background

Sunday 18 December 2016

Short Story

Tengah duduk mengadap bercerita pasal 10 tahun lepas. Betapa sakitnya hati dengan perangai manusia. Yg paling terkilan, orang yg paling dekat. Dah, abaikan 😪

Emm banyak nak cite ni 😮 yg best belaka! Haha okay first pasal keje baru ai. Tersangat lah seronok sampai tak sabar nk pegi keje. Kahhh! Even murtad tapi tak rasa nak berenti langsung. Mana tahu kalau ada rezeki dalam bidang ni blh sambung degree. Haha masa training tu paling kenangan weh. Serius boleh menggamit kenangan doh. Tapi masa training stress nak mati. Ada sorg encik tu suka marah-marah. Masalahnya aku diam pun kena marah. Sakit hati gila. Last aku kena training dgn dia. Lagi lah hare 😓  Lama-lama okay je. Sampai aku dah start keje pun best gila. First week dah buat makan-makan. Christmast even lah makan makan lah semua nak buat. Baru lah ada life 😅 haha before ni keje penat gila pastu mcm tkde life. Cuti pun kena keje, kadang public holiday pun keje. Penat doh😪  Okay pasal ni nanti next entry kita continue lagi. Utk harini stop sampai sini.

Maha 2016. Ibu kalau tempat2 mcm ni takde dia nak bawak kita nya. Memang dari kecik mana pernah dia bawak. Cuma pernah dtg cousin bawak. And second dtg masa masuk kolej dgn budak kolej. And this year sebab kakak dgn kimura ada bukak booth utk sambal diorg. Ada laa pegi berapa hari masa cuti tu pun bukan tlg sgt haha bejalan je. And last day kakak suruh dtg sbb nak tlg kemas kemas sikit. Sejuk gila nak mati wei haha. Ramai gak artis. Tp tak heran langsung. Cuma kan melting gila nampak Adam. Serius 😂 padahal mana pernah minat dia. Haha diorg tu pepagi dah makan nasi. Bapak ah tak masuk tekak aku. Okay tipu lah aku tak makan nasi, makan cuma pagi tu kalau nasi kerabu ke, nasi lemak atau nasi goreng aku telan lah jugak. Tp dah kalau pepagi bagi aku nasi lauk ayam masak lemak mana nak telan doh haha! Family aku cuma papa je yg lalu pepagi makan nasi gitu. Yg lain, dari kakak abg ibu sampai lah aku mmg tak blh telan. Tak biasa mungkin dari kecik reti breakfast dgn roti, nasi lemak tak pun biskut. 






After maha, esok tu terus kakak dgn kimura ajak shoping 😇 tapi utk orang yg tak suka shopping mcm aku ni so tkde lah teruja mana haha! Sebenarnya saje acah ajak kimura tgk movie, lama gila tak tgk movie kut. Tapi tak tahu lah pulak dia take serious. Beria paksa ajak keluar. Tapi memasing nak shoping. Baru nak beli coffe bean then kakak ajak makan dulu. Dia kata lepas makan baru beli. Takpe lah sbb dia offer nak belanja tony roma's 😵 Masa ni lah yg kakak buat hal! Haha sumpah bengang gila dgn kakak masa ni. Boleh dia g marah kimura semata mata pasal pain killer?! Annoying nak mati. And macam yg aku cerita dekat entry sebelum ni, kakak kalau nak marah org dia langsung tak jaga hati org. Tak jaga langsung. Dia tak fikir apa dah. Depan rezeki, depan adik-adik dia dia marah kawan dia. Kesian tau tak! Masa tu tak tahu nak marah kakak mcm mana. Aku gigih pegi farmasi cari pain killer dia, dtg balik kimura dah blah. Dah lah dia yg nak makan, dia yg lapar. Satu mid, satu the garden menapak cari kimura, satu jam! Aku dgn saida yg cari. Kakak nak cari? Kiamat. Kitorg plan, aku tggu kat kereta then saida g cari. Takde jugak. Last decide kata kitorg nak balik. Kimura minta maaf masa tu sbb susahkan kitorg. Takpe, sebab kakak punca. Sumpah bengang dgn kakak. Cuma sbb dia kakak so tak tau mcm mana nak marah dia. Kitorg tggu kat kereta. And serious drama gila masa tu haha! Dia sampai kat kereta terus kitorg pujuk dia. Kita dah mcm family. Setiap kali perjumpaan family, dia mesti ada. Setiap family day kitorg dia ada. Dia akan join semua aktiviti family ni. Mmg first agak kekok. Tapi dah macam family. Bila kata family, bergaduh tu perkara biasa. Teruk macam mana pun kita family. Gigih gila aku dgn saida msg dia pujuk masa tu 😂 Ayat kimura masa tu 'kakak mmg baik, dia banyak tolong org. tapi tak tahan dgn perangai dia yg satu tu. entah kadang macam dah fade up. cukup lah org tahan dgn dia 3 tahun.' Dan kitorg tahan dengan dia seumur hidup, haha. Kalau nak cite bergaduh tu penat sangat dah. Salah satu punca kenapa dia pindah duduk luar. Sebab mmg tak blh jumpa lebih dari sehari nanti mesti nak gaduh teruk. Biar tak jumpa berbulan bulan, nanti mesti rindu 🙊 





And lately ni ramai sangat ajak attend wedding. Awalnya jodoh korg 😂 Haritu shakila, sama tarikh dgn syima. Semalam farahatun. Yg farahatun ni paling tekejut, sumpah. Haha masa dia msg ajak tu macam woww serius lah doo. Emm sebab farahatun ni dia susah sikit. Mungkin yg kali ni betul betul faham dia. Alhamdulillah utk dia, cehh. Dpt dtg kejap je dgn ezaty. Tak sempat nak jumpa sesape.Btw congrats faraaahhhhhhh!




Saturday 5 November 2016

Colour of Life

Setahun lepas grad baru dapat keje yang agak kukuh gaji nya. Di tengah kota bandaraya yang boleh menggamit memory dulu-dulu. Cehhh 🙈 Setahun jugak lah hari-hari stress fikir pasal gaji. Nak bayar itu, bayar ini, ishh macam-macam fikir nak bayar. Alhamdulillah lah even stress pun, tak pernah tak cukup. Maybe tu antara lumrah kehidupan. Takde orang terus berjaya tanpa usaha. Kita mula dari bawah. Insyallah satu hari nnti kalau dah dekat atas, masih tak lupa siapa kita dulu. Dugaan, usaha, susah payah dari bawah kan. 

Last week pegi bukit rahman putra, ada karnival. Pegi pun sebab nak support business kakak dengan kimura. Diorang ada bukak booth untuk product diorang. Karnival tu ahad, sabtu tu ibu paksa tidur rumah kakak sebab nak tolong kakak buat keje and angkat barang pagi esok tu. Serius kalau pasal tolong ni, selagi aku tau buat aku akan kerah tenaga untuk buat. Sbb adik beradik, apa nak berkira kan. Malam tu buat mcm2 sampai pkul 3.30 pagi. Masih ada lagi sejam setengah untuk tidur. Sebab pukul 5 dah kena bangun. 

