background

Wednesday 24 December 2014

L U M R A H

Penang double 'H'. 'Hell' Heaven',

Part 'Hell'

Biasa laa pegi mana-mana pun mesti punya ada yang tak suka kita. Lagi-lagi aku ni memang ramai yang tak suka. Dah biasa sangat dari dulu memang macam ni. Tapi aku boleh terima kalau orang tak suka sebab aku buat hal sendiri. Tak masuk akal bila tak suka aku atas alasan aku 'orang kl'. 

Case bronchial asthma, part history of drug aku letak no elergi of drug. Tetiba aku dapat comment 'mana boleh letak no elegi of drug sebab kalau asthma takde elergi drug pun mesti ada elegi habuk ke asap ke. Mula-mula aku rasa dia tak faham apa yang cuba aku sampaikan. Tapi bila dia cuba cari salah aku setiap inci, setiap percakapan, setiap perbuatan. Sorry, aku tak kuat untuk diam. Aku start bersuara, sebab tu lah rasanya dia lagi benci dekat aku.

Sebab dia cari salah aku gaya tak masuk akal. Baru satu aku bagi contoh, kalau aku bagi contoh semua yang pernah dia cakap kat aku, aku rasa korang akan gelak. Sebab memang kelakar. Pergi hasut semua staff, buruk kan kami bedua dekat semua staff, jatuhkan air muka kami depan staff, tengking depan semua orang. Sebab antara kami memang dua orang je orang kl.

Bila dah cukup tempoh 7 minggu dekat Penang, aku malas nak ingat apa-apa. Lagipun jumaat lepas ibu amik aku terus ke kedah kampung cik k. Seronok dekat sana, sumpah aku lupa apa yang jadi. Aku taknak panjangkan cerita, aku baru terdetik 'dah laa, lupakan jelaa'. Tapi aku tak boleh terima bila dia panjangkan cerita bila kami balik kolej. Aku macam nak start bersuara balik.

Part 'Heaven'

Baru sehari dah rasa sronok apa cerita kan. hahaa seronok lah. Sebab diorang ni bukan geng rapat aku. Tapi buat biasa je sebab duduk 7 minggu kot. Alhamdulillah lah okay dengan diorang. Staff pun best, mana nak dapat staff macam tu. Kalau nak cakap M.A, dekat mana-mana pun staff M.A memang the best. Tapi akak-akak J.M dekat kaunter saringan depan tu pun best gila. Lepak macam membe, sembang acah dah lama kenal. Last day siap bawak kitorang p beli laksa sotong doh. Bergambar macam membe yang dah kenal bertahun nak berpisah. Berat gila nak langkah keluar klinik last day tu.

Yang Penyelia kk tu kerja cari pasal je. Hahaa orang kl tak boleh duduk kampung. Dekat kl bising tak macam kampung balik kerja penant nak ketenangan. Hahaa kalau gaduh tu dia saje nak menang :) Aku respect dia sebab dia banyak tolong kitorang. Tak sempat nak ucap apa-apa last day sebab dia pegi kursus. 

Banyak sangat program duduk sana. 7 minggu saje dapat 4 sijil. Cecah dah 40 sijil aku kat rumah tu. Haritu minggu last pegi jalan Pulau Pinang. Seronok gila! Pegi Bukit Bendera, Street Art, Batu Feringgi. Bukit Bendera macam takde apa. Street art best gilaa, bergambar sakan. Sewa basikal, mengayuh tak ingat dunia. Lepas gian woo, bertahun tinggal zaman kanak-kanak. Haha! Last malam tu makan burger tepi pantai dengan sound ombak dia, layan gila. 

Balik daripada Penang semua benda aku teringin makan. Sebab dekat Penang bila malam aku reti makan biskut, roti takpun susu dengan nestum. Mana ada kedai makan bukak malam kat sana. Pagi dengan tengahari makan kat klinik je. Sebab tu bila balik kl semua benda aku nak merasa. Weekend ni dengar cerita ada orang nak belanja Magnum Cafe. Jommmmm!

Wednesday 29 October 2014

Penang means Pulau Pinang.

Minggu terakhir dekat kolej, sebelum pergi Penang nanti. Sem 6 dah, pejam celik je dah 2 tahun lebih. Pergi sana transport tak disediakan pulak tu. Nasib lah saudara-mara boleh tahan ramai jugak kat sana. Mula cadang pergi sana nak sewa bas, pergi ramai-ramai. Dah tu ramai yang tak setuju. Lepas tu nak naik flight, jauh pulak dengan tempat aku tu. Nak naik bas ekspres, payah pulak dengan barang banyaknya. Try bodek ibu, haha nak bawak kereta kesana. Tak bagi jugak, katanya jauh mana larat drive lama-lama. Last papa kata nak hantar. Ibu janji lepas ni kalau dapat dekat Banting, Kkb, atau Kajang dia nak bagi bawak kereta, sebab dekat, tak lah jauh mana katanya. Aku pegang janji tu sebab sebelum ni request nak bawak kereta ke hostel pun tak pernah dapat. Pernah, tapi sekali.

Hantar jauh-jauh payah sangat nak hidup. Okay lah dapat tempat macam tu daripada Perlis takde tempat menarik langsung. Atleast Penang boleh jalan-jalan weekend. Makanan best-best. Sepanjang 2 bulan aku kat sana, aku akan pastikan semua makanan best-best kat sana aku akan try. Haha! Sem 6 ni kena hantar dekat klinik pulak. Dekat sana 2 bulan untuk klinik kesihatan. Klinik Kesihatan Kubang Semang. Lepas tu balik, ke Banting untuk emergency sana 2 bulan. Sebulan lebih lagi dekat Ampang, Klinik ENT. Yeayyy! Akhirnya dapat jugak dekat Ampang. Dekat sikit dengan rumah, hari-hari nak balik pun takde hal!

