background

Sunday 18 September 2016

Blog aku, Life aku, Style aku

Aku tak pernah makan burger king. Teringin tu ada lah sikit tp just teringin nak rasa je. Sbb tak pernah rasa. Sabtu before aidiladha tu saida ajak pegi jalan tar. Dia cuti boleh aa kan. Hah aku ingat aku halfday rupanya kena tggu. Takde pt pun, ada upah org luar utk kemas. Biasa sabtu beli makanan awal atau bawak bekal sbb kedai blkg tu bukak office hour je. Sabtu tak bukak. Aku pun tak lah bawak bekal sbb ingat halfday. Tgh hari tu lapar teruk. Kumpul kekuatan yg tak berapa nak ada ni pegi lah jalan kaki beli kfc dekt kedai depan. Sbb teringin cheesy mach potato dia. Dari puasa mengidam tak dapat lg! Belikan set utk bawak balik kat saidah sbb rumah tak masak, ibu keluar. Ptg tu turun kat masjid jamek terus masuk burger king. Tak blh tanding kfc and mcd lah. Haha! 

Aidiladha 2016 aku rasa lg win dari aidilfitri. Sbb dapat kumpul semua. Ai repeat, semua! Haha sbb last dapat kumpul semua masa 2011. Lepas abg kawin, lepas ika kawin, lepas memasing keje komitmen tu lg penting. Pagi raya tu lepas breakfast, solat raya memasing kumpul depan tv main saidina. Kakak aa ni punca bawak balik saidina. Family ni kalau dah start main game susah nak stop. Sampai abg dtg baru kemas sbb takut syifa yg 'kemaskan'. Lepas zohor baru pegi bandar kinrara, kimura ada buat kuban kat situ. 






Aku rasa aku yg gigih msg sorg sorg ajak g tadom. Yang lain dek je even syada yg ajak. Katanya dia plan je aku yg kena arrange. Melampau nyaaaaa! Haha kalau tak, nak pegi 4 hb. Tp fahin request lambat sikit sbb 5hb baru dia dpt gaji. Dia ajak weekend seterusnya. 16 hb pun dia tak dpt join dgn alasan yg kukuh. Kumpul punya kumpul yg dpt join 4 org je. Saada, saida, syada, zati. Sampai sehari sebelum pun aku still gigih msg mcm mcm. Syada request sandwich dia kata kalau rajin buat lah. Nampak sgt kau malas hahaha. So saidah ajak buat sandwich tuna and telur. Diorg beli jajan je. Malam tu gigih beli roti, tuna, telur, mayonis. Pagi tu pukul 6am dah bangun buat sandwich. Senang je cuma malas dgn rajin je haha. Niat nak gerak pukul 8 tp still hujan lagi. So 8.30 baru turun tggu syada baru gerak nak amik zaty. Sbb cadang gerak satu kereta je, senang. Zati kata rumah dia betul betul depan skbtr. Aku mintak alamat sbb taktau skbtr1 atau 2, tak pun smkbtr. Tp dia kata skbtr belah depan, betul2 kat depan. So aku expect area jalan midah tu. Still tak jumpa lg. Tu yg mintak alamat jugak, rupanya taman jaya. Lol ckp laa area blkg. Haha aku punya lah expect jalan midah. Taman jaya tu tahu laa sbb selalu short cut ikut situ.

