lagi pun memang dah janji. Sebab kalau diorg nak buat berdua, penat weh. Pastu kakak ajak tidur rumah baru dia sekali. Plan pegi sabtu, ahad balik dah. Tapi kakak dgn kimura tahan sampai selasa. Diorg jahat. Menyesal bgtahu cuti sampai rabu πŸ˜¬ Sabtu tu abg kakyana syifa tidur sekali kat rumah baru tu. Dah lepas kemas kat lama terus ke rumah baru set up situ pulak. Hah lupa nak habaq. Sebab kereta kat kakak. So nak pegi sg buloh tu kena naik ktm. Sumpah 2 jam setengah doh naik ktm. Public transport paling aku tak suka, ktm dgn monorel πŸ˜’ Dedua menyusah kan org!  Mlm kakak dgn kinura keluar g hantar mak kimura dgn beli makanan. Abg lepas solat dia azan kat setiap penjuru. Memang kakak suruh pun. Dan malam tu makan paling banyak. Diorg beli nasi kukus, nasi lemak ayam dgn burger. Semua win. So mana blh tak makan satu pun. Haha. Ahad tu pepagi lg syifa dah lejut ajak main taman. Ya ampun dah lah tak puas tidur ni. Lepas breakfast abg dgn kakyana terus balik. Diorg ada nk pegi kenduri. Ahad tu lepas bersihkan rumah lama. Kakak ajak jalan. Diorg ni penggemar berjalan. Barang tak habis cari lagi. Dah laa pindah rumah semua nak beli barang baru. Aku bagi tahu ibu baru tau πŸ˜›



Tp diorg tak decide nak pegi mana. Last kitorg ajak pegi ikea. Kan senang, korg pun blh beli barang. Sampai kimura terus beratur nak beli karipap. Emm sedap πŸ’ƒπŸ» Dah laa memang teringin. Diorg ni shoping sakan. Kalau nak tu memang nak beli betul. Benda tak perlu pun nak. Lepas habis beli tu diorg tggu kat kereta. Aku dgn saidah lari g beli coffee bean. Wow best πŸ˜Š Lepas tu memang nak balik terus. Nak tgk duo star. Tp diorg ni nak menyinggah makan lah apa. No way. Nak balik. Balik tu lepas mandi tgk duo star. Tu pun dapat tgk last last. Takpe esok ada ulangan. Lapar. Kakak bg pilih nak makan apa baked je. Yeay! Haha Aku amik carbonara dengan meetball. Kimura nak nasi. Haha sian dia. Pastu kitorg masak nasi, goreng nugget makan dgn sambal hitam. Wow umphh πŸ‘πŸ»Isnin lepas tgk ulangan duo star ingat nak balik. Diorg tk bg. Ishh jahat gila budak dua org ni πŸ’†πŸ»Diorg ajak lepak pantai remis makan seafood. Bestnya! Selasa tu baru lepas nak balik. Khamis dah kena keje dah!




Weekend of feb memang bejalan habis. Ingan boleh laa menyimpan kan, em harem. Haha first week pegi jalan tar. Belanja sakan. Sampai quil mall berjalan. Second week lepak pavi dgn syima tgk movie. Lama sangat doh tk tgk movie. Thirdd week kena keje, so habis keje memasing ajak berkampung tgk movie kat pavi. Lagi πŸ™‰ Haha minggu last tu baru lepak dgn ezaty. Anak dia pun dah besar. Rindu tempat lepak dgn dia sebenarnya. Banyak kenangan. 






Then for birthday kakak this year dia kena prank lagi. Kahkahkah. Padan muka kakak. Dah lah aku keje, mintak balik awal then terus ke sg buloh. Haha dapat lah tidur semalam dekat sana. Lepak satu family. Heaven. Tgk tv sampai pagi. Syok weh πŸ˜Š

Non stop 4 hari berturut turut tak lekat kat rumah. Ya ampun penat nya. Haha lagi lagi dan lagi tgk movie kat pavi. Lama sgt tak tgk movie, and lama sangat tak pegi situ. Lama gila. Kalau pegi situ cuma dua benda je nak makan. Sizling dgn nasi ayam penyet dia. Best gila. Wedding budak c3 tapi paksa aku pegi. Ya allah tolong lah faham, aku tknk. Diorg punya paksa sampai aku nak. Geram gila. Lepas wedding bukan reti nak balik. Tu yg aku gerammm. Cari lah masa yg bebetul sesuai utk lepak. Dgn baju kurung lah nak pegi mall, tasik bagai. Ya allah badut's ni, sabar je lah πŸ’†πŸ»


