background

Tuesday 17 February 2015

The Best Experiance

ED is the best department!

Sekian berakhirlah tempoh 2 bulan kami di ed kajang. Tersangat-sangat banyak yang kami belajar dekat sana. First masa sampai "lahaiii ni ke hospital kajang?" Macam hambar jee. Masa first sir bawak masuk ed utk orentasi tu semua staff pandang macam annoying gila. Lagi lah semangat nak masuk ed takde. Memang krik-krik lah masuk ed mula-mula. Dengan tak dilayannya, tapi bila kitorang tanya macam-macam barulah diorang start mengajar. Dugaan betul, dengan aku nya tak tahu nak tanya apa nasib lah ed ni masuk 2 org satu tempat. Macam selayang sorang-sorang, tapi takpe staff okay sana. Bergabung tenaga dengan budak MSU buat macam-macam. Tak boleh lupa masa tengah lepak berdua dgn budak MSU tetiba 'regular patient' masuk marah-marah kitorang. Nasib lah CI MSU ada kalau tak mampus jugak lah. Budak Sime Darby dgn UITM pun ada tapi tak sama shift dan dgn UITM memang tak mahu rapat pun! Macam-macam prosedure boleh buat, kadang-kadang kalau duduk yellow tu memang kita yang pegang pulak rasanya. Tns, blood taking, insert line, wound irrigation semua nya lah buat, kadang benda yang kita tak buat masa ed dulu pun kat sini buat. Doctor order je, sebab dia tahu picoms dgn msu student MA. Kalau UITM memang diorang tak suruh dah sebab tahu tak boleh buat, nursing kan. Tapi sayang, ABG doctor banyak order tapi tak berani buat. Last kat situ rasa berat pula nak keluar. Rasa macam Abang dengan kakak-kakak kat sini superb. Best nya sebab dapat pegang macam-macam jenis kes. Merasa jugaklah clerk patient, merasa jugak lah cpr patient betul. Tapi yang pt cpr tu last kat tangan aku, bad luck. Rasa macam kenapa ent tak dekat kajang? Hahahaaa tapi different hospital, different experiance. Okay what, daripada sama hospital je tak ke bosan!

Pengalaman first time dapat pergi Post Mortem. Rasa macam nak pergi ke taknak? Exited sebab nak belajar. Tapi takut teringat-ingat. 2 malam jugak lah tidur bukak lampu! Hahahaha tapi the best experiance lah sebab anatomi kita belajar organ semua cantik je, tmpat pun tersusun je. Bila dapat yg real punya, hah ambek kau, puas kitorang geledah. Paling-paling tak tahan bau, darah pun tapi darah suction okay sikit ah.

Haritu pegi hantar saidah dekat perlis. Macam biasa mesti tidur kedah punya. Masa hantar tu singgah rumah Unty Rosni kejap. Sebab rumah Unty Rosni dgn klinik yang saidah posting tu dekat gila. Rumah pun dekat, jalan kaki boleh sampai. Ziarah baru-baru ni abang sedara aku meninggal. Kitorang pun tak pernah jumpa langsung tetiba dah takde. Kenal pun tak, cumanya abang kakak kakced kenal lah sebab membe kecik diorang. Masa dia kawin 2012 pun abang kakak pegi. Tapi ayat yang paling sentap pernah aku dengar 'Kenpa amik MA, tu profesion lelaki je, lagi pun sebenarnya profesion tu dah lama nak pupus sebenarnya' Mathron. Biasa dah, nursing dgn MA memang tak akan ngam. Takziah jugak baru-baru ni makcik edara aku meninggal. Terkilan sangat sebab dia baik sangat-sangat. Waktu aku sekolah rendah dia banyak bawak aku pegi makan, belanja itu ini. Kalau dia hantar tu mesti duit belanja dia bagi sekali. Disebabkan satu sekolah dengan cousin aku masa sekolah rendah, jadi apa-apa semua makcik aku yang tolongkan sekali. Kalau ada jamuan apa-apa kat rummah dia dia yang selalu amik kitorang memandangkan papa kerja. Tapi kadang jalan kaki je sebab rumah dekat. Semenjak dia pindah tu yang tak ngam sangat sebab dah jauh.

Untuk ent sebulan dan lepas tu final exam. Harapnya peluang kerja dekat luar sana tu banyakk, amiinnnn. Sebab ramai kata MA ni tak banyak lagi, kolej-kolej pun baru je bukak course MA ni. Dalam kolej aku pun aku batch ke-2. Harapnya peluang tu cerah. Nak sambung belajar pun tunggu lah nak experiance kerja dulu. Mahirkan diri buat procedure dulu. Confuse sebenarnya antara kecemasan ataupun cardio. Sebab cardio memang minat dari teori dulu. Masuk praktikal, kecemasan macam menarikkkk! Hmm


Geng bergosip, geng buat kerja. Paling tak boleh lupa masa aku nak amik UFEME dekat CBD bag. Masa tu berdua, sorang tolong pegang botol, aku nak tutup bag tu sebab dah nak full. Aku tengah gelabah sebab tak boleh tutup dah lah nak penuh dah, yang budak MSU lagi sorang ni boleh gelakkan dari jauh, tebahak-bahak. Sabar je lah, boleh gelakkan ajee, Haihhhh koranggg! Babaiii MSU.