background

Thursday 16 April 2015

Tiga Tahun

Alhamdulillah selesai final exam. Untuk yang terakhir kalinya exam, dan mungkin untuk yang terakhir kali nya jumpa. Pengalaman 3 tahun dekat sini, jujur aku kata seronok. Terlalu banyak yang aku belajar. Benar-benar mengajar aku erti kehidupan. Fahamkan aku maksud 'keberkatan' yang sebenar. Yang selama ni aku pandai cakap untuk sedapkan ayat je. 'Redha' kan aku dengan semua yang terjadi. 'Sabar' kan aku dalam setiap apa yang berlaku. Jujur aku berani mengaku aku yang 3 tahun lepas sangat berbeza dengan sekarang.

Yang paling utama terima kasih kepada semua lecturer yang banyak mengajar aku. Walaupun muka aku ni selalu kena attact. Asal kedepan mesti aku, asal kena soal mesti aku. Sebab mungkin diorang boleh detect yang aku ni tak focus, hahaha! Sebab dari awal memang aku dah kata ni bukan minat aku. Lama-lama aku start rasa nak belajar, aku mula rasa seronok dengan semua subjek walaupun setiap kali exam aku akan sakit kepala. Sampai kena telan pcm baru okay. Tapi aku tak berani amik 1000 mg. Sbb ibu ajar kalau apa-apa biasakan amik 500 mg sahaja. Pcm salah satu pain killer. Pain killer ubat paling kuat yang berpotensi untuk rosakkan buah pinggang. Cuma 2 lecturer yang paling aku teringin nak jumpa bila dah habis ni. Sir Khuzair. Sir Azli. 2 orang yang banyak tolong aku. 2 orang yang paling aku respect.

Second, kawan-kawan. Terima kasih kepada semua yang pernah datang, pernah pergi, pernah datang, pergi dan datang balik, pernah singgah, dan masih setia sampai 3 tahun. Jasa korang terlalu bernilai sepanjang tempoh 3 tahun aku di sini. Housemate, roomate, classmate, dan yang paling tak akan pernah aku lupa housemate saidah. Housemate, terima kasih untuk dari first kita masuk sampai hari terakhir aku jejak kaki dekat rumah tu. Persahabatan kita mungkin tak sebaik macam housemate lain, tapi jujur aku kata dengan korang salah satu kenangan manis aku dekat sini. Dari kita rapat dulu, masa lepak sama-sama, makan sama-sama, ponteng kelas sama-sama sampailah kita 'dingin'. Mungkin takde sebab kenapa jadi macam tu. Sampai harini aku masih tak faham peristiwa tu tapi dah lah, benda dah lama. Roomate, terima kasih untuk semua yang aku pernah pinjam, yang pernah kau bagi dekat aku. Kita banyak share cerita sama-sama. Sayang, tak banyak moment kita sama-sama sebab kita lain course :p Classmate, terima kasih banyak-banyak dari first masuk kelas tu sampai lah hari terakhir kita osce. Terlalu banyak kenangan dengan korang. Bergaduh dari sem 1 sampai open table malam dekat court badminton pl. Masa tu memang bergaduh habis lah. Macam-macam dah jadi dengan cohort 2. Paling teruk gaduh masa game netball. Masa betul-betul kenal perangai masing-masing masa start praktikal. Banyak benda yang jadi, apa pun aku nak pesan 'student life' dengan dah bekerja nanti lain. Sekarang aku pun still main-main lagi, masa kerja nanti sama-sama perbaiki. Housemate saidah, terima kasih korang terlalu banyak tolong aku. Dari kita tak rapat sampai lah kita macam adik beradik. Aku paling sayang dengan korang. Setiap kali korang nak exam, aku tak pernah lupa msg sorang-sorang wish goodluck. Jurang antara 'cohort 2' dengan 'cohort 3' tak pernah kami hiraukan. Dengan korang paling gila, buat macam-macam sama-sama. Korang tak pernah kenal erti 'takut'. Seronok kawan dengan korang. Dari korang jugak lah aku banyak belajar, slow-slow nak berubah. 

Third, CI. Terima kasih sebab tak pernah penat melayan karenah kami. Aku tahu aku paling annoiying, paling degil, paling tak dengar cakap. Dari Kkb, masuk Selayang, ke Banting, tercampak kat Penang, masuk kajang, dan last Ampang. First Sir Lah. Sorry sir, sir paling pening jaga group kami. Sampai dapat gelaran 3 stoogers. Sebab sir akan bising kalau kita duduk bilik darah, asthma bay, dengan bilik procedure. Tapi kalau semua bekumpul dekat resus, confirm dia takkan marah. Madam Hazrima, tau madam banyak sakit hati, banyak pendam. Kami berdua paling banyak kena marah sampai madam fade up nak jaga kitorang. Terima kasih banyak-banyak sebab tak effect markah. Sumpah, susah sangat nak jumpa CI macam madam. Tak akan ada lah sepanjang saya praktikal :)


Lecturer, insyallah kami semua takkan pernah lupa semua sir, madam, miss yang pernah mengajar kami. Cohort 2 bukan anak kesayangan, tahu sebab cohort 2 paling banyak problem. Anekdotal pun cohort 2 paling banyak dapat. Untuk semua kawan-kawan, berjaya dah 3 tahun kita dekat sini. Classmate, dari 40 orang masa mula-mula, and masa osce tinggal 36 orang je. Sorang-sorang keluar. Semoga korang berjaya dekat luar sana walau apa bidang sekalipun.

Banyak lagi aku nak share. Tapi terlalu panjang entry kali ni. Cuma aku nak cakap masa sem 1 jari aku patah sebab kena kipas. Masa sem 2 kaki aku tendon terkoyak sebab main netball. Cukup mengajar aku erti bersyukur :p 

Housemate.
Sebenarnya housemate lah orang yang paling kita kenal.
Luar, dalam



Classmate
Buat pertama kalinya duduk satu meja berbincang.
Masa ni lah punca



Classmates


Classmates
Tournament football
Champion!


Housemate
Tudung putih tu roomate.


Budak rumah saidah.
Paling gila 
Diorang lah ajar aku merayap
Makan semua benda yang sebelum ni aku tak pernah makan
Guna waze sampai sesat


Budak rumah saidah
Dengan diorang memang takde kerja lain
Selain makan
Kalau pukul satu pagi lapar pun
Diorang akan ajak pergi Marlis


Housemate
Ain
Dia bukan roomate aku
Kita tak rapat pun dari awal
Dia orang yang aku tak suka masa awal-awal masuk
Tapi dia orang yg sentiasa ada dengan aku dari sem satu sampai habis sem 6
Terima kasih
Mungkin aku tak pernah cakap 
Tapi jujur aku sayang kau


Classmate
Liyana a.k.a syasya
Aku tak pernah rapat pun dengan kau dari sem satu
Kita bukan housemate
Tak pernah langsung teringin nak rapat ke apa
kau kabut, kau selamber
Terlalu jujur dengan apa yang kau cakap
Praktikal cukup untuk merapatkan kita
Kau annoying, aku annoying
Kau kerek, aku pun kau kata kerek
Kau kabut, aku pun kau kata kabut
Mungkin sebab tu kita satu kepala. 
Dan selama ni kau selalu cakap kau sayang aku
Bukan kau sorang, aku pun sama
Perkenalan kita mungkin 3 tahun
Tapi persahabatan kita tak selama itu
Terima kasih sudi layan perangai aku


Classmates


Classmates
Annual Dinner yang terakhir bergelar student