First time aku rasa tempat keje yg paling best gila gila. Nak pegi keje hari2 seronok. Tak sabar je rasa. Bila cuti mesti bosan. Tapi tu masa first. Masa sebelum org2 yg aku tak suka ada. Aku bukan acah bagus nak tak suka semua org. Tapi kalau dah org yg tak suka aku dulu? First kau masuk, kau acah baik. Nak tolong semua benda. Baik je dgn aku. Makin lama kau makin annoying. Kau marah aku rapat dengan kawan kau. Aku rapat dgn dia dari sebelum kau masuk. Dah lah kawan aku semua dah blah. Yg tu je aku ada kawan pun. Kau nak dengki. Semua benda aku buat kau nak blame. Padahal dulu kau selalu backup aku. Kau ubah tempat aku yg jauh jauh dari semua org. Takpe aku dah biasa ✌🏻Kiri kanan membe sekepala masa tu. Makan, sembang. Lagi lah kau dengki kan. Tapi yg lain kau tak sebut. Mesti nama aku yg naik. First time selama beberapa bulan ni aku cakap 'weh aku dah tak tahan dekat sini'. Kau tarik semua yg pernah kawan dgn aku. Slow slow. Tapi kau takkan blh tarik kawan aku. Aku betul betul tak tahan. Keje mana je yg tak stress kan. Aku pernah dapat partner keje lagi teruk. Tapi aku mampu bertahan. Aku pernah blah pun sebab gaduh teruk. Atleast aku mampu tahan dgn perangai dia. Tapi kali ni aku tak tahu nak describe macam mana. Sumpah mental breakdown. Hari hari kau kena maki even bukan salah kau. Hari hari. Pusing kiri kanan sikit tak blh. Cakap sikit tak boleh. Nak tanya pun langsung tak boleh. Padahal dia tak layak langsung nak tegur aku dgn cara mcm tu. Aku diam sbb aku respect umur dia. Aku ingat nak blah bulan dua. Tapi kena tggu jugak dpt keje baru. Takkan lah nak menganggur. Komitmen banyak weh. Sampai lah aku dapat offer keje tempat baru. Aku ingat nak tggu sampai hujung bulan dapat gaji. Tapi 11 hari je aku kuat utk bertahan. Aku tak kuat lah nak hadap. Dulu dia campak aku jauh2. Then dia ubah aku bebetul dekat dgn dia. Hari2 mengata aku. Bising macam aku sorg je yg tak betul. Fitnah aku memacam. Sampai satu tahap bila aku bersuara kau kata aku biada . Yang selama ni aku respect kau tak reti nak hargai. Lepas tu bila aku suara sikit nak blame aku. Bodoh gila. Dulu aku rapat dgn kawan dia kata aku lesbian. Pastu aku rapat dgn membe sblh kata aku gedik. Kau yg ubah tempat aku baru ni. Then kata aku kacau laki org. Tahu dah lah apa yg kau nak. Kau mmg nak aku blah. Kau kata aku ada pakai guna2 bg senior tl and semua baik dgn aku. Yg bermasalah tu sebenar nya kau. Kau mmg tak suka aku. Mmg nak aku blah.

Ibu kata dekat memana pun kau takkan jumpa yg perfect. Mesti ada kurang dan lebihnya. Ika kata tempat keje mesti ada sorg yg dengki dgn kita. Abg kata kau pergi lah keje mana pun, mesti ada kurang nya. Mungki kat sini kwan best, bos yg tak best. Kau tukar keje kau dapat kawan mcm haram, bos okay. Kau tukar lagi kau dapat gaji tak best pulak. Nanti lelama kau pun fade up cari keje yg sempurna sbb mmg takkan ada. And maybe nanti kau menyesal sebab kau berenti tempat lama. Kakshida kata akan ada je manusia yg tak blh tgk kau lebih dari dia. Dekat memana pun kau akan jumpa. Lari lah jauh mana pun. 

Aku kata, aku bukan nak cari yg sempurna. Bukan jugak nak cari gaji tggi. Cukup lah keje yg mampu buat aku bertahan utk stay selama lama nya. Aku dah biasa sorg. Aku dah biasa org tak suka. Semua aku dah biasa. Cuma apa yg aku nak, selagi aku tak kacau kau, kau jgn kacau aku. Jangan, sbb aku taknak org nampak aku side yg lain. Sbb aku kalau tak suka org, aku org paling annoying. Bersyukur lah selagi aku baik dgn kau.

Sunday 15 January 2017

Last of Disember and first of January

Minggu ni sangat penat. Penat yang teramat. Sebab ibu busy jaga ika, jaga baby adam. Haaa lupa nak habaqq ika dah selamat besalin selasa, 10/1/2017. Bertambah lah geng january. Tu yg penat sgt. Ibu lagi lah penat semua dia uruskan. Kitorg pun balik keje kena uruskan rumah lagi, sebelum ni balik terus relax. Makan pun sendiri sendiri. Penat gila sampai nak isi hukm pun tak sempat. Ada org tu touching gilaa sbb aku tak isi hukm. Sorry lah, aku busy gila gilaa. Sangat penat. Semenjak keje tak pernah lagi tidur lepas pukul 12. Tapi lately ni kerap tidur lepas 12am. Aku takde lah nak merungut cuma aku nak bgtau aku serius tak sempat nak isi hukm bukan sebab nsengaja. Rugi lah lepas kan peluang yg ada.