Weekend dekat sana nanti tiap minggu aku nak balik rumah kakleeza lah! Haha nak makan nasi kandar lauk sotong goreng tepung. Nyumm sedapnya! Ni papa punya kerja lah ni cerita dengan aku makanan dekat penang. Aku yang tak pernah makan nasi kandar, yang tak pernah tau pun macamana tu nasi kandar pun boleh terliur bila dengar cerita. Sedih betul dengar anak kepada orang Penang takpernah makan nasi kandar. Balik sana pun jarang gila. Aku rasa last pergi sana masa aku tingkatan 2 ke tingkatan satu. Selalu nya balik Perak je, belah ibu. Kalau tanya sedara-mara sebelah ibu semua aku kenal, nak kata rapat tu tak lah tapi kenal lah jugak. Daripada sedara-mara belah papa tak berapa nak kenal. Kalau pernah kerja or belajar sekali pun memang takkan pernah tahu kita sedara. Jumpa pun berapa kali je seumur hidup. Raya pun tak jumpa, just jumpa bila wedding. Perlis tu boleh kira pakai jari berapa kali je aku kesana. Bayangkan lah umur aku 20 tahun baru aku tahu makcik aku 2 orang Mathron. Sorang dekat Hospital Kuala Lumpur, sorang lagi dekat Hospital Kangar.

Harap-harapnya okay lah 2 bulan kat sana. Harap jugak akan mencipta kenangan paling manis disana. Sebab 2 bulan, dengar macam sekejap, tapi yang menanggung dekat sana nya kitorang. Harapnya orang-orang disana baik-baik, sopan-sopan, ramah-mesra. Especially staf dekat Klinik Kubang Semang. Recident dekat tempat yang bakal kami duduk tu pun harapnya bertimbang rasa dekat kami. Bukan apa, kami ni hanya student so jangan lah layan kami macam pendatang asing. Sebabnya kami duduk situ pun bukannya free. Bayar apa! Apartment Casa Prima, Seberang Jaya.

Tak sabar.
Takut.

Tak sabar dengan suasana dan keadaan disana.
Takut halangan yang akan muncul.
Insyallah baik-baik semuanya.
Harapnya 2 bulan disana macam 2 minggu.

"Kalau kita percaya takdir, kita takkan menyesal"

Friday 3 October 2014

Assistatnt Medical Officer life. Eceh!

Dah habis practical dan dah habis exam. Sumpah rasa free gila sekarang ni! Hmm minggu terakhir dekat klinik ortho. Sumpah heaven. Hmm sebab diorang buat macam acah takde pape. Diorang gurau kasar macam biasa, dan kitorang buat bodoh macam biasa. Sebenarnya malas nak ungkit sebab ortho the best department yang aku pernah masuk. Tapi slack sebab tersakit hati pasal benda yang tak sepatutnya jadi. Dah abaikan! Hmm viva pun not bad lah. Senang. Macam biasa bila nak viva dengan osce aku tak akan study. Mungkin budak rumah saida tak tahu sampai suruh aku study bagai.

Setelah sekian lama tak jejak kolej dan bila kena balik kolej untuk study week rasa macam lain sikit. Dengan bertambah ramainya student. Yang paling serabut research. Dah lah minggu terakhir kena hantar. Yang aku ni start buat pun belum. Haha! Minggu tu jugak lah aku focus gila buat research dan last madam bagi extand. "You jangan fikir lagi pasal research. I bagi you all masa, now focus your exam." Sayang madam. Haha yang budak lain dengar menyirap je. Study week yang sepatutnya kena study focus untuk exam, dah semua orang tension buat research. Penuh dekat library semuanya. Lepas tu muka sorang-sorang comel macam apa je pening punya pasal. Haha tak boleh bla! 

Dan sekali lagi final exam yang paling aku rileks. Sama macam sem 4 dulu. Aku dah malas dah tak tahu cara nak study. Haha bangang! Eh real doh rasa nak mula part mana pun macam confuse. Sampai saidah cakap "Perbezaan saada sem 1 dengan saada sem 5. Sem 1 sangat rajin study. Bila dah sem 5 main-main je lebih." Orang dah senior kan, dah nak habis. So mesti lah nak kena enjoy sikit kan. Hmm sebenarnya macam beratnya nak tinggalkan 'student life'. Seronok. Hmm bak kata ain "seronok menghabiskan duit mak bapak." Bila teringat sem 1 masa kekok lagi. Lepas tu sem 2 baru berjinak nak sesuaikan diri. Sem 3 rasa macam dab senior habis dah haha. Sem 4 start pegi praktical dan bila baru so buat lah kerja nursing. Paksa rela. Nak taknak wajib buat. Sem 5 dah acah PPP semua kerja kami yang buat. Lagi- lagi duduk ed dengan klinik ortho. Hmm cepat sangat masa berjalan. Alaa nanti mesti rindu. Dah kerja nanti mesti teringat zaman belajar. 

Sakit betul hati sem 6 nanti dapat kat Pulau pinang! Dah lah campak aku sorang kat sana. Kawan-kawan aku ramai kat dapat kat perlis pulak tu. Hailaa macam mana lah aku nak hidup nanti kat sana. Ibu, pelislah bagi orang bawak kereta. Memang tak lah kan, haha. Ni semua pasal hari tu. Kalau malam tu jugak hantar kereta mesti ibu dah lepas. Menyesal jugak hilangkan kepercayaan ibu papa hari tu. Haraplah ibu ubah fikiran. Teruk jugak kalau kena pegi sendiri sebab banyak barang nak kena bawak.

