background

Sunday 22 June 2014

Sembang!

Banyak benda yang terjadi semenjak dua ni, membuatkan aku paksa on laptop memalam ni semata nak update blog. Padahal esok kerja pagi ni :) Kisah saida and the geng di HKKB. Cerita dia memula aku gaduh dengan saida sebab someone. Sebab sebelum saida pergi KKB, aku yang pergi dulu so aku tak suka bila saida cerita macam2 yang aku rasa bertentangan dengan apa yang aku alami. Tapi bila lelama aku rasa 'dia' macam dah melebih gunakan kuasah veto dia. So aku memulakan 'watak' aku dalam babak yang seterusnya. Dia cari hal dengan salah orang. Sebenarnya dah lama 'cuci tangan' dalam bab2 macam ni, tapi bila ada yang memulakan takkan lah nak diam kan. Pantang aku bila bergaduh, pihak lawan menang. Dulu masa sekolah, walaupun kitorang salah tapi kemenangan sentiasa berpihak belah kami. Takpelah, kita tengok je apa yang jadi lepas ni.

Lepas tu aku nak cerita pasal praktikal. Lagi sekali aku nak mengaku yang praktikal ni sebenarnya tersangatlah seronok!! Walaupun ada si Sister yang menyemak cari pasal kan. Dia nak kita duduk tempat nursing dan buat kerja nursing. Yess, aku tahu aku student. Macam yang abang nazmi cakap, nak minta tolong boleh tapi kitorang ni datang nak belajar bukan nak jadi kuli batak! Sia2 aku amek Diploma Medical Assistant semata buat kerja nursing, nak suruh aku grade as apa nanti? Nursing? Huh, duduk ED yang memula aku rasa susah macam apa then bila lelama seronok sampai taknak keluar. Senior MA kat sana semua baik, just memula nak ngam tu lah macam susah sikit. Sebab kalau kau dah duduk ED, bermakna kau takkan duduk dalam group lagi. Semua sorang2, means dalam satu tempat tu kau duduk dengan MA tu je. Bayangkan kau lepak macam kawan sembang pasal belajar, macam2 diorang ajar kau main 'kau aku'. Sebab bila 'kau aku' jurang nak sembang tu dekat kalau 'awak saya' jurang tu macam jauh sikit. Diorang tu baik, macam2 bagi kitorang buat procedure. Kitorang tolong diorang, upahnya diorang bagi kitorang buat. Ada yang kaki cari pasal, bila bergaduh dengan diorang macam apa je. Haha bila last semua macam nak menghalau. "Eh ada group lain masuk kan? Haa blahh aa korang" Wahau sentap! Aku balas aa " Yess memang lah pun, lepas ni langsung taknak jejak ED ni dah". Balas dendam :) Macam2 kau merana masa duduk ED tu, macam2 kes dan macam2 orang yang ada. Aku failed kalau bab2 bau ni. Lepas tu kesian bila tengok budak kecik nak amek darah, kena jahit. Tak sampai hatinya bila dengar diorang jerit, muka merah, dengan air mata meleleh! Pengalaman praktikal, setiap tempat lain2. Semua ada keistimewaan tersendiri dan keseronokan nya berbeza. Dekat ED rasa macam malas nak balik, rasa macam nak buat double triple shift walaupun dah penat tahap apa! Tapi macam antara rela atau tak lah nak jadi MA sebab MA macam takde life! Kerja, penat then bila balik tidur. Esok start kerja balik? Banyangkanlah!

Apa rasa bila dah lama gila tak jumpa kawan kau then tetiba jumpa balik. Lama bukan setakat setahun dua, 7 tahun aku rasa. Last jumpa masa 2006 masa aku darjah 6. Lepas tu semua nak pindah sekolah. Sekarang aku dah 20 tahun. Kawan masa lepak2 dulu. Aku pun tak ingat macam mana aku boleh kawan dengan diorang. Sekolah tak sama, umur pun tak sama. Ain lah ajak g tasik, bosan punya pasal dan lapar tahap gaban punya hal so aku pun ikut lah dia. Lepak, makan, round tasik pastu pukul 7 tu dah gerak nak balik. Waktu nak balik tu lah terserempak. Yang sorang dah berisi, sorang lagi dah pakai tudung. Wahauu terkejut aku (: Lain gilaa dua2, sampai aku pun tak kenal. Bayangkan lah 7 tahun tak jumpa! Sampai diorang tak kenal nama aku, fuhh sampai hati. 7 tahun tu tempoh masa yang tersangatlah lama, sampai diorang pun aku macam dah kenal tak kenal. Diorang pertikaikan kenapa aku kawan dengan ain, masalah betul. Iye lah dulu geng lain2 kan haha. Semua dah berpecah, mana nak kekal kawan sekolah rendah dengan sekolah menengah kan lain. Diorang boleh lah, kukuh sangat persahabatannya.