First sampai tu, not bad lah tempat dia. Aku expect banyat tempat. Rupanya dia satu je tp besar. Kat situ lah rakit, kat situ lah nak berenang, kat situ lah nak terjun. Excited nak masuk dlm air. Tp rasa badan berat bila masuk air. Masa kat perhentian lain. Tgk pulak org terjun, kita yg kat bawah tu dpt tgk mcm2 reaksi muka diorg. Hahaha! Lawak dan rasa tak sabar nak naik and terjun. Paksa diorg ajak terjun. Lepas sekali terjun naik aa makan. Sbb dlm air pun sedar tak sedar main pusing2  dah dekat sejam sengah. Lapar menguasai. Syada taknak, poyo dia tu haha. So aku paksa gak diorg naik. Sampai atas rasa takut. Serius takut. Haha tp sbb aku yg paksa so aku yg kena terjun dulu. Dah sampai turn nak terjun serius rasa nak patah balik. Gayat nya ya allah tuhan je yg tahu perasaan aku time tu. Tp takkan nak patah balik, sokay terjun je lah. Masa jatuh tu rasa nyawa tertinggal kat atas! Seriuss! Hahaha tp ada hati nak terjun for the second time. Lepas makan cecepat nak turun balik sbb nak berebut rakit. Dah dpt rakit sikit punya lama kitorg naik haha. Tawaf semua tempat. Best wooo, tp sakit tangan aa. Dah bosan atas tu nak turun, nak terjun sekali lg. Zati dah sakit tangan, dia taknak dah. So aku dgn saida naik nak terjun. Sampai kat atas tu, again rasa nak patah balik. Hahahahaha! Kekuatan hilang serta merta. Mana tah keberanian yg selama ni ada tu. Tp kat atas tu takleh lelama. So saida terus kedepan, amik masa 5 minit kumpul kekuatan then terjun. Sama jugak aku. Tp terjun yg second ni lain mcm. Rasa sakit gila hidung dengan telinga. Sampai rasa nak pecah gegendang telinga. Serius. Zati dah naik. Syada ajak repeat terjun lg. Dia nak merasa yg gayut tu. Aku dah surrender time tu terus naik kat zati. Lama sikit diorg pun naik. Tgk jam baru 1.30pm. Awal lagi tp memasing dah penat. Diorg suggest makan kat kl then main basikal kat titiwangsa. Aku on je weh. Lepak lagi duduk2 sampai pkul 2 baru bangun g toilet tukar baju. Zati ajak main atv tu tp mahal sangat so tak jd terus balik. Dlm kereta memasing muka penat hahahahaha. Mkan boat noodle kat ikon conought then balik. Tak jd main basikal sbb memasing dah penat. Dengan sakit kepalanya, sakit badan, segalanya sakit aha. Time makan release tension betul. Haha gelak tak berenti bila cerita balik zaman sekolah rendah and recall moment kat perhentian. Bestnya perhentian! Benda yg takde lah lawak mana pun boleh gelak beria. Makan dah aa berpinggan2. Berejam pulak tu. Best betul. 









Aku start something wrong dgn syada ni. Sbb first masa invite dia dlm gp dia kata tak kenal aku. Ramai jugak lah yg dia tak kenal. Then bila pm dia kata ingat ingat lupa. First masa pegi perhentian dlm bas dia kata dia tau kitorg kolej mana. Siap dgn course lg dia tau sbb kwn dia ada kolej situ. Maknanya yg 'tak kenal' tu acah2 ke apa?! Haha aku still takleh terima dia tak kenal aku first2. Sbb dia still ingat birthday, nama ayah aku, kakak aku. Aku rasa dia sorokkan identiti dia. Maksud aku dia sorokkan sape syahada yg skrg. Maybe? Sbb aku rasa dia lainnn. Mmg la best jumpa balik tp ada rasa yg tak kena. Seriously. Tp dgn dia kalau cerita open gila. Sangat open, semua dia boleh luahkan. Kalau ada org lain dia agak behave sikit haha. 

Ramai kata tadom best. Sampai ada yg pegi sampai dua kali. Tu yg excited nak pegi. Nampak mcm best. Tp bila dah merasa pegi, bagi aku biasa je. Tak kata pun tak best. Best aktiviti dia, mencabar mental dan fizikal. Tapi utk aku maybe first and last kot. Yg terjun tu pun aku rasa kat tadom tu kot last aku buat, hahaha! Takkan buat dah. Keberanian terlalu nipis. Kaaahhhhh!! Macam2 extreme activity aku pernah try buat. Dari sekolah dulu, masuk kolej and sampai sekarang. Tp serius aku kata, dalam banyak banyak benda, part terjun ni benda yg aku takkan repeat dah. Roller coaster, vuvuzuela, semua lah activity kaat sunway tu aku berani lg. Yg ni aku menyerah ๐Ÿ˜ญ