Sunday 14 September 2014

gnayaleS latipsoH

Hmm, hmm banyak sangat cerita ni. Nak  cerita mana dulu. Hmm cerita banting dulu. Duduk Banting membuatkan 'kg' aku bertambah. Omaigod! Budak Farmasi. Yang pada mulanya aku rasa memang tak lah aku nak layan diorang. Salah sorang darinya tegur aku. Katanya kenal aku. Bila tengok balik, ohh Umi Amirah. Diorang baik, sangat. Tak tahu nak describe 'baik' tu macam mana. Cerita dekat hospital. Masuk labour room dulu. Satu-satunya CI bekas sister yang takkan suruh kami, studenylt MA buat kerja nursing. Bravo! Tapi minggu kedua tukar CI, Madam Hasanah. Sempoi, gila. Satu kepala dengan kami. Duduk labour room aku sempat tengok satu MRP, satu dilivery. Aku alah dengan venda macam tu. Tengok satu tu pun rasa loya gila sampai keluar tu madam tanya "kenapa pucat sangat muka awak?" Second aku masuk OT. Tempat yang paling banyak aku buat hal. Mungkin sebab CI. Aku malas nak heboh banyak-banyak. Sampai last tu waktu viva, madam hazrima cakap "lepas ni awak pergi tempat lain, ubah perangai." Cara aku, nak nasihat aku boleh. Tapi kau kena jadi contoh dulu. Seram mungkin untuk aku repeat sekali lagi moment disana!

Balik selayang, satu penantian penuh harapan. Madam letak kitorang dekat ward dulu. Saidah dengan geng dia masuk klinik dulu. Katanya best? Hmm masuk ward pula dengan dua orang junior. Aku dengar masa kat kkb budak ni rajin. Selalu kena puji dengan staff? Tapi dekat sini selalu kena marah dengan staff. Buat lerja macam tak pernah praktikal! "Weh apahal aku tengok budak dua ekor tu amik HOPI patient macam nak ngorat," khulaidah. Dia ni pun satu, ayat nak rare je. Bagi aku mungkin dah tahu lama. Bagi korang lah. Pertama kali aku dudu ward, tak bosan. Memanjang ada kerja. Staff-staff superb. Sister dia best gila. Satff dia respect kita sebagai student MA. Macam tu baru lah nak buat kerja nursing pun semangat kan. Bila layan lorang elok-elok, korang mengadu kata senior buli. Habis dekat semua staff. Alang-alang baik buat betul-betul kan. Memang semua kerja yang aku dapat aku bagi kau. Mulut sampah. Fobia nak masuk ward tu dah. Memory card aku hilang, pensilbox syasya hilang!

Klinik ortho. Satu-satunya tempat yang semua orang cakap best, tapi bila aku masuk tak best. Baru aku rasa macam mana. Sebab sebelum ni aku pelik kenapa orang komplin 'tak best' dekat tempat yang bagi aku best. Sebab tu lah aku tak suka campur senior junior. Ramai-ramai dekat tempag kecik semak. Maaf diatas 'serabut' yang kami cipta. Bila orang salah dibackup. Orang yang betul dipandang jahat. Mungkin betul ain cakap "Biasanya orang yang menyalak nampak salah" Mungkin orang yang salah diam sebab tu tak nampak salah. Dan mungkin orang yang tak salah menyalak sebab tu nampak jahat. Anjing takkan menyalak tanpa sebab. Bila orang yang kita benci sanggup hulurkan bantuan. Waktu semua orang serabut busy dengan kerja masing-masing. Tak boleh salahkan orang yang membenci. Aku taknak guna alasan 'aku manusia' untuk backup diri. Aku cuma nak cakap silap aku sebab tak pandai manage diri masa serabut. Siapa tak benci bila kena tegur direct depan orang ramai. Ayah aku kalau tegur salah pun aku bising. Lepas tu bila persoalkan, alasan kata nasihat. Kalau nak perli kenapa takut nak mengaku. Aku tak respect  kalau orang dengar sebelah pihak. Berdosa besar menghukum tanpa menyiasat. Aku respect korang hebat dalam kerja, profesional dalam kerja walaupun perangai korang dari awal memang tak semenggah. Aku faham kerja tak boleh stress. Aku memgaku first day masuk klinik aku rasa yang ke sekian kalinya 'praktikal best'. Tapi bila korang buat macam ni, aku rasa tempat tu neraka bagi kami. Aku sanggup request nak duduk ward balik. Sebab jujur aku kata, klinik ortho tempat yang paling aku nantikan! Jangan buat aku slow-slow hilang respect dekat orang yang aku respect. Terima kasih sanggup tolong padahal semalam nya tu kau baru hentam kami.

Saturday 19 July 2014

Ke Banting? Oh God!

Senang je nak test samada manusia ni sebenarnya sentiasa bersyukur atau tak. Mulut memang senang ucap acah2 "Aku sentiasa bersyukur dengan apa yang terjadi". Try test bagi benda yang diorang tak suka, tak ready onthespot. Sure punya akan melenting, percayalah :) 

Tetiba hari jumaat (18.07.2014) madam panggil semua group satu naik klinik ortho. Ingat kan dah kenapa. Nak cakap pasal cuti? Mustahil. And lagi membuatkan dada aku dupdapdupdap, madam kata bad story. Bila semua dah kumpul baru lah semua rahsia tersebar. Kitorang yang ke banting dulu minggu depan! Oh Shit. Yang sepatutnya ke banting group dua. Itu aku tak kisah siapa ke banting dulu sebenarnya. Yang aku kisah kenapa suka buat kerja last minute?! Lepas tu kitorang yang huru hara. Baju tak pack lagi! Barang tak beli lagi! Stok makanan tak beli lagi! Puasa bebuka sahur kat sana. Dekat ceruk banting sana tu? Tak guna sebenarnya bila mengadu kat ibu papa. Alih alih aku yang kena. "Kau tak percaya rezeki? Kau tahu kat gaza tu makanan diorang macam mana? Kalau susah sangat nak beli makan esok call je ibu. Nanti ibu sampai!" Aku kena balik. Suka macam tu ibu ni, dekat mana pun aku kena campak mesti suka dok hantar makanan. Bukan itu yang aku harapkan sebenarnya. Aku nak ibu lepas aku bawak kereta kat sana. Harapan kan? Susah kalau mak ayah tak percaya anak ni! Bila aku fikir balik sebenarnya banyak manfaat kalau kita pergi dulu. Tapi aku still tak suka bila kerja last minute! Bersyukur saada, bersyukur :) Actually sebenarnya group kami ni GROUP TERKORBAN. Banyak pengorbanan kitorang, paksa rela haha. Kitorang yang masuk ed dulu, kitorang yang group bertindih, kitorang jugak yang kena pergi sana LAST MINUTE. 

