background

Saturday 5 November 2016

Colour of Life

Setahun lepas grad baru dapat keje yang agak kukuh gaji nya. Di tengah kota bandaraya yang boleh menggamit memory dulu-dulu. Cehhh ðŸ™ˆ Setahun jugak lah hari-hari stress fikir pasal gaji. Nak bayar itu, bayar ini, ishh macam-macam fikir nak bayar. Alhamdulillah lah even stress pun, tak pernah tak cukup. Maybe tu antara lumrah kehidupan. Takde orang terus berjaya tanpa usaha. Kita mula dari bawah. Insyallah satu hari nnti kalau dah dekat atas, masih tak lupa siapa kita dulu. Dugaan, usaha, susah payah dari bawah kan. 

Last week pegi bukit rahman putra, ada karnival. Pegi pun sebab nak support business kakak dengan kimura. Diorang ada bukak booth untuk product diorang. Karnival tu ahad, sabtu tu ibu paksa tidur rumah kakak sebab nak tolong kakak buat keje and angkat barang pagi esok tu. Serius kalau pasal tolong ni, selagi aku tau buat aku akan kerah tenaga untuk buat. Sbb adik beradik, apa nak berkira kan. Malam tu buat mcm2 sampai pkul 3.30 pagi. Masih ada lagi sejam setengah untuk tidur. Sebab pukul 5 dah kena bangun. 

Pagi tu siap-siap kakak dah bising. Biasalah kakak kuat bebel. Dengan kimura pun dia bebel macam-macam. Tengok kimura pun stress gila. Kakak ni tak pernah nya nak jaga hati orang kalau bercakap ðŸ˜’ Sampai dekat booth aku dengan kakak tinggal sebab nak susun barang, kimura dengan saida amik barang second round. Dari pagi aku dah stress dengan kakak, bayang kan lah dekat booth yg tinggal berdua aku dengan dia. Takde sape dah dia nak stress kan selain aku. Dah lah panjat pun langsung dia taknak. Dia mmg jaga standard dari dulu ðŸ˜’ menyampah! Sebab aku adik and aku memang nak tolong dia, so aku buat jelah. Telinga aku pun naik beku dengar dia bebel. Semua benda dah settle, karnival pun dah start. So sesi jual menjual dah start. Kakak tak habis lagi bebel. Kakak, penat lah ðŸ˜” Petang tu bila abang, ibu, papa, fyka semua dah datang aku malas ah nak duduk dekat booth dah. Sebab diorang ada pekerja. Makan, jalan pastu lepak kat luar tu. Then ada sekali tu panas gilaaa, biasa lah panas tengah hari kan. Aku pun masuk lah booth sembang dengan kakshida. Saida datang kat aku dia suruh aku lap muka sbb minyak. Aku amik tisu nak keluar then "bedebbuuuuukkkkkkkk" Papa hulur tangan. Aku sambut, bangun nak duduk. Fyka dah bagi kerusi. Pastu kakak kata ehh dalam ni sempit lah. Aku pandang dia, jeling terus angkat kerusi keluar. Aku ingat jatuh biasa-biasa je. Sekali seluar koyak teruk. Then tapak tangan aku habis luka. Luka kat lutut pun besar. Wushh! Kaki tersadung kat meja orang sebelah. Dia punya susunan tak strategik langsung. Lepastu sempit pulak. Ibu kalau jadi macam ni, dia suka stress kan lagi. Fyka dengan papa tolong bersihkan. Kakak datang dia kata duduk lah lagi ramai-ramai kat dalam, kan sempit tu. Kaksihda bengang je, dia terus ajak fyka blah. Kau tak cukup tidur, kau stress dengan orang bebel dari pagi, kau jatuh sakit kot, then kena bebel macam tu. Tak meleleh pulak air mata kan. Serius sakit hati gilaa ðŸ˜“ Aku takkan menangis kalau aku sakit. Tapi aku akan menangis kalau aku stress gila gilaa! Kakak dari dalam usya je aku. Takyah lah kak, dah cukup sakit hati dah ni. Dia datang and tanya 'sakit ke dik?' Tengah sakit hati, memang aku takkan layan. Aku buat bodoh je layan phone. Panas ke apa ke aku tak masuk dah, jangan risau. Kimura datang lepak dengan aku. Tanya macam-macam, sembang buat aku hilang stress ðŸ˜‚ Dah nak balik tu kimura hulur duit, aku tak amik. Saida pun tolak. Satu, aku tolong bukan sebab duit. Dua, aku tak reti berkira lagi-lagi adik beradik. Kakshida pun kata, ish takyah laa diorang kan TOLONG. 'Amik jelah, dah lah jatuh'. Takpelah kak, aku tolong bukan nak duit sangat! Dalam kereta masa balik semua aku cerita dengan ibu, papa, kakshida. Stress. Sampai meleleh air mata. Sakit hati. Ibu lagi back up kakak. Tak suka! Betul is betul lah, salah is salah! Jangan lah betulkan yg sememang nya salah. Unfair. Kakshida marah teruk kakak. Papa pun.