Aku ada baca satu iium confessions kat fb. Kesian dekat budak perempuan tu. 10 tahun jadi org asing dlm rumah sendiri. Kakak yg dah kawin duduk dlm rumah tu. Tak reti buat kerja rumah langsung padahal kakak. Then bila budak ni buat kerja kakak dia tangkap gambar sent dlm gp kata adik dia tetiba rajin. Fuhhh, aku pernah rasa benda ni. Masa kolej dulu. Rice cooker aku guna tak reti basuh. Berbulan bulan. Sbb aku jarang masak dulu. Even dingin pun aku tak lah kejam nak sorok barang aku even aku tau diorg sorok semua barang diorg yg ada. Aku tak kedekut! Tp bila jd mcm ni sape tak bengang. Then jaja cerita kata org pengotor tak reti basuh rice cooker. Terus aku sorok semua barang aku. Padan muka. Teringin jugak nak tgk kau masak nasi guna heater ๐Ÿ’๐Ÿผthen budak tu cakap dia rasa tak bebas pakai tudung 24 jam dlm rumah sendiri selama 10 tahun. Aku pelik kakak dia tu kenapa tak faham bahasa?! Even aku yg dari family takde lah senang mana ni pun kakak aku yg kawin duduk rumah sendiri. Pandai kawin, pepandai aa survive. Aku pun rimas gak kena pakai tudung dlm rumah sendiri. Tp tgk keadaan lah. Kalau raya ke, cuti panjang ke, kakak aku balik bawak husband dia kena lah pakai jugak. Sbb ibu sangat particular bab aurat. Then kitorg pun tak kisah. Takde lah diorg nak duduk selamanya. Kena faham situasi memasing lah. And respect privacy org. 

Pelukis Jalanan


Lama dah syasya suggest buku ni suruh baca. Aku try cari banyak kedai buku yg takde stok. Then aku teringat buku mato dekat kinokuniya ada. Haritu masa lepak klcc dgn syima and koyah try cari, takde jugak. Kedai buku area permaisuri pun try cari, takde. Then haritu lepak quil mall dgn saidah. Try masuk mph, budak tu kata ada. Then bila dia cari, dia tanya staf lain budak tu kata dah return. Pelik. Syasya nak tlg belikan tp aku kata takpe aku try tanya kakak aku dulu. Sbb ika finance kat kedai buku pakcik awais. Ika kata ada, dia tlg belikan. And ai dah khatam. Beratnya ujian dia. Dia nekad nak happy kan parents dia thats why dia pegi jugak even dia taklepas A level. Kat sana survive sendiri, duit hilang, membe sabotaj and dia berjaya. Aku teringat masa aku first masuk kolej. Macam macam aku rasa. Aku ingat dugaan aku sehebat dugaan rupanya aku lupa ada org lagi teruk. Aku masa tu dekat je dgn parents. Tiap minggu pun blh balik. Lepas jari aku patah, macam2 jd. Kwn buat hal. Tunjuk perangai memasing hebat. Fitnah macam2, yg buruk belaka. Naik sem 2 okay sikit tp lepas netball, lepas aku injured benda yg sama jd. Kawan jugak tp org lain. Again kena fitnah. Cerita tu betul, tp lepas dia 'ajinamoto' kan bertambah sedap dan berperisa dia jd lain. Lepas drpd tu aku terus berpaling. Kawan dgn budak ma julai banja. Sampai last aku rapat dgn diorg. Sbb aku dah susah nak percaya org dah. Kalau nak cerita pasal kawan ni, macam2 aku dah rasa. Sbb tu serik sikit dgn yg bernama 'kawan' ni. Fobia! Dia berjuang demi markah dia. Naik sampai atas sbb MARKAH. Masa aku kat penang. Last assigment mula mula kat sana aku tgk 80. Aku tak kisah sgt even aku rasa sikit. Sbb setiap kesalahan dia tunjuk dkat kitorg balik. Bagi aku setiap apa kesalahan aku semua tak logik. Sbb format tu aku buat dari first aku praktikal. Knp baru skrg dia persoalkan?! Aku tak blh terima jawapan 'setiap lect lain'. Bila balik kolej, aku check balik markah aku berubah 58. Kenapa turun sampai begitu sekali? Dia kata aku ugut dia. Aku tak ugut, aku cuma cakap aku nak bawak hal ni dkat clinical coordinator tu yg dia cuak. Kalau dia tak salah dia tak takut! Aku fight sampai aku dpt markah yg sepatutnya aku dpt. Aku dari sekolah rendah bukan pelajar kesukaan. Aku tau. Ramai je cikgu tak berapa gemar tp takde lah sampai mcm ni sekali. Masa form 5, cikgu kata nak bawak 10 org markah tertinggi pegi seminar. Bila aku check, subjek tu aku salah sorg 10 yg tercalon. Tp bila keluar senarai nama, nama aku takde. Aku tgk ada sorg tu markah dia lg rendah dari aku tp dpt pegi. Tak kisah sbb aku tau cikgu tu taksuka aku. Tp sekali pun dia tak pernah turunkan markah aku. Ada sorg cikgu tu pernah paksa aku drop subjek dia padahal aku tak rasa nak drop. And last aku drop jugak sbb cara dia aku tau dia tak suka aku. 