Last day dekat psy, yang memula dulu rajin sangat dok menular kat ed. Patient pun best, sataff pun sempoi. Haha tapi keseronokan dia tak sama macam kat ed. Sebab mungkin ed buat kerja MA. Tapi mula2 je lah suka dok pegi ed, dah lama2 rasa macam " Hah ed? Buat apa pegi sana? Malas." Disebabkan kena bertindih dengan group lain, so first day masuk psy agak krik krik sikit lah :) Sebab madam kata biar diorang buat kerja, pergi rehab, klinik, visit semua. Awak jangan kacau kerja diorang. Sebab bila diorang keluar baru awak boleh buat. Hmm kitorang request nak extend kat ed tak mahu bagi. Masuk tak buat apa, bosan sangat. So kerja kitorang bertiga bila habis aerobik, lepak kejap, pergi makan, sembang dengan sir pastu kalau ada masa pergi ed :) Sampai sir kata "Saya pening jaga awak bertiga, dari kat ed lagi dah haru. Tapi saya sayang awak bertiga, awak nakal, taknak dengar cakap saya tapi kerja awak buat." Sampai sir panggil kitorang THREE STOOGERS! haha

Sir: Awak bertiga ni dah macam THREE STOOGERS tahu.
Kami: Hah? Stoogers tu apa sir?
Sir: Tolol.
Kami: Oh my god! Sampai hati sir!!
Sir: Tak lah, dia macam cerita budak nakal. Lucu tengok cerita tu.
Kami: Kenapa tak panggil THREE IDIOT je sir? Sebab diorang pandai, masuk universiti.
Sir: Tak mahu sebab THREE STOOGERS ni pun masuk universiti jugak.
Kami: Lol

Sir suka pandang rendah kat aku. Kata budak kl tak pandai masak. Kata budak kl memang lah suka keluar sampai lewat malam sosial. Cakap macam tu sebab aku tidur haritu.Suruh aku pergi kelas potong bawang. Suruh aku pergi belajar masak. Rendah sangat pandangan orang dekat budak kl. Actually nak bagi tahu, budak kl double triple pandai buat kerja rumah dari korang. Asal keluar malam je sosial, MENTALITI! Pergi bebuka, pergi sahur, pergi beli barang, pergi main mercun. Sosial? Bila kena pergi banting, orang first yang kitorang cari ialah sir. "Lepas ni saya dah takkan jumpa stoogers". Ayat last sir. Alahhh lepas ni datang selayang balik lahh. Hahaa

Agak seronok bila tinggal bertiga sebab semua kita yang buat, haha. Sampai ada sorang budak lelaki ni suka dok hafal nama kita bertiga. Lepas aerobik "Akak jom lepak" Haha sampai SN tu pun terkejut :) Waktu nak balik "Akak esok ada lagi kan? Lain kali nak balik bagi laa tahu dulu" Hamboii kau, kalah lecturer aku sampai kena report kat kau semua benda kitorang buat? Haha. "Akak jom tengok tv". Bila bagi tahu yang kitorang nak balik  "Ehh kak sebelum balik makan laa dulu" Hah banyak lah kau, kau tu patient, tak puasa boleh lah. Hingat kitorang ni sama macam kau ke? Haha actually bila dia dah keluar, dia lah yang kitorang paling rindu.

Sunday 22 June 2014

Sembang!

Banyak benda yang terjadi semenjak dua ni, membuatkan aku paksa on laptop memalam ni semata nak update blog. Padahal esok kerja pagi ni :) Kisah saida and the geng di HKKB. Cerita dia memula aku gaduh dengan saida sebab someone. Sebab sebelum saida pergi KKB, aku yang pergi dulu so aku tak suka bila saida cerita macam2 yang aku rasa bertentangan dengan apa yang aku alami. Tapi bila lelama aku rasa 'dia' macam dah melebih gunakan kuasah veto dia. So aku memulakan 'watak' aku dalam babak yang seterusnya. Dia cari hal dengan salah orang. Sebenarnya dah lama 'cuci tangan' dalam bab2 macam ni, tapi bila ada yang memulakan takkan lah nak diam kan. Pantang aku bila bergaduh, pihak lawan menang. Dulu masa sekolah, walaupun kitorang salah tapi kemenangan sentiasa berpihak belah kami. Takpelah, kita tengok je apa yang jadi lepas ni.