Pagi tu siap-siap kakak dah bising. Biasalah kakak kuat bebel. Dengan kimura pun dia bebel macam-macam. Tengok kimura pun stress gila. Kakak ni tak pernah nya nak jaga hati orang kalau bercakap 😒 Sampai dekat booth aku dengan kakak tinggal sebab nak susun barang, kimura dengan saida amik barang second round. Dari pagi aku dah stress dengan kakak, bayang kan lah dekat booth yg tinggal berdua aku dengan dia. Takde sape dah dia nak stress kan selain aku. Dah lah panjat pun langsung dia taknak. Dia mmg jaga standard dari dulu 😒 menyampah! Sebab aku adik and aku memang nak tolong dia, so aku buat jelah. Telinga aku pun naik beku dengar dia bebel. Semua benda dah settle, karnival pun dah start. So sesi jual menjual dah start. Kakak tak habis lagi bebel. Kakak, penat lah 😔 Petang tu bila abang, ibu, papa, fyka semua dah datang aku malas ah nak duduk dekat booth dah. Sebab diorang ada pekerja. Makan, jalan pastu lepak kat luar tu. Then ada sekali tu panas gilaaa, biasa lah panas tengah hari kan. Aku pun masuk lah booth sembang dengan kakshida. Saida datang kat aku dia suruh aku lap muka sbb minyak. Aku amik tisu nak keluar then "bedebbuuuuukkkkkkkk" Papa hulur tangan. Aku sambut, bangun nak duduk. Fyka dah bagi kerusi. Pastu kakak kata ehh dalam ni sempit lah. Aku pandang dia, jeling terus angkat kerusi keluar. Aku ingat jatuh biasa-biasa je. Sekali seluar koyak teruk. Then tapak tangan aku habis luka. Luka kat lutut pun besar. Wushh! Kaki tersadung kat meja orang sebelah. Dia punya susunan tak strategik langsung. Lepastu sempit pulak. Ibu kalau jadi macam ni, dia suka stress kan lagi. Fyka dengan papa tolong bersihkan. Kakak datang dia kata duduk lah lagi ramai-ramai kat dalam, kan sempit tu. Kaksihda bengang je, dia terus ajak fyka blah. Kau tak cukup tidur, kau stress dengan orang bebel dari pagi, kau jatuh sakit kot, then kena bebel macam tu. Tak meleleh pulak air mata kan. Serius sakit hati gilaa 😓 Aku takkan menangis kalau aku sakit. Tapi aku akan menangis kalau aku stress gila gilaa! Kakak dari dalam usya je aku. Takyah lah kak, dah cukup sakit hati dah ni. Dia datang and tanya 'sakit ke dik?' Tengah sakit hati, memang aku takkan layan. Aku buat bodoh je layan phone. Panas ke apa ke aku tak masuk dah, jangan risau. Kimura datang lepak dengan aku. Tanya macam-macam, sembang buat aku hilang stress 😂 Dah nak balik tu kimura hulur duit, aku tak amik. Saida pun tolak. Satu, aku tolong bukan sebab duit. Dua, aku tak reti berkira lagi-lagi adik beradik. Kakshida pun kata, ish takyah laa diorang kan TOLONG. 'Amik jelah, dah lah jatuh'. Takpelah kak, aku tolong bukan nak duit sangat! Dalam kereta masa balik semua aku cerita dengan ibu, papa, kakshida. Stress. Sampai meleleh air mata. Sakit hati. Ibu lagi back up kakak. Tak suka! Betul is betul lah, salah is salah! Jangan lah betulkan yg sememang nya salah. Unfair. Kakshida marah teruk kakak. Papa pun.



Kakak. Sumpah dia manusia yang paling annoying yang pernah aku jumpa. Manusia yang memang tak akan jaga hati orang lain bila bercakap. Dia tak suka kalau kita cakap banyak-banyak. Sebab bagi dia kita tak tau apa-apa. Yelah macam selalu dia kata, 'korang budak-budak'. Kakak kamu kena ingat masa kamu masuk hospital yang gaduh pasal staff biadab tu, aku tolong kamu sampai aku gaduh dengan staff balik. Kalau kamu kena kacau ke apa ke dari kecik kitorang yang tolong marah orang yang kacau kamu. Tapi sebab kakak, emm. Semua benda dia akan ajar kita even benda tu kita dah tau. Semua benda kalau kita yg buat atau cakap tak betul. Tak boleh percaya. Setakat hidup 22 tahun, apa sangat kau tahu. Kalau aku bercerita atau bagi pendapat dia akan buat muka and cakap 'eh kau diam lah, macam tau sangat'. Kalau bising pasal gaji dia akan kata 'ehh padan lah dengan umur kau, kau nak gaji banyak nak buat apa'. Dia tak tahu aku nak bayar macam-macam. Kau nak banding kan kau 22 tahun dulu dengan aku? Kolot nya kakak ni! Kalau kita makan apa apa pun dia akan kata, 'kau gaji baru berapa, takyah nak belagak makan biasa cukup. Dia yang paling menyampah. Dulu kalau dia duduk rumah, bergaduh tu jangan cerita lah. Sampai dia touching taknak balik rumah. Sebab dia kakak sifat mengarah tu memang perangai kakak. Dia tak suka adik lebih dari dia. Tapi percayalah dia seorang kakak yang baik ☺ Kau cakap nak apa, dia bagi. Kau cakap nak pegi mana, nanti dia plan ajak ke sana. Dulu masa ika fyka belajar, banyak dia support. Masa abang takde duit nak sambung belajar, abang nak keje taknak sambung. Dia marah and dia kata kalau kau takde duit cakap dengan aku. Nanti aku transfer. Cuma masa aku sebab aku jenis menyimpan. Tu yang tak banyak mintak tolong dia sangat. Masa sekolah dulu, cakap nak tengok movie apa je dia bawak. Padahal dulu gaji dia banyak mana nak tampung semua benda. Semua dia bayar. Dia beli itu, beli ini untuk rumah.. Baju raya kitorang semua dia belikan. Masa ibu dengan papa takde duit sebab kena tipu dengan orang. Habis semua duit papa dengan ibu dulu. Kakak lah yang tampung semua. Kalau nak ikut gaji kita sekarang, kita dah kata tak cukup. Kakak dulu? Sebab kita dah merasa pegang gaji dari sekolah. Dulu dapat gaji semua boleh enjoy. Nak bayar apa sangat kan. Sekarang baru faham.

Haritu syifa masuk hospital. Aku mc dua hari sebab jatuh tu. Selasa masa maghrib tu diorang call bagi tau syifa dekat emergency hospital kajang. Allahuakhbarrr! Berderau darah dengar. Siap terus ke hospital. Dulu ke situ sebab practical. Lupa dah jadi family member, suka hati nak main masuk. Pastu kena tahan 😅 Risau nya cik ada dengar syifa masuk hospital. Kesiannya dekat syifa kena cucuk lebam lebam. Tapi alhamdulillah jumaat dah keluar. Dengar kakyana cerita, allahu! Moga syifa sembuh sepenuhnya sayang. Sabar lah abang and kakyana. Biasa kalau jumpa syifa cakap je ada sesuatu dia dah sorak happy. Tapi semalam lemaunya syifa. Syifa kena sembuh cepat. Semua orang sayang syifa nak tengok syifa sembuh. Aktif macam dulu.







