background

Friday 31 January 2014

Medical Student in Hospital, Practcal

Kuala Kubu Bharu yang pada mulanya aku rasa sengsara bila duduk sana, and now aku rasa seronok. Haha! Kenapa ehh seronok? Sebabnya kita buat benda yang selama ni kita dengar je. Yang selama ni kita buat dekat kawan2 and sekarang buat dekat patient yang sebenar. Rindu atok ismail, atok abu samah, uncle wong. Semua dah discaj, Seronok gilaa layan karenah dyorang walaupun kadang tu tension. Bila ingat balik serious rindu. Heaven tau bila first masuk, semua benda kita nak buat sebab exited punya pasal. Then seminggu lepas tu dah taknak buat sebab dah bosan (: Hahaa adat lah kan. Sememangnya Medical Assistant dengan Nurse memang tak boleh sekepala ke macam mana? Hahaa menyampah dengan nursing kat ward male tu, bila kitorang tak tau mesti nak gelak. HALLO! M.A tak kerja kat ward okayy, kitorang just nak belajar and bantu korang ape yang patut. So korang bersyukur sikit sebab kitorng dah meringankan beban korang. Ni urinal pun kitorang kena, lepas tu semua kitorang kena buat. Hahaa yang best hari2 follow doctor round ward. First tu doktor dah tanya "Aikk kenapa M.A praktikal kat ward? M.A bukan kat Emergency Department ke?" Hahaa dyorang suka sangat mengada denga doktor tu. Doktor tu pun best ape. Hari2 lepas ward round mesti dye tanya nak buat class ape. Hari2 dapat belajar dengan doktor. Bertambah2 laa knowledge kami. M.A dengan doktor memang ahh ngam sebab kitorang assist dyorang. Dengan nurse, erghh! Baru masuk ward male. Lepas ni kena masuk ward female, dressing dengan HDU. Hmm jauh lagi pejalanan. Aku dah pandai tak makan luar duduk kkb, hahaa sebab kedai jauh. Okayyy, memang jimat cerita dye.

27.01.2014! Patut lah kakak tak bagi aku balik awal, kena tunggu dye sampai rumah dulu. Rupanya ade benda. Thanks kek cheese tu, thanks hadiah (: Kat kkb pulak tak sangka dyorng nak prank kan aku tau. Dah laa esok tu ade case presentetion. Malam tu miss tanya aku macam2. Aku dengan tak habis study lagi dah kena soal. Aku jawab ape yang aku dah baca laa kan, ni segala diet dye tanya aku. Mana aku nak ingat, setahun dah aku tinggal nota2 tu lepas tu tak bukak2 dah. Tetiba kena ugut dengan miss, aku sorang jee kena present 2 case, dalam bi. Serious sentap miss kata aku banyak main, kenapa aku sorang? Padahal semua pun banyak main. Air mata dah nak meleleh, dan dan tu shasha panggil aku masuk bilik. Sembang2 tetiba shasha keluar, miss masuk tension kan aku bagai. And last miss kata nak failed kan aku semata2 sebab aku tak dapat jawab diet untuk DM. Meleleh terus air mata aku, dah malas nak fikir case present, dah malas nak keluar sambung study. Aku fikir nak tidur and esok pergi hospital macam biasa. Shasha, sha, dengan ain masuk ajak aku teman amek baju kat belakang. Dan dan blckout pintu belakang terkunci, sampai aku dah ajak shasha pusing masuk ikut pintu depan. And bila dyorang bukak pintu terus baling air segala campuran benda tu kat aku. Segala tepung sampai masuk mata mulut aku. Hahaa menggigil bakhang! Dengan sejuk nya, kena kunci kat luar, angin malam nya, kena simbah lagi. Phewww terus aku mandi! Hahaa sebelum potong kek tu miss dah senyum2. Miss kata "Jangan amek hati tau saada, kawan2 kamu yang rancang dari kat hospital tadi lagi. Dok tulis2 surat bagai dengan saya." Haaaa Tak meleleh pulak air mata aku kan. Bytheway Thanks a lot korangggg. Thanks berjaya buat aku nangis malam tu. Thanks rancang semua tu yang sememangnya aku tak jangka. Thanks kek coklat tu (:

Agak seronok aa hari tu main badminton. Main baling selipar dengan jiran2. Lebih tepat dengan adik2. Hahaa leppas tu tiap hari budak2 tu panggil kitorang kat luar. 