Lepas tu aku nak cerita pasal praktikal. Lagi sekali aku nak mengaku yang praktikal ni sebenarnya tersangatlah seronok!! Walaupun ada si Sister yang menyemak cari pasal kan. Dia nak kita duduk tempat nursing dan buat kerja nursing. Yess, aku tahu aku student. Macam yang abang nazmi cakap, nak minta tolong boleh tapi kitorang ni datang nak belajar bukan nak jadi kuli batak! Sia2 aku amek Diploma Medical Assistant semata buat kerja nursing, nak suruh aku grade as apa nanti? Nursing? Huh, duduk ED yang memula aku rasa susah macam apa then bila lelama seronok sampai taknak keluar. Senior MA kat sana semua baik, just memula nak ngam tu lah macam susah sikit. Sebab kalau kau dah duduk ED, bermakna kau takkan duduk dalam group lagi. Semua sorang2, means dalam satu tempat tu kau duduk dengan MA tu je. Bayangkan kau lepak macam kawan sembang pasal belajar, macam2 diorang ajar kau main 'kau aku'. Sebab bila 'kau aku' jurang nak sembang tu dekat kalau 'awak saya' jurang tu macam jauh sikit. Diorang tu baik, macam2 bagi kitorang buat procedure. Kitorang tolong diorang, upahnya diorang bagi kitorang buat. Ada yang kaki cari pasal, bila bergaduh dengan diorang macam apa je. Haha bila last semua macam nak menghalau. "Eh ada group lain masuk kan? Haa blahh aa korang" Wahau sentap! Aku balas aa " Yess memang lah pun, lepas ni langsung taknak jejak ED ni dah". Balas dendam :) Macam2 kau merana masa duduk ED tu, macam2 kes dan macam2 orang yang ada. Aku failed kalau bab2 bau ni. Lepas tu kesian bila tengok budak kecik nak amek darah, kena jahit. Tak sampai hatinya bila dengar diorang jerit, muka merah, dengan air mata meleleh! Pengalaman praktikal, setiap tempat lain2. Semua ada keistimewaan tersendiri dan keseronokan nya berbeza. Dekat ED rasa macam malas nak balik, rasa macam nak buat double triple shift walaupun dah penat tahap apa! Tapi macam antara rela atau tak lah nak jadi MA sebab MA macam takde life! Kerja, penat then bila balik tidur. Esok start kerja balik? Banyangkanlah!

Apa rasa bila dah lama gila tak jumpa kawan kau then tetiba jumpa balik. Lama bukan setakat setahun dua, 7 tahun aku rasa. Last jumpa masa 2006 masa aku darjah 6. Lepas tu semua nak pindah sekolah. Sekarang aku dah 20 tahun. Kawan masa lepak2 dulu. Aku pun tak ingat macam mana aku boleh kawan dengan diorang. Sekolah tak sama, umur pun tak sama. Ain lah ajak g tasik, bosan punya pasal dan lapar tahap gaban punya hal so aku pun ikut lah dia. Lepak, makan, round tasik pastu pukul 7 tu dah gerak nak balik. Waktu nak balik tu lah terserempak. Yang sorang dah berisi, sorang lagi dah pakai tudung. Wahauu terkejut aku (: Lain gilaa dua2, sampai aku pun tak kenal. Bayangkan lah 7 tahun tak jumpa! Sampai diorang tak kenal nama aku, fuhh sampai hati. 7 tahun tu tempoh masa yang tersangatlah lama, sampai diorang pun aku macam dah kenal tak kenal. Diorang pertikaikan kenapa aku kawan dengan ain, masalah betul. Iye lah dulu geng lain2 kan haha. Semua dah berpecah, mana nak kekal kawan sekolah rendah dengan sekolah menengah kan lain. Diorang boleh lah, kukuh sangat persahabatannya.

Tuesday 27 May 2014

Hari demi hari

Sem 5 yang lagi bertambah tambah mencabar. Bertambah tambah busy. Dan bertambah tambah serabot. Harap dipermudahkan segalanya. Aminnnn.Sem ni kena posting dekat Emergency Department (ED), ward psikiatrik (gila), orthopedic (more kepada fracture, tulang)  ward peaditric (kanak-kanak), labor room (bilik bersalin), and last OT (operation). Mencabar tak? Sangat kan.Pengalaman pertama naik ambulance call waktu duduk ED tersangatlah seronok. Walaupun waktu tu aku tengan tak sihat. Sampai jee hospital balik terus cari inhaler. Haha penangan naik ambulance. Itu baru first day masuk ED. Banyak lagi pengalaman yang wajib aku curi kat sana. Minggu lepas kat peada lagi lah haeven layan baby baby comel. Membahagiakan betul. Pengalaman lepak dekat ward pssikiatrik membuatkan aku takut nak masuk ward tu. Haha sangat bahagia semua orang.

Tahun ni last untuk kita cohort 1 and especially cohort 2 menghadiri Annual Dinner. Bila sedar benda tu, sedar jugak yang pejam celik pejam celik tak lama dah kat kolej tu. Sekejapnyaaa! Sesungguhnya Annual Dinner lah hari yang paling bahagia yang menyatukan antara senior junior tanpa pergaduhan. Sebab malam tu malam yang menghappykan. Biasanya kalau tournament wajib ada pergaduhan kan. Haha praktikal membuat kan aku tak sedar yang MA dah ada sampai cohort 10. Wahaauuu jurang yang sangat ketara antara cohort 2 dengan cohort 10. Alahaii adik2 junior bila jumpa pun tak perasan.

Aku pernah cakap dulu 'kalau kau tak duduk tempat tu, jangan nak berani judge yang kononnya kau tahu everything'. And hari ni aku ulang balik. Pandainya kau cakap dulu tapi hari ni kau terus lupa! Malas aku nak cerita panjang kat sini. Nak menyesal pun tak guna sebab kesempatan depan mata. Takpe aku yakin satu hari kau akan jatuh tersungkur. Segala bukti yang sangat kukuh aku dah kumpul. Tunggu masa dan hari yang sesuai.

Tuesday 22 April 2014

The best moment maybe?

Assalamualaikum. Lama aku tak luahkan perasaan kat sini. Sebab aku tak rasa aku ada masa untuk semua tu. Sekarang aku dah habis final exam. Sekarang aku dah habis praktikal. Dan sekarang aku tengah cuti sem. Terlalu banyak yang aku nak cerita kat sini sampai aku tak tau nak cerita part mana dulu.