Saturday 22 October 2016

Cik Busy

Busy nya sekarang! Nak tulis blog pun tak sempat 😂  nak tgk anak ezaty pun tak sempat! Alhamdulillah ezaty dah selamat besalin. Tumpang gumbiraaaa hahaha. Okay kalini takleh merepek sbb banyak benda nak cerita takut tak sempat nak tulis. 

September haritu birthday koyah. Serius susah gila nak plan surprise birthday dia. Berapa minggu awal kitorg plan dia asyik taknak join mcm tau je kitorg nak prank dia. Dengan plan A, plan B bagai and lastly atas pertolongan fahel (bf koyah) jadi jugak. Malas nak plan jauh, so plan buat dekat the ship je. Aku dgn saidah paling gigih. Beli semua benda siap tulis happy birthday dgn belon kad warna warni lagi. Terimbau memory sekolah. Haha sekolah dulu part nak hias kelas gini lah jugak. Ghinduuuuuuu 😭 Sikit punya awal kitotg sampai nak set up tempat. Masa dia sampai memasing buat bodoh, kahhhhhh! Dia bengang jee hahaha. Dia lambat sangat, kalau dia awal kitorg ada upah busker nyanyi 'Happy Birthday'. Tapi sbb lambat, busker tu pun dah blah. Dia punya balas dendam bila dah lama tak jumpa sampai 3 pagi pun memasing berat gila nak balik 🙉 Lepas makan pegi karok. Lepas dah puas karok, memasing ajak pegi marlis. Weehhhhhh port lepak bila lapar malam masa study dulu 😅 punya lah gigih dulu haha. lepas bts sampai larut malam pastu lapar, siap g marlis. Mana nak fikir assignment, dengan esok nak praktikal nya. Ya allah rindu nya! Tak puas lepak, nak lepak lagi nanti lama-lama!






Lama sangat tak holiday ni. Last haritu perhentian. Last dan paling best. Haha masih ada yg tak blh move on dgn perhentian tu. Memanjang post moment perhentian 😉 Okay okay sebenarnya nak cerita masa pegi johor. Haha serius tak pernah pegi johor seumur hidup. First time tu. Sbb nak celebrate birthday papa. Biasanya kalau birthday papa memang celebrate masa holiday pun. Cuma last year sbb ika kawin, tu yg tak dapek nak ke mana-mana. Sampai harini tak boleh move on moment sebelum gerak ke johor jumaat tu 🙈 Ohh okay, masa pagi tu singgah rnr nilai breakfast sebentar. Macam biasa family aku kan besar, so mmg wajib sewa homestay. So kitorg ada dpt satu homestay dekat larkin. The best homestay, seriously. First lagi dah rebut bilik 😪 Macam kitorg adik last ni memang selalu kena redha lah dapat bilik mana pun. Actually tak kisah pun 💁🏻 Ptg sikit tu lepak dlm bilik main saidina (habbit family). Lepas maghrib siap keluar g makan. Lepas makan lepak-lepak then balik. Dah ready nak tidur dah tetiba diorg buat 'geng gosip' kat dapur. Mana boleh tak join, bangun balik join mereka sampai pkul brp entah. Pagi esok tu lepas breakfast terus berjalan. Lepas tu karok. Emm family aku mmg suka karok pun. Aku je tak berapa. Tp bila dgn diorg satu lagu pun wajib semua kena nyanyi 😪

Malam tu lepas celebrate birthday papa and anniversary ika and wan kita pun balik. Balik tu memasing nak g sidai kain yg basuh pagi td. Tapi kain dah kering. Nak tau kenapa kering? Hahahahahha! Owner rumah tu dah tlg sidai kan. Baiknya makcik tu, kitorg pulak segan. Dah lah nak masak pun dia keluarkan segala barang dia. Tu tak kisah lagi, sampai dia bg sayur, bawang, telur semua. Emm baiknya.  Malam tu continue balik gosip yg tak pernah habis tu. Family aku banyak gosip. Masa tu lah terluah segalanya. Memang dah tawar hati habis! Kk dekat johor takde lah menarik mana, cuma makanan yg best tu banyak 😅 Dengan family mmg lah tak enjoy mana, cuma bahagia tu dapat rasa. Cehhhh 😍 hahaa! 











Haritu lepak-lepak masa birthday koyah tercerita pasal 'move on'. Sbb skrg tgk semua tgh try hard to move on. Yg sorg tu ex dia dah jd penyanyi mana nak ingat org lama dah. Yg sorg lg ex dia tu mmg kaki perempuan. Dari dulu pantang nampak perempuan lawa. Padahal budak sekolah agama 😒 Sbb tu lah aku tak pernah respect pun dekat budak2 yg alim ni. Bukan sbb apa, kita bukan kenal dia luar dlm pun. Setakat nampak dia tutup aurat dgn sempurna then solat. Yg sememangnya amalan wajib kita umat islam. Atitude diorg kadang lagi teruk dari kita. So dekat sini aku bukan nak kata aku tak respect langsung, cuma susah gila aku nak jumpa yg betul2 berpegang pada agama. Well manusia tak sempurna. Tp bg aku kau hipokrit kalau kat dah tutup aurat, solat tak tggl, usrah memanjang tetiba batas pergaulan tak jaga langsung. Adab tak jaga. Banyak lagi perlu diperbaiki. Tak guna jugak kau tegur tak baik lepak campur jantina, haram pegi bercuti campur jantina tapi batas kau sendiri pun out! 

Kk nak cerita pasal move on ni 🙊  Haha tengah rancak bercerita tetiba syima kata eii bercinta punya lah lama, susah doo nak move on. Kannnnnn. Tapi koyah kata 'bagi aku nak move on tu senang. tapi sekali aku dah move on kau jgn dtg dah. kaki aku bg.' hahaha win jugak statement si kecik sorg ni. Ada betul nya jugak syima cakap, dan koyah cakap pun betul jugak. Cuma nak tanya kenapa ada org masih tak boleh move on even dah dekat 6 tahun?! Ingat senang? Kalau setiap tahun kau try hard utk move on tapi setiap tahun kau akan jumpa dia. Kau tak blh elak sbb takdir pertemuan bukan kat tangan kau. Hahaha! Ingat setahun cukup ke utk move on? First year kau try hard utk lupa dia. Bila dah berjaya sikit demi sikit tetiba kau terserempak dgn dia dekat lif. Tipu kalau kata tak rasa apa. Tipu! Kau start ingat balik semua pasal dia. And slowly kau try balik nak lupa. Lupa, lupa dan makin lupa even tggal sikit je memory pasal dia tp kau hampir berjaya. Then kawan kau ajak tgk wayang. Kau keluar, masa nak beli tiket wayang kau tersempak lagi dgn dia. Kau start ingat balik. Benda tu berulang setiap tahun mesti sekali kau kena jumpa dia. Kau taknak tapi kau akan jumpa jugak. Kau dah try tak pergi tempat yg berkaitan dgn dia tp still jumpa. Kau ada cara lain lagi ke nak move on? Bila tau dia dah kawin kau mmg boleh kata aku tak rasa apa. Tapi cuba kau tanya hati kau. Dia rasa apa? Every year kau akan lalui benda yg sama. Cukup kuat kalau kau kata kau tak rasa apa atau kau tipu diri sendiri. Susah kan. Aku ramai kawan yg mcm ni. Kesian pun ye padan muka pun ye. Haha sape suruh percaya lagi. Dah nama pun lelaki. Sekarang ni, selagi nama manusia tak payah lah nak percaya sangat. Even kawan baik pun boleh tipu kau. Takpayah lah nak terkesan dgn ayat bersemut tu semua. Kuat kan sikit hati, jgn nak sikit-sikit cair. Mana lah org tak pergunakan. Hahaha skrg ni kalau dah menyampah sangat nak dengar cerita pun dah takde hati. So takyah laa dtg bawak cerita yg aku taknak dengar. Hidup lah kau dgn bahagia. Buat salah tanggung sendiri.Tak suka dengar cerita org yg aku tak suka. Tak suka!