2k16 sangat win. Even ada jugak benda yg tak tenang kan jiwa. Tapi tu tahun paling lengkap. Takde satu birthday pun yg tak celebrate. Takde lah gila sgt nak celebrate cuma family aku ni suka berkumpul. Eratkan silaturrahim lah konon. Before ni tak semua birthday yg kitorg akan makan kat luar atau pun buat makan2 kat rumah. Tp 2k16 lengkap, semua punya birthday ada makan2. Dgn family lah paling rasa bahagia. Dan kalau dah lepak semua ada tu, berat gila nak balik. Sebab bila dah start borak, dah start lepak malas sangat nak berpisah. And tak tekecuali, birthday kimura. 2k15 aku belanja dia makan. Tahun ni satu family sambut kat shell out. Sebab dia pun tak terkecuali dlm family ni. Semua family trip kitorg dia join, semua dia akan join. So hari tu mmg best sangat sangat makan shell out sambil celebrate birthday kimura. Sampai lupa memasing esok tu keje, haha. 



Aku bukan taknak keje tempat yg sepatutnya aku keje. Cuma aku rasa life aku bukan kat situ. Nanti kalau aku dapat hospital baru aku betul serius. Sebab aku rasa praktikal best gila. And life masa praktikal dgn keje lain. So aku mmg nak keje life mcm kat hospital. Thats why aku kata kalau aku dapat hospital baru aku betul serius. Sementara ni biar aku stay mana yg aku rasa life aku dekat situ. Keje skrg ni aku mmg rasa life dia kena dgn aku. Bukan nak kata enjoy ke apa, stress jugak. Mungkin aku rindu LIFE mcm tu. Rindu zaman habis sekolah dulu and rindu zaman sekolah. Rindu. Best masa christmast event haritu. Makan tak hingat. Gift exchange paling bermakna. Rindu zaman jalan kaki dari hang tuah ke bb. Mungkin nnti aku akan rindu zaman jalan kaki dari raja chulan ke masjid jamek! Dalam banyak2 kenangan, kenangan jalan kaki akan paling rindu nanti. Percayalah. Heh.

Dari bulan 11 fyka paksa ajak pegi skytrex. Rimas nya fyka, haha. Org dah aa busy. Haritu dah busy dengan Maha. Last sekali pegi jugak lah sebab nampak pun mcm best. Ramai pun kata best. And mmg best gila, serius. Sangat best, haha! Act minggu tu dah aa batuk teruk, ibu tk bg pegi sebenarnya. Mana boleh. Dah laa dah beli tiket. Best sangat sangat. Balik tu memasing teringin nak makan shrimp pasta tgi. Satu hal nak pegi setia ct mall. Tapi kan shrimp pasta tgi mmg tak boleh kalah dgn shrimp pasta tony roma's. Lagi win tgif punya. Tapi kakak tu minat sgt shrimp pasta tony roma's.




And finally lepas setahun sebulan baru lah dapat jumpa diorg ni. Payah nya nak keluar sekali. Syasya tu susah gila nak turun kl. Lepas tu request aku belanja makan. Melampau kan. Haha tapi aku mmg dah janji nak belanja dia pun. Nasib baik memasing tak demand. Haha kalau tak aku suruh bayar sendiri je! kahkah. Paling badluck sbb selipar putus. Masalahnya dua hari berturut pulak tu. Sabar jelah! Heret kasut dari tbs sampai kl sentral and sampai subang jaya. Memang naya kut. Ish haha tapi nasib lah okay je still blh jalan lg. Diorg yg janji nak main ice skating. So aku on jelah tak kisah memana asal boleh spent time. Gosip mmg tak pernah habis dgn diorg. Haha cuma kadang kadang tu malas nak amik tau or nak join gosip yg aku malas nak dengar. Macam yg aku ckp before ni, aku kalau tak suka aku malas nak amik tau. Nak mati ke, nak hidupke lantak lah. Asal kan takde kena mengena dgn aku. Keeennnnn! Part paling best masa first nak masuk. Syasya punya takut tu kelakar je. Pastu suruh aku pimpin dia jalan kat tepi tu.
Aku takde lah pandai sangat main, cuma boleh laa nak bergerak sikit2. Tu pun kalau aku tak paksa si syasya ke tengah, sampai habis dia dok pegang tepi. Last tu diorg request nak makan pizza. Lepas makan tu aku ajak pegi coffee bean. Teringinn. Lama sangat tak minum. And memasing berat nak balik. hahaha. Sokay nanti kita jumpa lg kehh.






Orang yg konon kata kenal aku pun macam tak kenal aku je. Cakap macam aku ni apa je. Motif apa entah. Tak pernah tak mengarut kalau bercakap. Mengarut macam aku ni heran sangat. Serius aku tak batak. Serius! Tak pandang and tak heran langsung. Kbye