Tuesday 7 January 2014

Life Before Practical, maybe!

"Well if must be better if we don't use word if." -Mato-
Bila baca twitter atau blog mato kan, aku rasa macam nak screen shoot semuaa yang dia tulis, seriously. Sebab ape tau, ayat dye semua best2. Sama macam aku baca novel Hlovate, aku nak salin semua ayat dye yang best. 

Lagi seminggu nak midterm sem 4, lagi 2 minggu nak praktikal dah. Praktikal dapat pulak kat Kuala Kubu Baru! Mulalah timbul perasaan tak senang, perasaan berat nak pergi, lepastu otak asyik fikir 'sana susah nak hidup'. Ibu cakap 'KKB tu dekat je laa dik' hmm ibu senang aa cakap, bukan ibu yang kena pegi kan. Nanti 38 orang akan dipecahkan kepada 4 group. Ade 4 hospital, semua jauh2. "Jika kita percaya pertemuan itu kerana Allah, maka percayalah perpisahan itu juga kerana Allah."

Sebenarnya nak faham orang ni susah. Sangat. Tapi untuk faham ape yang orang cakap aku tak rasa susah kalau takde double meaning atau tak guna bahasa lain yang boleh buat orang lain pening. "Nak bergurau boleh, tapi kena tengok jugak macam mana cara kau bergurau and yang paling penting dengan sape kau bergurau"

Orang kata kalau benci tak payah amik tau dah pasal orang tu. Orang kata jangan benci orang sebab nanti satu hari orang yang kita benci tu yang akan tolong kita. Orang kata kalau kita layan orang yang kita benci lagi sakit hati. Tu semua orang yang kata, bukan aku kata.

Aku susah nak berkawan, maksud aku susah nak rapat dengan orang. Susah nak masuk dengan perangai orang. Tapi sekali kau dah jadi kawan aku, sampai bebila nama kau still dalam ingatan aku. Bila kenal dah lama, dah lama jugak tak jumpa peluang untuk menugur agak tipis sebab ape? Sebab rasa janggal gilaa, rasa tak selesa, rasa macam baru kenal. Lain lah kalau korang terlalu peramah. Itu aku boleh masuk.

Mungkin ni last entry aku sebelum ke KKB. Mungkin susah untuk aku update lepas ni. Mungkin peluang untuk aku online sangat2 tipis. Mungkin aku dah takde masa nak buang masa macam sekarang. Mungkin. Dan aku tak rasa kat KKB tu takde line sampai nak call orang pun tak boleh. Kolotnya pemikiran manusia zaman sekarang (:

Manusia semua tak sama, lain2. Cara aku bila sakit hati aku akan diam. Mungkin tu cara aku protes sebab bila aku lawan mungkin kau akan sakit hati dan mungkin hal kecik boleh jadi besar. Aku takkan layan ape yang orang tu nak cakap dengan aku, layan pun naktaknak. Time aku badmood aku rasa bukan masa sesuai nak gurau dengan aku sebab korang akan sakit hati balik dengan layanan aku. Korang boleh cakap aku ego. Korang boleh cakap "tak baik kau buat orang macam tu". Korang boleh cakap "walau sakit hati mana pun, kau still kena hormat". Korang boleh cakap ape jee, aku boleh dengar tapi untuk aku buat payah.

"Kita" pernah hilang arah. "Kita" pernah jahil. Tapi siapa yang meniupkan hidayah kalau bukan Allah. So ringankanlah bibir ucap Alhamdulillah.