Sunday 18 September 2016

Blog aku, Life aku, Style aku

Aku tak pernah makan burger king. Teringin tu ada lah sikit tp just teringin nak rasa je. Sbb tak pernah rasa. Sabtu before aidiladha tu saida ajak pegi jalan tar. Dia cuti boleh aa kan. Hah aku ingat aku halfday rupanya kena tggu. Takde pt pun, ada upah org luar utk kemas. Biasa sabtu beli makanan awal atau bawak bekal sbb kedai blkg tu bukak office hour je. Sabtu tak bukak. Aku pun tak lah bawak bekal sbb ingat halfday. Tgh hari tu lapar teruk. Kumpul kekuatan yg tak berapa nak ada ni pegi lah jalan kaki beli kfc dekt kedai depan. Sbb teringin cheesy mach potato dia. Dari puasa mengidam tak dapat lg! Belikan set utk bawak balik kat saidah sbb rumah tak masak, ibu keluar. Ptg tu turun kat masjid jamek terus masuk burger king. Tak blh tanding kfc and mcd lah. Haha! 

Aidiladha 2016 aku rasa lg win dari aidilfitri. Sbb dapat kumpul semua. Ai repeat, semua! Haha sbb last dapat kumpul semua masa 2011. Lepas abg kawin, lepas ika kawin, lepas memasing keje komitmen tu lg penting. Pagi raya tu lepas breakfast, solat raya memasing kumpul depan tv main saidina. Kakak aa ni punca bawak balik saidina. Family ni kalau dah start main game susah nak stop. Sampai abg dtg baru kemas sbb takut syifa yg 'kemaskan'. Lepas zohor baru pegi bandar kinrara, kimura ada buat kuban kat situ. 






Aku rasa aku yg gigih msg sorg sorg ajak g tadom. Yang lain dek je even syada yg ajak. Katanya dia plan je aku yg kena arrange. Melampau nyaaaaa! Haha kalau tak, nak pegi 4 hb. Tp fahin request lambat sikit sbb 5hb baru dia dpt gaji. Dia ajak weekend seterusnya. 16 hb pun dia tak dpt join dgn alasan yg kukuh. Kumpul punya kumpul yg dpt join 4 org je. Saada, saida, syada, zati. Sampai sehari sebelum pun aku still gigih msg mcm mcm. Syada request sandwich dia kata kalau rajin buat lah. Nampak sgt kau malas hahaha. So saidah ajak buat sandwich tuna and telur. Diorg beli jajan je. Malam tu gigih beli roti, tuna, telur, mayonis. Pagi tu pukul 6am dah bangun buat sandwich. Senang je cuma malas dgn rajin je haha. Niat nak gerak pukul 8 tp still hujan lagi. So 8.30 baru turun tggu syada baru gerak nak amik zaty. Sbb cadang gerak satu kereta je, senang. Zati kata rumah dia betul betul depan skbtr. Aku mintak alamat sbb taktau skbtr1 atau 2, tak pun smkbtr. Tp dia kata skbtr belah depan, betul2 kat depan. So aku expect area jalan midah tu. Still tak jumpa lg. Tu yg mintak alamat jugak, rupanya taman jaya. Lol ckp laa area blkg. Haha aku punya lah expect jalan midah. Taman jaya tu tahu laa sbb selalu short cut ikut situ.

First sampai tu, not bad lah tempat dia. Aku expect banyat tempat. Rupanya dia satu je tp besar. Kat situ lah rakit, kat situ lah nak berenang, kat situ lah nak terjun. Excited nak masuk dlm air. Tp rasa badan berat bila masuk air. Masa kat perhentian lain. Tgk pulak org terjun, kita yg kat bawah tu dpt tgk mcm2 reaksi muka diorg. Hahaha! Lawak dan rasa tak sabar nak naik and terjun. Paksa diorg ajak terjun. Lepas sekali terjun naik aa makan. Sbb dlm air pun sedar tak sedar main pusing2  dah dekat sejam sengah. Lapar menguasai. Syada taknak, poyo dia tu haha. So aku paksa gak diorg naik. Sampai atas rasa takut. Serius takut. Haha tp sbb aku yg paksa so aku yg kena terjun dulu. Dah sampai turn nak terjun serius rasa nak patah balik. Gayat nya ya allah tuhan je yg tahu perasaan aku time tu. Tp takkan nak patah balik, sokay terjun je lah. Masa jatuh tu rasa nyawa tertinggal kat atas! Seriuss! Hahaha tp ada hati nak terjun for the second time. Lepas makan cecepat nak turun balik sbb nak berebut rakit. Dah dpt rakit sikit punya lama kitorg naik haha. Tawaf semua tempat. Best wooo, tp sakit tangan aa. Dah bosan atas tu nak turun, nak terjun sekali lg. Zati dah sakit tangan, dia taknak dah. So aku dgn saida naik nak terjun. Sampai kat atas tu, again rasa nak patah balik. Hahahahaha! Kekuatan hilang serta merta. Mana tah keberanian yg selama ni ada tu. Tp kat atas tu takleh lelama. So saida terus kedepan, amik masa 5 minit kumpul kekuatan then terjun. Sama jugak aku. Tp terjun yg second ni lain mcm. Rasa sakit gila hidung dengan telinga. Sampai rasa nak pecah gegendang telinga. Serius. Zati dah naik. Syada ajak repeat terjun lg. Dia nak merasa yg gayut tu. Aku dah surrender time tu terus naik kat zati. Lama sikit diorg pun naik. Tgk jam baru 1.30pm. Awal lagi tp memasing dah penat. Diorg suggest makan kat kl then main basikal kat titiwangsa. Aku on je weh. Lepak lagi duduk2 sampai pkul 2 baru bangun g toilet tukar baju. Zati ajak main atv tu tp mahal sangat so tak jd terus balik. Dlm kereta memasing muka penat hahahahaha. Mkan boat noodle kat ikon conought then balik. Tak jd main basikal sbb memasing dah penat. Dengan sakit kepalanya, sakit badan, segalanya sakit aha. Time makan release tension betul. Haha gelak tak berenti bila cerita balik zaman sekolah rendah and recall moment kat perhentian. Bestnya perhentian! Benda yg takde lah lawak mana pun boleh gelak beria. Makan dah aa berpinggan2. Berejam pulak tu. Best betul. 









