background

Friday 28 August 2015

Student Life 'AKU'

Wehhhhhh rindu nak  belajar balikkk!! Seriously, student life sangat sangat seronok!! Masa sekolah rendah, fikir bilaaa lahh nak habis SPM ni?! Rasa macam bila lepas SPM taknak sambung belajar dah. Fikir nak keje, nak enjoy. 

Tapii masa nak naik sekolah menengah, berat lah pulak nak tinggal! 6 tahun wei, macam macam kau redah. Dari kau nothing, sampai kau tau everything. Sebab masa tadika tak rasa belajar apa apa pun. Ada lah takat belajar mengeja, mewarna, tu je. Kawan pun yang sama  je. Dekat sekolah rendah pengalaman darjah satu aku dah start tampar budak. Haha aku tak ingat tapi kakak aku yg ingat kan balik. Dia cerita sebab budak tu amik tempat aku kat kantin, bila aku suruh bangun dia taknak. Hahaha tak ingat, serious yg tu paling aku tak ingat. Darjah 3 paling win sebab kantoi dengan cikgu main balas surat. Lahhh zaman tu kan semua komunikasi trend bersurat. So tak kisah laa kan. Masa tu tengah pas pas kat membe tetiba kantoi. Yang tu paling malu sebab kena baca depan org ramai. Nasib baik nya bukan aku yg  kena, budak lain yg kena baca. Tapi malu gak ahh sbb nama aku ada. Darjar 6 dah rasa senior. Buat kepala sendiri. Time rehat pun ada port memasing. Pegi tusyen ramai ramai, kelas nadi malam dengan membe. Bukan belajar sangat, main je lebih. Seronok sebab ada membe je.

Sekolah menengah hmm tak banyak pun nak cerita. Paling win pun Form 3. Sebab pmr kot. Start rasa nak belajar. Banyak, banyak bad things yg jd masa form 3. Hmm masa form 4 start memberontak. Sebab dapat kelas akaun. Sebab tak minat satu, sebab takde hati nak belajar pun ye jugak. Masa tu start buat kepala, malas dtg sekolah. Semua aktiviti yg melibatkan luar kelas kitorg akan join. Daripada kena belajar kan. Ada mintak nak tukar kelas, kelas pedagangan ke, ert ke kann. Tapi cikgu tak bg. Cikgu suruh try kelas akaun. Aku tak rasa patut buat mcm tu. Sebenarnya kena tanya minat gak. Menyesal belajar math sungguh2 masa form 3. Kalau tau, aku abaikan je! Banyak jugak kumpul sijil. Bendahari, pengerusi walaupun takde pangkat, hahahah! Sbb suka suki attend kursus. Macam biasa form 5 start belajar betul2 balik, hahaha! Result SPM, alhamdulillah. Tak lah cemerlang mana, tapi cukup membolehkan aku sambung belajar.

Sebenarnya tak pernah terfikir pun nak sambung belajar. Lagi lagi medic line  Kakced suruh amik medic dari sekolah lagi. Senang dpt keje katanya. Then   lepas SPM dapat surat tawaran dari PICOMS. First ibu suruh pegi, masa tu tgh seronok keje memang ah taknak. Pastu kakak paksa gak, dia kata okay kolej tu. Last masa amik result SPM ustaza kata kolej tu bagus. So balik tu cari balik surat tawaran tu. Dan keputusan untuk memilih course bukan kat tangan aku. Papa, ibu dgn kakak yg suruh aku amik MA. 

Ni yg aku nak cerita sebenarnya. Panjang mukadimah, hahaha! First time tak  duduk dgn family. First time kena survive hidup sendiri. First time kau SORANG nak bergaul dgn org yg tak kenal. First time rasa suasana kelas yg agak kekok. First time kau belajar dalam keadaan yang sangat sangat lain. Semua 'first time' yang aku rasa sumpah aku takk nak satyy lama! Aku tak minat math. Science? Lagi lah aku tak minat! Semua subjek yang aku rasa science gilaaa! Dan aku tak rasaaku mampu bertahan. Dugaan yang maha hebat! Start kenal housemates, classmates. Rasa macam, ohh suka sukaje ni. Tak terfikir langsung nak belajar. Sebab iolls dah biasa 'suka suka je' and 'main main je' dari sekolah rendah.
Start macam macam jadi,  aku tumpu betul2. Start aku kawan dgn housemates saidah aku rasa 'zaman sekolah' balik. Sebab diorg kuat bejalan. Pegi makan, belajar segala kedai yg aku tak penah masuk. Belajar makan syogun, tgif, cari burger bakar yg sedap. Lepak bukit ampang. Paling win, paling gila g cari highland tower! Hahaha tp tak dapat masuk pun. Pegi desa waterpark, Sunway lagoon, ice skating, main paintball. Macam macam aku rasa.

Rindu nak mandi pool. Rindu nak main badminton. Rindu nak lepak myrail. Rindu nak lepak pl semata nak connect wifi. Rindu nak lepak sampai pagi. Rindu nak guna waze sampai sesat. Rindu nak bebuka puasa sampai sahur. Rindu nak main mercun kat dataran. Rindu nak pegi gient kumpul stok makanan. Rindu nak makan uncle jack. Rindu kedai maktam. Rindu kedai makcik singgit. Rindu nasi lepak siang malam. Rindu nasi goreng shima. Rindu Nak makan megi berjemaah. Rindu nak tgk movie, tutup lampu. Rindu nak bawak balik troli gient sampai rumah, haha! Rindu nak buat breakfast sesama. Rindu nak praktikal. Rindu nak kena marah dgn sir lah sbb  lari pegi ed taknak duduk psy. Rindu nasi goreng dengan sotong goreng tepung hosp. selayang. Rindu neslo ais hosp. kkb. Rindu nak buat kelas dgn dr. Rindu nak kena marah dgn sir lah sebab lari g ed tak nak duduk psy. Rindu nak gaduk dgn CI. Rindu nak lepak banja weekend sbb ada misi. Rindu nak naik rapid sbb kena tinggal bas. Rindu nak work out kat parking lot. Rindu nak lepak kat gim. Rindu nak lepas seberang. Rindu nak berjemaah g DIY. Rindu nak pegi pasar malam banja. Rindu nak makan bakso. Rindu laksa, mee rebus kat lori. Rindu nak lepak library berejam guna wifi free. Rindu nak praktikal jauh jauh. Rindu nak masak sesama. Rindu nak bawak beg berat berat tiap minggu semata nak balik rumah. Rindu nak tidur kat perkim!!!!

Rindu, serious rindu!
Ingat kan masa study stress, 
rupanya enjoy gila.
Ingatkan bila dah start praktikal, beban, 
rupanya sayang gila nak tinggal!