Kakak. Sumpah dia manusia yang paling annoying yang pernah aku jumpa. Manusia yang memang tak akan jaga hati orang lain bila bercakap. Dia tak suka kalau kita cakap banyak-banyak. Sebab bagi dia kita tak tau apa-apa. Yelah macam selalu dia kata, 'korang budak-budak'. Kakak kamu kena ingat masa kamu masuk hospital yang gaduh pasal staff biadab tu, aku tolong kamu sampai aku gaduh dengan staff balik. Kalau kamu kena kacau ke apa ke dari kecik kitorang yang tolong marah orang yang kacau kamu. Tapi sebab kakak, emm. Semua benda dia akan ajar kita even benda tu kita dah tau. Semua benda kalau kita yg buat atau cakap tak betul. Tak boleh percaya. Setakat hidup 22 tahun, apa sangat kau tahu. Kalau aku bercerita atau bagi pendapat dia akan buat muka and cakap 'eh kau diam lah, macam tau sangat'. Kalau bising pasal gaji dia akan kata 'ehh padan lah dengan umur kau, kau nak gaji banyak nak buat apa'. Dia tak tahu aku nak bayar macam-macam. Kau nak banding kan kau 22 tahun dulu dengan aku? Kolot nya kakak ni! Kalau kita makan apa apa pun dia akan kata, 'kau gaji baru berapa, takyah nak belagak makan biasa cukup. Dia yang paling menyampah. Dulu kalau dia duduk rumah, bergaduh tu jangan cerita lah. Sampai dia touching taknak balik rumah. Sebab dia kakak sifat mengarah tu memang perangai kakak. Dia tak suka adik lebih dari dia. Tapi percayalah dia seorang kakak yang baik ☺ Kau cakap nak apa, dia bagi. Kau cakap nak pegi mana, nanti dia plan ajak ke sana. Dulu masa ika fyka belajar, banyak dia support. Masa abang takde duit nak sambung belajar, abang nak keje taknak sambung. Dia marah and dia kata kalau kau takde duit cakap dengan aku. Nanti aku transfer. Cuma masa aku sebab aku jenis menyimpan. Tu yang tak banyak mintak tolong dia sangat. Masa sekolah dulu, cakap nak tengok movie apa je dia bawak. Padahal dulu gaji dia banyak mana nak tampung semua benda. Semua dia bayar. Dia beli itu, beli ini untuk rumah.. Baju raya kitorang semua dia belikan. Masa ibu dengan papa takde duit sebab kena tipu dengan orang. Habis semua duit papa dengan ibu dulu. Kakak lah yang tampung semua. Kalau nak ikut gaji kita sekarang, kita dah kata tak cukup. Kakak dulu? Sebab kita dah merasa pegang gaji dari sekolah. Dulu dapat gaji semua boleh enjoy. Nak bayar apa sangat kan. Sekarang baru faham.

Haritu syifa masuk hospital. Aku mc dua hari sebab jatuh tu. Selasa masa maghrib tu diorang call bagi tau syifa dekat emergency hospital kajang. Allahuakhbarrr! Berderau darah dengar. Siap terus ke hospital. Dulu ke situ sebab practical. Lupa dah jadi family member, suka hati nak main masuk. Pastu kena tahan ðŸ˜… Risau nya cik ada dengar syifa masuk hospital. Kesiannya dekat syifa kena cucuk lebam lebam. Tapi alhamdulillah jumaat dah keluar. Dengar kakyana cerita, allahu! Moga syifa sembuh sepenuhnya sayang. Sabar lah abang and kakyana. Biasa kalau jumpa syifa cakap je ada sesuatu dia dah sorak happy. Tapi semalam lemaunya syifa. Syifa kena sembuh cepat. Semua orang sayang syifa nak tengok syifa sembuh. Aktif macam dulu.