Aku start something wrong dgn syada ni. Sbb first masa invite dia dlm gp dia kata tak kenal aku. Ramai jugak lah yg dia tak kenal. Then bila pm dia kata ingat ingat lupa. First masa pegi perhentian dlm bas dia kata dia tau kitorg kolej mana. Siap dgn course lg dia tau sbb kwn dia ada kolej situ. Maknanya yg 'tak kenal' tu acah2 ke apa?! Haha aku still takleh terima dia tak kenal aku first2. Sbb dia still ingat birthday, nama ayah aku, kakak aku. Aku rasa dia sorokkan identiti dia. Maksud aku dia sorokkan sape syahada yg skrg. Maybe? Sbb aku rasa dia lainnn. Mmg la best jumpa balik tp ada rasa yg tak kena. Seriously. Tp dgn dia kalau cerita open gila. Sangat open, semua dia boleh luahkan. Kalau ada org lain dia agak behave sikit haha. 

Ramai kata tadom best. Sampai ada yg pegi sampai dua kali. Tu yg excited nak pegi. Nampak mcm best. Tp bila dah merasa pegi, bagi aku biasa je. Tak kata pun tak best. Best aktiviti dia, mencabar mental dan fizikal. Tapi utk aku maybe first and last kot. Yg terjun tu pun aku rasa kat tadom tu kot last aku buat, hahaha! Takkan buat dah. Keberanian terlalu nipis. Kaaahhhhh!! Macam2 extreme activity aku pernah try buat. Dari sekolah dulu, masuk kolej and sampai sekarang. Tp serius aku kata, dalam banyak banyak benda, part terjun ni benda yg aku takkan repeat dah. Roller coaster, vuvuzuela, semua lah activity kaat sunway tu aku berani lg. Yg ni aku menyerah 😭

Aku ada baca satu iium confessions kat fb. Kesian dekat budak perempuan tu. 10 tahun jadi org asing dlm rumah sendiri. Kakak yg dah kawin duduk dlm rumah tu. Tak reti buat kerja rumah langsung padahal kakak. Then bila budak ni buat kerja kakak dia tangkap gambar sent dlm gp kata adik dia tetiba rajin. Fuhhh, aku pernah rasa benda ni. Masa kolej dulu. Rice cooker aku guna tak reti basuh. Berbulan bulan. Sbb aku jarang masak dulu. Even dingin pun aku tak lah kejam nak sorok barang aku even aku tau diorg sorok semua barang diorg yg ada. Aku tak kedekut! Tp bila jd mcm ni sape tak bengang. Then jaja cerita kata org pengotor tak reti basuh rice cooker. Terus aku sorok semua barang aku. Padan muka. Teringin jugak nak tgk kau masak nasi guna heater 💁🏼then budak tu cakap dia rasa tak bebas pakai tudung 24 jam dlm rumah sendiri selama 10 tahun. Aku pelik kakak dia tu kenapa tak faham bahasa?! Even aku yg dari family takde lah senang mana ni pun kakak aku yg kawin duduk rumah sendiri. Pandai kawin, pepandai aa survive. Aku pun rimas gak kena pakai tudung dlm rumah sendiri. Tp tgk keadaan lah. Kalau raya ke, cuti panjang ke, kakak aku balik bawak husband dia kena lah pakai jugak. Sbb ibu sangat particular bab aurat. Then kitorg pun tak kisah. Takde lah diorg nak duduk selamanya. Kena faham situasi memasing lah. And respect privacy org. 

Pelukis Jalanan


Lama dah syasya suggest buku ni suruh baca. Aku try cari banyak kedai buku yg takde stok. Then aku teringat buku mato dekat kinokuniya ada. Haritu masa lepak klcc dgn syima and koyah try cari, takde jugak. Kedai buku area permaisuri pun try cari, takde. Then haritu lepak quil mall dgn saidah. Try masuk mph, budak tu kata ada. Then bila dia cari, dia tanya staf lain budak tu kata dah return. Pelik. Syasya nak tlg belikan tp aku kata takpe aku try tanya kakak aku dulu. Sbb ika finance kat kedai buku pakcik awais. Ika kata ada, dia tlg belikan. And ai dah khatam. Beratnya ujian dia. Dia nekad nak happy kan parents dia thats why dia pegi jugak even dia taklepas A level. Kat sana survive sendiri, duit hilang, membe sabotaj and dia berjaya. Aku teringat masa aku first masuk kolej. Macam macam aku rasa. Aku ingat dugaan aku sehebat dugaan rupanya aku lupa ada org lagi teruk. Aku masa tu dekat je dgn parents. Tiap minggu pun blh balik. Lepas jari aku patah, macam2 jd. Kwn buat hal. Tunjuk perangai memasing hebat. Fitnah macam2, yg buruk belaka. Naik sem 2 okay sikit tp lepas netball, lepas aku injured benda yg sama jd. Kawan jugak tp org lain. Again kena fitnah. Cerita tu betul, tp lepas dia 'ajinamoto' kan bertambah sedap dan berperisa dia jd lain. Lepas drpd tu aku terus berpaling. Kawan dgn budak ma julai banja. Sampai last aku rapat dgn diorg. Sbb aku dah susah nak percaya org dah. Kalau nak cerita pasal kawan ni, macam2 aku dah rasa. Sbb tu serik sikit dgn yg bernama 'kawan' ni. Fobia! Dia berjuang demi markah dia. Naik sampai atas sbb MARKAH. Masa aku kat penang. Last assigment mula mula kat sana aku tgk 80. Aku tak kisah sgt even aku rasa sikit. Sbb setiap kesalahan dia tunjuk dkat kitorg balik. Bagi aku setiap apa kesalahan aku semua tak logik. Sbb format tu aku buat dari first aku praktikal. Knp baru skrg dia persoalkan?! Aku tak blh terima jawapan 'setiap lect lain'. Bila balik kolej, aku check balik markah aku berubah 58. Kenapa turun sampai begitu sekali? Dia kata aku ugut dia. Aku tak ugut, aku cuma cakap aku nak bawak hal ni dkat clinical coordinator tu yg dia cuak. Kalau dia tak salah dia tak takut! Aku fight sampai aku dpt markah yg sepatutnya aku dpt. Aku dari sekolah rendah bukan pelajar kesukaan. Aku tau. Ramai je cikgu tak berapa gemar tp takde lah sampai mcm ni sekali. Masa form 5, cikgu kata nak bawak 10 org markah tertinggi pegi seminar. Bila aku check, subjek tu aku salah sorg 10 yg tercalon. Tp bila keluar senarai nama, nama aku takde. Aku tgk ada sorg tu markah dia lg rendah dari aku tp dpt pegi. Tak kisah sbb aku tau cikgu tu taksuka aku. Tp sekali pun dia tak pernah turunkan markah aku. Ada sorg cikgu tu pernah paksa aku drop subjek dia padahal aku tak rasa nak drop. And last aku drop jugak sbb cara dia aku tau dia tak suka aku. 

Sunday 4 September 2016

Aura Positif

Banyak benda yg aku tak jangka jd lately ni. Sangat banyak. Semalam sara kawin. Masa sekolah rendah ngam dgn dia. Selalu lepak sana. Sbb satu sekolah dgn dia, tp dia rapat dgn ika fyka laa. Kdang egi balik sekolah dgn dia. Aku suka all out kalau wedding cousin ni. Sbb dpt eratkan silaturahim. Mmg penat gila tp benda tu lah moment terindah. Lepas busuk dgn ayam, kambing berpeluh nya lg baru dapat makan. Dapat selfie reramai. Awal lg aku dah cakap 'harini kita lengkap ada bertujuh. bukan senang nak ada mcm ni. so aku nak gambar bertujuh!' Sebenarnya geram dgn cipa, asyik alooonnnggg je. Menyampah! Kenduri malam, lepas kenduri mirul ajak lepak lagi. Kampung baru pulak tu. Lepak sampai pukul 4. Patut abg tak suka join kalau lepak dgn dia malam.