Akhir2 kat KKB sangat …. Hmm sangat apa eh? Haha bleh dikatakan seronok lah. Last week praktikal aku dengan syasya, kitorang kat HDU (hemodialisis) bahasa pemahaman orang ialah bilik cuci darah. Masa praktikal, masa aku banyak dihabiskan bersama syasya. Mungkin satu bilik dan ditakdirkan dapat satu group dari first day sampai last day. Aku dengan dia, tak payah tanya perangai kitorang. 24 jam bergaduh, masa buat kerja pun bergaduh. Ada staff yang tension sampai nak lagakan kepala kitorang laa. Haha sampai nak insert CBD kat sorang2 lah (haha tak payah tau apa tu CBD). Pernah laa sekali tu bergaduh sampai syasya hempas pintu bilik dressing sekuat hati. Tak pernah sehari pun kitorang penat bergaduh. Tapi sweetnya kitorang lepas tu akan lepak balik sembang pasal dulu2. Bergaduh takkan membuatkan kitorang putus kawan. Bergaduh kitorang akan berlarutan sampai kat rumah. Tanya lah shaa dengan ain sampai diorang yang sebilik dengan kitorang tu fade up. Last day, syasya peluk aku then dia kata ‘Aku bersyukur gila dapat satu group dengan kau. Kau tak memilih kerja. Kita selalu gaduh tapi bila buat kerja kau tak pernah tinggal aku sorang2.’ GULA! Yang paling aku tak sangka kitorang satu group boleh ngam. Aku, tenin, syasya, kb, khu. Mereka yang sangat tak masuk dengan aku kat kolej boleh jadi kawan paling rapat kat kkb. HKKB tersimpan beribu kenangan pahit manis 14 orang budak perempuan cohort 2. Anis ain, anis aishah, emira, tenin, kb, syasya, khu, shaa, ain, dila, siti, pika, zaidah and aku. Terlalu rumit untuk dikongsi. Terlalu mengaibkan untuk dihebohkan. Orang lain takkan tau kebenaran sebab yang melalui ‘detik’ itu ialah kami! Dan orang lain langsung tak layak menghukum siapa salah siapa betul sebab yang nampak depan mata kejadian sebenar HANYA KAMI!!

Balik kolej ialah salah satu perkara yang kitoang sangat nantikan. Tapi untuk tinggalkan kenangan yang sangat manis sesingkat 3 bulan, sangat perit. First day kat kolej, budak KKB tak henti2 cakap pasal moment terindah kat kkb. Dengan doctor, staff, patient. Arghhh rindu teramat. Lagilah bila Doktor whatsaap kami ‘datang kerja pagi ni tak nampak muka korang sedih pulak’. Staff mengharap kitorang stay. Jujur aku kata masa tu, separuh hati aku tertinggal kat kkb. Mungkin sangat baru masa tu. Dan sekarang dah tak rasa sama macam masa tu. Final exam sem 4 yang aku rasa, real kali ni aku tak bersungguh untuk study. Dan sekali lagi, osce membuatkan kitorang budak kkb teringat Doktor Ruben. Interprating ECG!!! Okay kenapa budak banting and kajang tak bukak cerita? Sampai kitorang kena tanya diorang, macam linda and fatin tu diam je. Haha macam kitorang jee yang rasa keseronokan praktikal.

Balik banja, perkara yang dah lama gila aku tak buat ialah bersembang dengan ain. Tak rasa pelik ke sebab praktikal dapat tempat sama, satu bilik pulak tu. Kan kan.  Haha tu lah aku cakap siapa yang tak lalui ‘detik’ di KKB takkan pernah tahu. Dan yang paling 'tragis' aku rasa masa kitorang salah faham. Patutnya aku sebagai kawan dia patut ada dengan dia masa susah. Tapi aku turut sama macam yang lain untuk bermasam muka. Bila aku sedar, yess aku tau tu salah aku. Kalau betul dia salah, function aku sebagai kawan untuk menasihati! Aku dengan dia bukan ditakdirkan satu group. Kitorang tak rapat kat sana. Balik kerja terus tidur. Malam masing2 buat homework yang doctor bagi. Dekat hospital nak jumpa busy mengalahkan doctor masing2. Yang tersangat penting, dia satu hati dengan aku. Haha sebab masa aku mengadu kat kb, kat syasya, kat Miss, kat semua lah yang aku tak suka Doktor W sebab blaa blaa blaa and waktu first day lagi dia dah tolak aku. Diorang kata gurau lah, fikiran orang medic memang macam tu lah. Tapi bila kat ain, dia setuju apa yang aku cakap. Dia pun sama tak suka. Yeayyyyyy! Ada sekali masa nak balik naik rapid, abang driver tu tanya macam2, nak pergi manalah, apalah bas ni tak lalu situ lah dan aku jawab macam orang berlagak. Masa duduk tu ain kata 'kau perasan dia macam Doktor W?' aku jawab "Sebab tu aku tak layan". Ain senyum sambil angguk. Haha


Kb kata “Saada, aku tak pernah rapat dengan kau, perangai kau terlalu annoying. Suka marah aku dekat wad. Tapi jujur aku cakap kau sangat baik. Sebelum ni aku tak kenal kau. Aku taknak balik kolej sebab aku tau dekat kolej lain nanti.” Lebih kurang macam tu ayat dia. Dan samai hari ni aku masih tak faham kenapa dia cakap macam tu. Sebab untuk kawan, aku tak rasa bodoh kalau kita tolong mereka (: Pernah sekali aku marah dia sebab sanggup offer diri nak hantar patient pergi x-ray sedang kan itu bukan kerja dia dan yang paling penting assignment dia tak siap lagi. Padahal kena hantar pukul 11 dan masa tu pukul 10.30. aku rasa tak salah untuk aku marah dia dan masa tu aku tau dia bengang gila dengan aku sampai dia jeling aku. Haha dan yang sangat tak logik, kb kata wad 2 rindu aku. Haha cubaan anda untuk melawak ternyata gagal.

Friday 14 March 2014

Kisah Yang Terindah

“Kadang aku pelik, kenapa wujudnya kematian. Lalu aku sedar, sebab yang kekal tu hanyalah syurga dan neraka. Buknnya dunia.” – MATO

Pray For MH370. Sangat2 famous isu ni pada waktu dan ketika ini. Mungkin akan tercatat menjadi sejarah. Sekarang ni bukan masa untuk kita sebok mencari kat mana MH 370 mendarat, samada masih ada atau … wallahualam. Yang sangat penting sekarang adalah BERDOA. Ingat, doa adalah senjata umat islam. Malas nak describe panjang2 pasal isu ni, malas nak fikir sangat. Just doa!