Sunday 4 September 2016

Aura Positif

Banyak benda yg aku tak jangka jd lately ni. Sangat banyak. Semalam sara kawin. Masa sekolah rendah ngam dgn dia. Selalu lepak sana. Sbb satu sekolah dgn dia, tp dia rapat dgn ika fyka laa. Kdang egi balik sekolah dgn dia. Aku suka all out kalau wedding cousin ni. Sbb dpt eratkan silaturahim. Mmg penat gila tp benda tu lah moment terindah. Lepas busuk dgn ayam, kambing berpeluh nya lg baru dapat makan. Dapat selfie reramai. Awal lg aku dah cakap 'harini kita lengkap ada bertujuh. bukan senang nak ada mcm ni. so aku nak gambar bertujuh!' Sebenarnya geram dgn cipa, asyik alooonnnggg je. Menyampah! Kenduri malam, lepas kenduri mirul ajak lepak lagi. Kampung baru pulak tu. Lepak sampai pukul 4. Patut abg tak suka join kalau lepak dgn dia malam.




Tutup buku lama, bukak buku baru. Kalau nak ungkit, kitorg lg banyak 'point'. So jgn nak tunjuk perangai masa masa mcm ni. Aku tak reti nak blame org yg betul even aku ada seribu satu sbb untuk benci dia. Sbb bg aku manusia tak perfect. Even baik mcm mana pun dia still ada salah. Jahat macam mana pun dia, still ada baiknya. Prinsip tu aku pegang sampai mati. Kita judge org atas dasar manusia, bukan tak suka. Pintu rumah aku sentiasa terbukak utk org yg ada masalah. Even dulu pernah ada sengketa. Takpe, waktu kau senang naik lah tinggi mana kau nak naik. Waktu kau jatuh nnti kau jgn lupa kitorg sentiasa ada. Tapi sorry kalau kitorg dah tawar hati. Sbb aku berpegang teguh pada janji. Aku pernah janji aku nak jd macam kakak. Apa jd pun aku tetap nak keras hati. Aku nak buat bodoh mcm takde apa yg jd. Aku taknak pusing langsung pandang memana pihak. Tak akan. 

August ni tiap tahun akan jd bulan paling bermakna. Kenapa eh?! emmm, haha! Aku start keje area sini. Dugaan tu kat memana pun ada. Phone ai retak, rasa nak nangis. "Kau acah tak kisah takde apa tp muka toya habis masa phone kau jatuh," saida. Mmg lah tak kisah tapi penipu lah kalau tak rasa apa. Dulu tak rasa apa bila papa bising susah cari parking area sini. Tp skrg baru rasa. Rasa sakit hati penat balik keje parking full. Paling tension kalau abg dtg, dia akan spotcheck setiap inci sisi kereta. 

Ibu lepas balik dari ipoh terus tak blh bangun. Tu laa makan mcm2 pegi sana. Makan luar sokmo! Sama lah kalau diorg dtg sini pun, makan luar sokmo! Tu sbb haritu aku malas join. Banyak kali sangat. Aku daah aa tgh on diet, hahaha! Tp sekali tu tak leh tolak sbb abg dah merayu ajak ikut sbb nak jaga syifa mandi kolam. Takpe sbb ingat boleh shoping sekali sbb diorg duduk hotel sunway putra. Diorg lepak tu kita blh shoping! Tapi tak sempat, merata diorg ajak jalan. Teman shifa mandi kolam je dah berapa lama. Turun mall beli cinabon and coffe been then mkn kat bilik. Ptg tu ingat nak ajak diorg makan kat kg baru sbb dekat. Tapi mirul taknak, dia ajak mkn manhatan kat mid valley. Best jugak sbb tak merasa lg. Lepas makan baru bercita cita nak beli planet popcorn. Tak sempat nak beli athirah dah beli bg sorg satu. Laju je bebudak ni.