Tutup buku lama, bukak buku baru. Kalau nak ungkit, kitorg lg banyak 'point'. So jgn nak tunjuk perangai masa masa mcm ni. Aku tak reti nak blame org yg betul even aku ada seribu satu sbb untuk benci dia. Sbb bg aku manusia tak perfect. Even baik mcm mana pun dia still ada salah. Jahat macam mana pun dia, still ada baiknya. Prinsip tu aku pegang sampai mati. Kita judge org atas dasar manusia, bukan tak suka. Pintu rumah aku sentiasa terbukak utk org yg ada masalah. Even dulu pernah ada sengketa. Takpe, waktu kau senang naik lah tinggi mana kau nak naik. Waktu kau jatuh nnti kau jgn lupa kitorg sentiasa ada. Tapi sorry kalau kitorg dah tawar hati. Sbb aku berpegang teguh pada janji. Aku pernah janji aku nak jd macam kakak. Apa jd pun aku tetap nak keras hati. Aku nak buat bodoh mcm takde apa yg jd. Aku taknak pusing langsung pandang memana pihak. Tak akan. 

August ni tiap tahun akan jd bulan paling bermakna. Kenapa eh?! emmm, haha! Aku start keje area sini. Dugaan tu kat memana pun ada. Phone ai retak, rasa nak nangis. "Kau acah tak kisah takde apa tp muka toya habis masa phone kau jatuh," saida. Mmg lah tak kisah tapi penipu lah kalau tak rasa apa. Dulu tak rasa apa bila papa bising susah cari parking area sini. Tp skrg baru rasa. Rasa sakit hati penat balik keje parking full. Paling tension kalau abg dtg, dia akan spotcheck setiap inci sisi kereta. 

Ibu lepas balik dari ipoh terus tak blh bangun. Tu laa makan mcm2 pegi sana. Makan luar sokmo! Sama lah kalau diorg dtg sini pun, makan luar sokmo! Tu sbb haritu aku malas join. Banyak kali sangat. Aku daah aa tgh on diet, hahaha! Tp sekali tu tak leh tolak sbb abg dah merayu ajak ikut sbb nak jaga syifa mandi kolam. Takpe sbb ingat boleh shoping sekali sbb diorg duduk hotel sunway putra. Diorg lepak tu kita blh shoping! Tapi tak sempat, merata diorg ajak jalan. Teman shifa mandi kolam je dah berapa lama. Turun mall beli cinabon and coffe been then mkn kat bilik. Ptg tu ingat nak ajak diorg makan kat kg baru sbb dekat. Tapi mirul taknak, dia ajak mkn manhatan kat mid valley. Best jugak sbb tak merasa lg. Lepas makan baru bercita cita nak beli planet popcorn. Tak sempat nak beli athirah dah beli bg sorg satu. Laju je bebudak ni.

Minggu ni banyak turn on memory sekolah. Isnin tu time lunch our balik jap dgn saida nak pegi post office. Then alang alang kat situ makan je laa kat komersyel. Makan kat situ dgn waktu mcm tu teringat dulu asal balik sekolah mesti makan situ dgn diorg kalau ibu tak masak. Lindus! Selasa tu ezaty tag something yg aku rasa so school mood! Haha tolong lahh tak suka rasa mcm tu. Sbb tu salah satu yg aku taknak ingat. Taknak. Sbb aku tak rasa nak ingat. Tak sama mcm praktikal. Aku rasa nak repeat bebanyak kali. Seminggu before keje ada lepak dgn ezaty. Pegi rumah dia share everything. Emm susah nya nak lepak mcm dulu. Takpe nnti lepas semua dah okay kita lepak mcm dulu yeay! Hhahaha

Emm krabi tu aku bukan taknak pergi. Tapi kometmen tu. Dah lah bulan ni keluar duit mcm air je. Bayar ptptn, bayar segala mcm. Sesak nafas den. Lagi lagi pegi time raya. Bising mak ayah aku weih! Aku rasa krabi tu kena skip dulu buat sementara waktu. Syada ajak pegi tadom. Dah lama nak pegi tu. Mesti ah naakkk! Ingat nak buat ladies je. Tapi nnti diorg bising. Pastu diorg pun ajak vacay lagi. Memasing turn on moment perhentian. Sent balik semua gambar kat sana. Fuhh rundu habis! Hahaha nak taknak kena ajak jugak. Sbb tak lengkap aa kalau semua takde en.Haha sokay plan nicely nanti kita pegii! Teringat shahila airin sbb first plan nak buat reunion paling menyanpah dgn dia. Create group lain pun dia silent reader. Pastu last tak join. Banyak banyak membe sekolah rendah dgn shahila airin tak pernah lost contact even tak satu sekolah. Baik dgn dia dari darjah satu. Tp kontra gila dia skrg dgn 10 tahun lepas. Kahhh! Tetiba dia msg suruh support adik dia masuk af. Aikkk adik dia yg mana? Duhh amal ke. Serius lain tp dari dulu tak pernah besar. Dulu masa batch ika fyka kalau nasyid ke boria ke apa apa nyanyian mesti syakirin. Batch kitorg wani. After kitorg dah blah, after wani amal. Wani masuk mentor, amal af. Cuma syakirin je tak kembangkan bakat maybe sbb dia kawin awal. Tp wani pun dah kawin. Emm maybe rezeki.


Ai nak share sikit. Act, kitorg minat gilaa dgn Azrul Zaidi. Sape tu? Ramai tak kenal kan. Tapi ketahuilah 8 tahun tak pernah tak baca blog dia. Setia lapan tahun. Start rl2 mmg addict dgn cham. Naib juara rl2. Tp tak minat along sbb kitorg lebih minat azrul. Apa apa kaitan dgn along mmg tak pernah berminat. Senang cerita mmg menyampah. Then dapat tahu dia kawin dgn zila af. Ohhmmmgeee. Kontra nya diorg. Dah lah suka tgk zila. Sokay takpe jodoh diorg. Baru2 ni kecoh pasal zila dgn along. First zila buat kenyataan, serius aku rasa along biadab. And aku dah jangka benda ni. Tp aku tak terus blame. Sbb along diam, zila yg banyak bg kenyataan. Lepas beberapa kenyataan yg keluar buat aku rasa nak research lg pasal kes diorg. And aku nak ckp yg blame along tu please stop. Sbb aku one of yg tak suka along tp aku tak rasa along salah. Aku respect pendirian, pegangan, iman, kekuatan along. Sangat tinggi. Dia boleh diam sediam  nya masa family dia difitnah. And last org bukak mata masa kantoi segalanya. Tu pun along still diam. Along, kuatnya kau. Tak tau nak cakap apa lg tp aku tau kau hebat!