“Manusia takkan hidup dengan pujian dan takkan mati dengan cacian” – MATO

Kadang aku pelik dengan manusia, kadang aku terfikir balik ‘manusia tak perfect’. Sakit hati, sebab aku punya sabar masih ada tahap. Maaf aku manusia yang boleh sabar pada hal2 tertentu. Dan aku pun manusia biasa yang sukar untuk pendam apa yang aku rasa. Sorry if I’m not perfect. I’ll annoy you, say stupid things. Bila aku rasa dah terlalu melampau, aku bertindak. Aku memang dididik dari kecik untuk membangkang! Parents aku sendiri pun cakap aku kalau tak betul direct aku cakap. Housemate aku pun cakap aku mesti nak menang bila cakap. Kadang aku boleh diam, sampai tahap aku tak boleh tahan aku lepas. Entah lah, aku tak boleh tengok orang lain ‘kena’. Aku terlalu murah dengan perasaan simpati. Mulalah aku nak backup walaupun aku kena balik. Kalau kau tak suka jangan kutik kalau dia bodoh jangan caci kalau dia hodoh jangan hina kalau dia gedik jangan ejek. Abaikan dia kalau kau tak suka. Itu yang saida kata. Aku boleh dengar dan cuba praktikkan walaupun sukar :p

Kuala Kubu Bharu! Pejam celik pejam celik sekejap rasanya kami kat sana. Macam2 terjadi, bergaduh, bersatu, sedih, happy, sakit hati, segala benda lah. Apa pun yang terjadi, semua tu akan menjadi kenangan terindah bila dah graduate nanti, huh. Berat sangat nak tinggal KKB yang waktu first dulu berat gilaa aku nak datang. Doktor yang baik gilaa hari2 sanggup buat kelas semata nak ajar kami, staf nurse yang sempoi selamba gurau buat kawan yang baik hati belanja kami, patent yang happening yang sporting, Abang, pakcik M.A yang gila2. Lepas ni saida pulak yang tinggal sana, saida kata tak sabar. Memang sehabisya aku pass report kat diaa. Haha!

Kisah kami yang gila2 (kami tu tak termasuk aku) yang sanggup bergaduh kat moment semata sebab berebut doctor tapi sekadar melawak aa. Hahaa mula2 aku malas nak melayan, tapi bila dah lama2 syok pula. Semua siap cop doctor sorang satu. Bak kata syasya ‘weh memang lah korang pandang walaupun tak handsome, doctor kot. Cuba kalau radicare (cleaner) handsome gilaa pun kau takkan pandang’. Okay aku setuju 100% ayat kau syaa. Sampai depan doctor pun main rebut2, gaduh bagai. Doctor pandang senyum jee. Hahaa asal jumpa tak sah kalau tak lambai tangan. Aku pun dah pandai bab2 macam ni kawan dengan dyorang. Itu doctor yang baik, yang masuk dengan kitorang, ade doctor yang bersifat pembuli lagi terok. Benci nak melayan, hahaa lantakk ahh. Hari2 nak bagi assignment nya pun. Better aku tak layan, tak dapat ass. Hikhok bytheway sumpah best, tak tipu :p

Ehem testing testing 1, 2, 3 haha


bila duduk ward kena datang awal, bila dah awal ini lah kerja kami


Dengan steteskop Doctor pun jadi. Angau! Cehh hahaa atleast tak teruk lagi macam tenin tie doctor pun jadi


Ini kelebihn group kami selalu dapat makanan. Cheese Cake dari Sister!


Doctor yang selalu menurunkan ilmu beliau kepada kami. Thanks a lot :p


Bertiga berusaha menghabiskan tembikai yang patient bagi di bilik Dressing! huh


Lapar teruk punya pasal sudu kat pentri pun kami pinjam a.k.a rembat


Friday 31 January 2014

Medical Student in Hospital, Practcal

Kuala Kubu Bharu yang pada mulanya aku rasa sengsara bila duduk sana, and now aku rasa seronok. Haha! Kenapa ehh seronok? Sebabnya kita buat benda yang selama ni kita dengar je. Yang selama ni kita buat dekat kawan2 and sekarang buat dekat patient yang sebenar. Rindu atok ismail, atok abu samah, uncle wong. Semua dah discaj, Seronok gilaa layan karenah dyorang walaupun kadang tu tension. Bila ingat balik serious rindu. Heaven tau bila first masuk, semua benda kita nak buat sebab exited punya pasal. Then seminggu lepas tu dah taknak buat sebab dah bosan (: Hahaa adat lah kan. Sememangnya Medical Assistant dengan Nurse memang tak boleh sekepala ke macam mana? Hahaa menyampah dengan nursing kat ward male tu, bila kitorang tak tau mesti nak gelak. HALLO! M.A tak kerja kat ward okayy, kitorang just nak belajar and bantu korang ape yang patut. So korang bersyukur sikit sebab kitorng dah meringankan beban korang. Ni urinal pun kitorang kena, lepas tu semua kitorang kena buat. Hahaa yang best hari2 follow doctor round ward. First tu doktor dah tanya "Aikk kenapa M.A praktikal kat ward? M.A bukan kat Emergency Department ke?" Hahaa dyorang suka sangat mengada denga doktor tu. Doktor tu pun best ape. Hari2 lepas ward round mesti dye tanya nak buat class ape. Hari2 dapat belajar dengan doktor. Bertambah2 laa knowledge kami. M.A dengan doktor memang ahh ngam sebab kitorang assist dyorang. Dengan nurse, erghh! Baru masuk ward male. Lepas ni kena masuk ward female, dressing dengan HDU. Hmm jauh lagi pejalanan. Aku dah pandai tak makan luar duduk kkb, hahaa sebab kedai jauh. Okayyy, memang jimat cerita dye.

