background

Thursday 14 June 2018

Bawangvengers **bians

2018 tahun paling busy.

Ni tempat paling lama aku stay. Aku rasa cukup lah aku nak cukupkan dua kali puasa and dua kali raya kat sini. Hati tu ada lagi kat sini tapi maybe dah give up. Aku tak tau kenapa atau mungkin aku sorang je rasa ni tempat paling bermakna bagi aku daripada yang before before ni. Sebab apa? Environment kot. Kawan kawan. Management. Tempat. Sesuai dengan jiwa aku. Give up tu menjadi jadi bila genap setahun. Taktau kenapa 💁 












Tapi honestly dekat sini membe paling best. Tau tak nak buat keputusan pun rasa serba salah .Serba salah dengan bos. Dengan kawan kawan. Emm. Diorg susah senang sesama. Motivation selalu mujarab. Cuma dah fade up. Kenapa tegaskan kitorg ikut flow tapi skrg kata kitorg lurus? Tu je paling aku tak suka. Sebab kau nampak skrg respon teruk pastu bebudak lain buat gempak then kau suruh ikut. Kenapa tak dari dulu kau pesan mcm tu? Sebab kau suka suruh org yg cari solution. Bukan kau yg carikan. Patutnya tu tugas kau. Kau taknak alasan tapi kau yg patutnya lead kitorg bukan suruh kitorg lead diri sendiri. Function kau apa? Kenapa dulu aku rasa dia manusia paling baik tapi sekarang dia yg paling aku tak suka. Tak nafi kan dia banyak tolong. Tapi setiap pertolongan dia tak pernah pun jumpa jalan penyelesaian. Tapi aku appreciate apa yg dia pernah buat. Just sakit hati dengan apa yg dia buat skrg. Buat macam kitorg nothing. Sanjung org lain padahal dulu org lain yg naikkan kau. Well, manusia 💆

Harini 29 ramadhan. Esok raya. Yeaayyy! Mood raya tu ada. Cuma kenapa rasa berbelah bagi 😔 kalau ikut kan, aku dari tahun lepas lagi dah kata lepas raya aku nak blah. Tapi aku stay. Stay sbb diorg. Support yg tak pernah habis. Tapi tahun ni tak boleh lah. Moment aku kat sini lain. Rasa macam ni lah tempat yg patutnya aku stay sampai bebila. Tapi..... emm entahlah! Kawan kawan. Dari aku tak rapat langsung sampai lah rapat sangat sangat. Sangat rapat. Aku rasa berat sbb semua tunjuk effort nak tolong aku supaya stay. Korg jugaklah penghabis duit aku and menggemukkan 😁 makan makan makan dan makan! Haha 

Tanggungjawab 1. Yelah tahun ni sejarah tercipta. Buat pertama kalinya kerajaan brganti tempat. Guys 20 tahun aku tunggu. Negara kita dijajah secara halus. Tu pun korg tak nampak lagi? Sebenarnya dari dulu. Aku join politik dari aku tak sekolah lagi. Yes masa tu aku tak tau apa apa lagi. Tapi macam macam jadi depan mata aku. Buka puasa dekat hkl pun pernah, dekat penjara pun pernah. Tawaf jalan kaki jauh jauh. Semua dah merasa. Apa yg aku tau yg tak salah ditindas. Setiap malam jumaat pegi damansara (sebelum pindah) solat hajat. Yg kita kecik ni main kat playground. Ingat lagi dulu kitorg empat org .Hana, rozi, saida and aku. Benda paling wajib main buaya buaya. Hana tu dulu baru darjah satu ke tadika tak ingat tapi kalau cerita pasal family dia tak menangis langsung. Tapi dia selalu cakap dia sedih. Aku tak cakap aku tau semua benda, tapi pasal politik ni kalau nak kata aku budak tak tau pape ke apa ke, tak payah lah kalau kau pun baru join setahun dua. Agenda politik pun tak tau. Kita didedah kan dengan benda benda tak betul. Pasal sejarah kita. Sejarah islam. Aku ingat lagi masa kat kolej najmi pernah tanya 'kau yakin ke sejarah yg kau belajar dulu betul? Kau cuba fikir kenapa perlu ada zaman batu zaman purba semua tu sedangkan nabi adam umat pertama turun ke bumi pun dah ada pisau batu semua benda. Zaman rasulullah, dah siap meniaga ada meja apebenda semua.' Kau yakin sejarah kau sejarah yg sebenar? Aku tak yakin. Sedangkan akta pun boleh tukar sesuka hati ni kan sejarah. Sbb tu lah lecturer pengajian islam aku dulu kalau masuk kelas dia tak cita pasal topik subjek. Dia lebih banyak cita pasal politik. Sejarah tu dia selit sikit je asal paham.

Tanggungjawab 2. Bila kau plan nak kawin. Maknanya kau ready nak galas tanggungjawab. Kawin bukan setakat KAWIN! Banyak cabaran halangan duka yg kau akan diuji. Kalau kau sanggup tempuh maknanya kau mmg dah ready nak kawin. Tapi kalau sikit sikit merungut itu ini bising semua tak kena maknanya kau tak ready lagi nak tempuh alam perkahwinan. Cakap senang. Ye mmg cakap senang sebab orang tak rasa apa kau rasa. Then kau kena lah hadap sbb kau yg buat keputusan. Org cuma boleh nasihat bg pandangan tapi solution tu kau yg kena cari sendiri. Kalau dah kawin tapi still mengaharap kan family kau. Semua beban kau letak kat family kau tanggung sesama. Tak salah. Boleh je share sesama tapi kau tak boleh lepas tangan. Itu yg tak boleh sebenarnya. 

Dah lah penat ah bebel panjang panjang 😌 esok dah nak raya. Nak continue buat keje rumah. Nak rasa cookies sesedap. So selamat hari raya guys. Hopefully dapat cuti dengan tenang. Minggu depan kita onduty 😁