Baru lepas tgk romantika hisyam hamid ni. Skrg umur dia 31. Dia kawin 10 tahun lepas. Mudanya kawin. And paling aku terkejut bini dia tua 5 tahun. Aku tak cakap apa sbb terdiam terus. Tapi aku dgr saida kata "sama". Tak tak, tak cakap apa pun haha! Kbye

Wednesday 27 July 2016

10 Tahun Pun Aku Masih Aku

Lamanya tak post entry. Banyak jugak nak tulis ni. Apa yg jd  enstek, apa yg jadi masa raya. Emm kebanyakannya tragis belaka. Last dekat enstek, serius aku tak jangka pun akan berakhir mcm tu. Sbb minggu last tu aku balik lambat sikit sbb aku tak sihat. Haritu ah buka kat rumah abang sakan gila. Makan gerret banyak then tak minum air. Cari penyakit kan. Daa aa caremel macademia pulak, mmg addict dgn macademia tu. Aku just cakap kat ira je pasal nk berenti. Rabu tu cakap kat dr. Dr mcm berat hati, dia tak bg berenti. Tapi aku mmg nekad pun sbb dah takde hati lepas mcm2 jadi. Semua fikir diri sendiri. Mmg lah okay, tp kadang2 tu kalau salah faham sikit semua nak selfish. Tak semua, sebenarnya sorg je masalah! Sorg tu lah buat aku takde hati. Seminggu sebelum raya tu cerita dia. Aku ingat nak keje sampai dua hari sebelum raya. Tapi masa khamis sebelum raya tu, masa bebuka lah jadinya. Makan mcm biasa, takde apa pun. Cuma bukak cerita gurau2 sikit je. Tetiba nak melenting kata aku punca. Aku cerita, kalau kau tak salahkan org panjang kan cerita benda takkan jd. Ni semua benda kau nak ungkit bila org marah kau salahkan aku kata punca. Dah lah maghrib, kau baru amik wudhu'. Nak mencarut mcm org gila. Aku hempas pintu sikit je kot takkan tu pun nak kata punca?! Tak guna en kau solat. Lepas solat terus aku turun call ibu suruh amik mlm tu jugak. Mula janji nak pegi carbooth. Dah jadi mcm ni lebih baik aku kemas. Diorg keluar tu terus aku blah. Masa dlm kereta tu puas habis. Bagus, takde lah aku nak hadap pape dah. First time aku senekad ni. Sbb aku dah sabar lama. Bagus lah aku blah awal. Blh prepareration raya awal. Apa pun nak ckp aku mmg dah takde hati kat sana. Bab ni serius mmg aku nak selfish. First time jumpa org gila mcm tu. Harap kau menyesal dgn apa yg kau buat dan apa yg kau ckp!

Setiap kali puasa benda yg paling wajib, jalan kat bazar jln tar. Sbb nnti raya rasa tak complete. Suasana kat sana tu kan win gila. Serius aa shoping sakann sbb dah bergaji kan. Teman aa fyka g bangi beli baju, bengang gila tgk harga baju haha sbb masa aku beli harga lain. Padahal beza seminggu je kot dia punya turun sampai 50%. Masa pegi jalan tar tu kakcida keje. So pukul 12 tu baru nak gerak. Punya lah shoping pukul 4 baru balik. Apa lgi sahur terus aa. Meriah dia sampai subuh pun still ramai org. Gila! Tu pun kakcida dok ajak pegi aeon lagi. Kasut dgn beg tak dpt lagi. Haha kemain tau nak raya harus complete. Gigih punya pasal first pegi aeon, then tesco ampang, last dataran usahawan. 

Raya tahun ni lain dari lain. First raya dah lain. Kalau 3 tahun dulu pun aku still akan buat benda yg sama. Memang aku tak profesional, tapi kalau dgn pertalian yg tak akan putus aku blh jd profesional. Papa dah dtg kat aku pimpin aku, ehh sokay lah haha sbb aku dah tak rasa dendam ke apa ke kan. Mungkin papa ingat aku tak blh kot dgn suasana gitu. Sokay aku blh handle. Buat mcm takde apa sudah. Cuma aku takkan jadi org lain. Aku tetap jadi aku cakap lah apa nak cakap. Kalau tak sbb aku yg start dulu mesti semua benda takkan jadi. Sbb utk kau yg start dulu? Tak mungkin kan?! Mungkin dah takde dendam, tapi benda yg jadi takkan buat aku hilang ingatan. Sampai mati saya ingat. Utk acah acah mesra tu aku kenot ahh sbb aku tak pandai hipokrit. Aku akan jd pemerhati selamanya. Sbb setahun sekali je, masa raya je pun. 







Lain, sangat lain. Abg ajak balik perak, balik hari. Niat nak ziarah kubur arwah tok. Abg nak jumpa emy, sahabat sehidup semati dia. Sebab pegi ahad, isnin ramai dah keje. Jalan confirm jem gila. So mmg nak balik awal pun. Tu yg lepas subuh terus siap gerak. Kita merancang, tuhan yg menentukan segalanya. Kereta papa pula temperature naik. Pegi dua kereta. So lepas terowong menora tu ada petronas, berenti situ jap pastu ada pomen suruh tgk. Kebetulan pomen tu kawan jd (sedara ibu). Tergendala mcm tu dah pukul 12 tak settel lg.  Dah lepas okay tu terus lah menuju ke kuala kangsar. Dlm perjalanan tu temperature naik lagi. Duhh! Terus berenti kat masjid besar solat zohor apa semua baru call jd. Dia dtg tu check semua pastu dia kata benda tu amik masa sikit. Ibu ajak makan dulu, tp jd ajak makan kat rumah dia. Makan mcm org lapar hahaha. Kuih raya pun semua best2. Nasib baik sedara, kalau tak malu je pelahap mcm org lapar haha! Sampai maghrib jugak lah dekat rumah dia. Sempat jugak bergambar, pusing2. Tujuan utama utk ziarah kubur arwah tok pun sempat. Tapi respect jugak aa sbb datang sekali sekala, layanan first class. Malam tu singgah ipoh, makan malam best jugak diorg masak nasi ayam. Lepak semua sbb semua sebelum balik kl ipoh tu persinggahan terakhir. Lepas begambar semua balikk. Cuma kesian kat abang. Tak sempat jumpa emy. Last jumpa 2014 kot. Takpe lah takde rezeki. Sampai rumah pukul 3 wooo. Ada hikmah jugak semua ni. Sbb jalan kan sesak, tp kitorg gerak pukul 12 tu jaln dah clear.






Raya ni lah point paling best. Sebab apa haha sbb takde sbb utk org marah kita makan kan. Raya kan best makan.Sape diet masa raya tu rugi besar. Banyak jugak open house yg kitorg pegi. Tapi yg paling win makanan kat rumah oni. Nasi kapsah kambing, ayam masak merah, kari kambing, coastlo. Win, terbaik wa cakap. Asyik makan je kan, so weekend kena joging. Masa nak joging tu ibu sound 'setahun sekali je ke joging?' Hahaha takpe lepas ni tiap minggu.