Minggu ni banyak turn on memory sekolah. Isnin tu time lunch our balik jap dgn saida nak pegi post office. Then alang alang kat situ makan je laa kat komersyel. Makan kat situ dgn waktu mcm tu teringat dulu asal balik sekolah mesti makan situ dgn diorg kalau ibu tak masak. Lindus! Selasa tu ezaty tag something yg aku rasa so school mood! Haha tolong lahh tak suka rasa mcm tu. Sbb tu salah satu yg aku taknak ingat. Taknak. Sbb aku tak rasa nak ingat. Tak sama mcm praktikal. Aku rasa nak repeat bebanyak kali. Seminggu before keje ada lepak dgn ezaty. Pegi rumah dia share everything. Emm susah nya nak lepak mcm dulu. Takpe nnti lepas semua dah okay kita lepak mcm dulu yeay! Hhahaha

Emm krabi tu aku bukan taknak pergi. Tapi kometmen tu. Dah lah bulan ni keluar duit mcm air je. Bayar ptptn, bayar segala mcm. Sesak nafas den. Lagi lagi pegi time raya. Bising mak ayah aku weih! Aku rasa krabi tu kena skip dulu buat sementara waktu. Syada ajak pegi tadom. Dah lama nak pegi tu. Mesti ah naakkk! Ingat nak buat ladies je. Tapi nnti diorg bising. Pastu diorg pun ajak vacay lagi. Memasing turn on moment perhentian. Sent balik semua gambar kat sana. Fuhh rundu habis! Hahaha nak taknak kena ajak jugak. Sbb tak lengkap aa kalau semua takde en.Haha sokay plan nicely nanti kita pegii! Teringat shahila airin sbb first plan nak buat reunion paling menyanpah dgn dia. Create group lain pun dia silent reader. Pastu last tak join. Banyak banyak membe sekolah rendah dgn shahila airin tak pernah lost contact even tak satu sekolah. Baik dgn dia dari darjah satu. Tp kontra gila dia skrg dgn 10 tahun lepas. Kahhh! Tetiba dia msg suruh support adik dia masuk af. Aikkk adik dia yg mana? Duhh amal ke. Serius lain tp dari dulu tak pernah besar. Dulu masa batch ika fyka kalau nasyid ke boria ke apa apa nyanyian mesti syakirin. Batch kitorg wani. After kitorg dah blah, after wani amal. Wani masuk mentor, amal af. Cuma syakirin je tak kembangkan bakat maybe sbb dia kawin awal. Tp wani pun dah kawin. Emm maybe rezeki.


Ai nak share sikit. Act, kitorg minat gilaa dgn Azrul Zaidi. Sape tu? Ramai tak kenal kan. Tapi ketahuilah 8 tahun tak pernah tak baca blog dia. Setia lapan tahun. Start rl2 mmg addict dgn cham. Naib juara rl2. Tp tak minat along sbb kitorg lebih minat azrul. Apa apa kaitan dgn along mmg tak pernah berminat. Senang cerita mmg menyampah. Then dapat tahu dia kawin dgn zila af. Ohhmmmgeee. Kontra nya diorg. Dah lah suka tgk zila. Sokay takpe jodoh diorg. Baru2 ni kecoh pasal zila dgn along. First zila buat kenyataan, serius aku rasa along biadab. And aku dah jangka benda ni. Tp aku tak terus blame. Sbb along diam, zila yg banyak bg kenyataan. Lepas beberapa kenyataan yg keluar buat aku rasa nak research lg pasal kes diorg. And aku nak ckp yg blame along tu please stop. Sbb aku one of yg tak suka along tp aku tak rasa along salah. Aku respect pendirian, pegangan, iman, kekuatan along. Sangat tinggi. Dia boleh diam sediam  nya masa family dia difitnah. And last org bukak mata masa kantoi segalanya. Tu pun along still diam. Along, kuatnya kau. Tak tau nak cakap apa lg tp aku tau kau hebat!

Baru lepas tgk romantika hisyam hamid ni. Skrg umur dia 31. Dia kawin 10 tahun lepas. Mudanya kawin. And paling aku terkejut bini dia tua 5 tahun. Aku tak cakap apa sbb terdiam terus. Tapi aku dgr saida kata "sama". Tak tak, tak cakap apa pun haha! Kbye