27.01.2014! Patut lah kakak tak bagi aku balik awal, kena tunggu dye sampai rumah dulu. Rupanya ade benda. Thanks kek cheese tu, thanks hadiah (: Kat kkb pulak tak sangka dyorng nak prank kan aku tau. Dah laa esok tu ade case presentetion. Malam tu miss tanya aku macam2. Aku dengan tak habis study lagi dah kena soal. Aku jawab ape yang aku dah baca laa kan, ni segala diet dye tanya aku. Mana aku nak ingat, setahun dah aku tinggal nota2 tu lepas tu tak bukak2 dah. Tetiba kena ugut dengan miss, aku sorang jee kena present 2 case, dalam bi. Serious sentap miss kata aku banyak main, kenapa aku sorang? Padahal semua pun banyak main. Air mata dah nak meleleh, dan dan tu shasha panggil aku masuk bilik. Sembang2 tetiba shasha keluar, miss masuk tension kan aku bagai. And last miss kata nak failed kan aku semata2 sebab aku tak dapat jawab diet untuk DM. Meleleh terus air mata aku, dah malas nak fikir case present, dah malas nak keluar sambung study. Aku fikir nak tidur and esok pergi hospital macam biasa. Shasha, sha, dengan ain masuk ajak aku teman amek baju kat belakang. Dan dan blckout pintu belakang terkunci, sampai aku dah ajak shasha pusing masuk ikut pintu depan. And bila dyorang bukak pintu terus baling air segala campuran benda tu kat aku. Segala tepung sampai masuk mata mulut aku. Hahaa menggigil bakhang! Dengan sejuk nya, kena kunci kat luar, angin malam nya, kena simbah lagi. Phewww terus aku mandi! Hahaa sebelum potong kek tu miss dah senyum2. Miss kata "Jangan amek hati tau saada, kawan2 kamu yang rancang dari kat hospital tadi lagi. Dok tulis2 surat bagai dengan saya." Haaaa Tak meleleh pulak air mata aku kan. Bytheway Thanks a lot korangggg. Thanks berjaya buat aku nangis malam tu. Thanks rancang semua tu yang sememangnya aku tak jangka. Thanks kek coklat tu (:

Agak seronok aa hari tu main badminton. Main baling selipar dengan jiran2. Lebih tepat dengan adik2. Hahaa leppas tu tiap hari budak2 tu panggil kitorang kat luar. 



Tuesday 7 January 2014

Life Before Practical, maybe!

"Well if must be better if we don't use word if." -Mato-
Bila baca twitter atau blog mato kan, aku rasa macam nak screen shoot semuaa yang dia tulis, seriously. Sebab ape tau, ayat dye semua best2. Sama macam aku baca novel Hlovate, aku nak salin semua ayat dye yang best. 

Lagi seminggu nak midterm sem 4, lagi 2 minggu nak praktikal dah. Praktikal dapat pulak kat Kuala Kubu Baru! Mulalah timbul perasaan tak senang, perasaan berat nak pergi, lepastu otak asyik fikir 'sana susah nak hidup'. Ibu cakap 'KKB tu dekat je laa dik' hmm ibu senang aa cakap, bukan ibu yang kena pegi kan. Nanti 38 orang akan dipecahkan kepada 4 group. Ade 4 hospital, semua jauh2. "Jika kita percaya pertemuan itu kerana Allah, maka percayalah perpisahan itu juga kerana Allah."

Sebenarnya nak faham orang ni susah. Sangat. Tapi untuk faham ape yang orang cakap aku tak rasa susah kalau takde double meaning atau tak guna bahasa lain yang boleh buat orang lain pening. "Nak bergurau boleh, tapi kena tengok jugak macam mana cara kau bergurau and yang paling penting dengan sape kau bergurau"

Orang kata kalau benci tak payah amik tau dah pasal orang tu. Orang kata jangan benci orang sebab nanti satu hari orang yang kita benci tu yang akan tolong kita. Orang kata kalau kita layan orang yang kita benci lagi sakit hati. Tu semua orang yang kata, bukan aku kata.

Aku susah nak berkawan, maksud aku susah nak rapat dengan orang. Susah nak masuk dengan perangai orang. Tapi sekali kau dah jadi kawan aku, sampai bebila nama kau still dalam ingatan aku. Bila kenal dah lama, dah lama jugak tak jumpa peluang untuk menugur agak tipis sebab ape? Sebab rasa janggal gilaa, rasa tak selesa, rasa macam baru kenal. Lain lah kalau korang terlalu peramah. Itu aku boleh masuk.

Mungkin ni last entry aku sebelum ke KKB. Mungkin susah untuk aku update lepas ni. Mungkin peluang untuk aku online sangat2 tipis. Mungkin aku dah takde masa nak buang masa macam sekarang. Mungkin. Dan aku tak rasa kat KKB tu takde line sampai nak call orang pun tak boleh. Kolotnya pemikiran manusia zaman sekarang (:

Manusia semua tak sama, lain2. Cara aku bila sakit hati aku akan diam. Mungkin tu cara aku protes sebab bila aku lawan mungkin kau akan sakit hati dan mungkin hal kecik boleh jadi besar. Aku takkan layan ape yang orang tu nak cakap dengan aku, layan pun naktaknak. Time aku badmood aku rasa bukan masa sesuai nak gurau dengan aku sebab korang akan sakit hati balik dengan layanan aku. Korang boleh cakap aku ego. Korang boleh cakap "tak baik kau buat orang macam tu". Korang boleh cakap "walau sakit hati mana pun, kau still kena hormat". Korang boleh cakap ape jee, aku boleh dengar tapi untuk aku buat payah.

"Kita" pernah hilang arah. "Kita" pernah jahil. Tapi siapa yang meniupkan hidayah kalau bukan Allah. So ringankanlah bibir ucap Alhamdulillah.