Haritu tidur leps zohor sbb semalam nya takleh tidur. Pukul 4 jugak lah baru jaga. Tu pun sbb dgr bebudak kat luar tu main jerit jerit. Benda first bila sedar mesti ah check phone kan (tipu kalau kata tak). First conversation wssp group beratus. Second request ig from someone yg aku rasa "ehhhhh". Nama mmg confirm tu nama dia gambar pun ye dia. Bila aku nak pegi kat ig dia sekelip mata hilang. Aaiiiiikkk?  Sokay aku baca lah wssp dulu. Then lepas tu aku cari balik ig dia, takde! Sbb yg dulu aku tunggu seminggu baru confirm. Yg ni pun aku nak amik masa jugak. Tp mcm dah dah takde notification td. Seriusss aaaahhh! Aku mimpi ke apa td? Dah aa mamai. Bila cerita kat saida, dia kata 'maybe dia tertekan. Dia taknak pun follow kau lepas mcm2 jd'. Malas nak fikir perangai pelik korg. Dulu pun mcm2 jd jugak, aku app pun sbb saida kata dah lama takkan kau simpan lg. Lepas tu jd balik. Aku baru nak respect org macam kau. Tapi aku mmg dah nekad kot nak benci org macam kau sampai mati. Sbb bermuka muka. Banyak dah aku jumpa golongan seangkatan kau, cuma tak sangka kau permainkan pandangan org.

Saturday 18 June 2016

Friendship

Tahun ni dia punya excited nak raya lain macam. Tak sabar dia tu rasa macam lamanya puasa, haha.

Weekend before puasa tu si badut2 ajak hang out. Dah lama sangat tak jumpa. Tapi lagi lama rasanya tak jumpa ezaty. Last jumpa disember tahun lepas. Lama tu. Diorg ajak lepak tempat best. Tapi tak tau nak pegi mana. Semua tempat bosan katanya. Padahnya masa belajar dah teroka semua tempat. Sekarang dah takde idea nak ke mana. Last sekali ajak lepak klcc. Nak makan manhatan pulak dah. Tapi ramai suggest better chili's atau tgif. So cancel makan benda biasa je, haha. Memasing oder pasta, aku dah laa teringin sizzling. Oder mcm tak mkn sebulan. Dgn pizza, dengan waffer ice cream lagi. 



Lepas makan dah tak tau nak ke mana. Koyah dok cari brands outlet. Dia kata tengah tak mampu ni, so kena pilih tempat nak shopping. Hahahaa! Dari awal aku dah kata klcc mana ada brands outlet. Memasing degil nak cari jugak. Pastu last saidah suggest. 'Kalau nak jugak kena sanggup jalan sampai fahrenheit'. Aku tak larat, tp fikir balik mana ada transport awam nak ke sana en. Redha. Lama sangat sangat tak jejak area sana. Semua benda dah lain. Menunggu koyah shopping je dah berejam. Sampai aku dgn syima kena cari seat sebab sakit kaki! Last sekali bukan beli banyak mana pun. Dok ajak beli baju sama. Lol! 

Ingat lepas shoping nak balik. Manedeee! Dok ajak tawaf sampai ts. Boleh kurus wei, serius! Bertahun tak jalan jauh cam tu. Dulu yelaaaa. Skrg dah masuk fasa malas. Sampai ts beli barang apa semua pastu duduk lagi makan untie anne. Balik tu, diorg ajak makan malam lagi. Nasib baik memasing ikut cadangan aku makan kat murni. Kalau tak aku cancel, haha. Habis makan memasing mengantuk, tak larat ajak check in. Gilaa kannnnn! Tak boleh weh. Lagi lagi masatu fahin msg saidah kata urgent, nak jumpa. 



Sanggup dia dtg tepi rumah padahal dekat pukul 1 am masa tu. Semua benda dia cerita. Kesian nya. Aku sampai tak boleh nak kata apa masa tu. Cuma aku memang nak ulang ayat 'korg pegi belajar agama ke belajar ajaran sesat?' Bercanggah sangat. Sbb tak belajar dari bawah semua tetiba nak main hadis. Bodoh apa! Aku tak hebat sangat agama. Tapi setakat asas halal haram semua aku belajar lah. Kau haram kan semua benda, tapi bila jd kat kau kau halal kan. Tak rasa sesat ke?! Kesian dekat semua kawan aku. Aku bukan nak pilih ke apa bab kawan ni, tp aku rasa kalau dia betul is dia betul. Tak kisah lah banyak mana pun dosa dia, kalau dia tak salah is dia tak salah. Aku tak suka korg buat macam tu. Aku taknak ungkit cerita lama. Tak akan punya. Tapi serius aku tak puas hati apa yg jadi. Bukan dendam, korg yg create cerita baru utk org bengang. Entahlah! Buat lah nak buat apa. Selagi benda tu kait dgn kawan aku, aku tetap akan menyibuk. 

First weekend puasa dah paksa aku balik. Sbb haritu tak jd celebrate birthday abang. So memasing ajak celebrate. Tapi aku takut tak sempat sbb puasa ni sabtu aku habis lambat sikit. Abg ofer nak amik kat ktm ukm. Lagi dekat dia kata. Okay sejam lebih aku tunggu dia kat ktm. Aku rasa better aku balik terus, pun sempat. Tapi sebab kesian jugak kat dia sbb kena attend break down. So takpelah, aku pun faham keje dia mcm mana. Gerak sampai sana kakak dah kata jgn bg dia masuk dulu. Tp dia beria nak masuk sbb renyai, dia fikir syifa. Haha plan tak jadi. Sengal punya abg. Masuk dia dah nampak belon. Seonok amik makan masa tu, haha. Tempat mcm tu takyah nak makan sikit aaa. Haha aku amik semua. Semua aku merasa. Best gila makanan kat situ. Ahad tu ibu dah tak larat bangun. Demam teruk ibu. So abg tak bg ibu masak. Dia kata nak mkn nasi kerabu. Haha. Aku dgn saidah lah kena redah masa tu. Hujan blh tahan lebat. First pegi bazar kat cimb, cari roti john dia sbb kat situ paling best. Pastu balik bazar kat komersial tu beli nasi kerabu best dgn murtabak best. Haha murtabak tu mmg paling wajib dari aku kecik. Paling win. Aku teringin samosa dia, tp dia tak buat pula. Emm.






And minggu ni pulak Dr ajak buka sesama. Buffet gak. Haha kalau buffet takyah cite lah cara makan kan. Mmg semua benda nak rasa. Paling win carbonara dia. Kalau tak minggu ni koyah ajak buka sama. Dia suggest kat putrajaya yg makan ramai2 tu. Tapi Dr kata sape tak join tak dpt duit raya. Haha tu yg kata dgn koyah, korg g lah buka sesama ajak thyn and jemi. Korg tak rindu ke nak gether balik? Haha dia pun ajak, bagus dengar kata. Lama sangat kot diorg tak gether. Tak salah pun sbb korg pernah rapat gila dulu. Aku pun nak jugak tgk korg mcm dulu balik.





Haritu nana tegur duit aku nak jatuh. Serius aku tak perasan langsung aku ada simpan duit kat situ. Rezeki kut, haha kan. Then aku cerita lah dekat diorg masa kat perhentian. Masa tu dah lah banyak problem kan. Malam nak g makan tu aku bawak RM70. Lepas tu sampai bawah aku perasan ada RM20 je. Aku ckp dgn saida. Then syada kata 'kau tak bawak kut'. Tapi serius ah aku ingat aku bawak. Then syada ajak naik atas balik. Dia yg jumpa betul2 sebelah cafe. Saidah marah 'bukan RM5 tau saada'! Yelaa tahu, tapi aku pun tak sengaja.