background

Tuesday 7 January 2014

Life Before Practical, maybe!

"Well if must be better if we don't use word if." -Mato-
Bila baca twitter atau blog mato kan, aku rasa macam nak screen shoot semuaa yang dia tulis, seriously. Sebab ape tau, ayat dye semua best2. Sama macam aku baca novel Hlovate, aku nak salin semua ayat dye yang best. 

Lagi seminggu nak midterm sem 4, lagi 2 minggu nak praktikal dah. Praktikal dapat pulak kat Kuala Kubu Baru! Mulalah timbul perasaan tak senang, perasaan berat nak pergi, lepastu otak asyik fikir 'sana susah nak hidup'. Ibu cakap 'KKB tu dekat je laa dik' hmm ibu senang aa cakap, bukan ibu yang kena pegi kan. Nanti 38 orang akan dipecahkan kepada 4 group. Ade 4 hospital, semua jauh2. "Jika kita percaya pertemuan itu kerana Allah, maka percayalah perpisahan itu juga kerana Allah."

Sebenarnya nak faham orang ni susah. Sangat. Tapi untuk faham ape yang orang cakap aku tak rasa susah kalau takde double meaning atau tak guna bahasa lain yang boleh buat orang lain pening. "Nak bergurau boleh, tapi kena tengok jugak macam mana cara kau bergurau and yang paling penting dengan sape kau bergurau"

Orang kata kalau benci tak payah amik tau dah pasal orang tu. Orang kata jangan benci orang sebab nanti satu hari orang yang kita benci tu yang akan tolong kita. Orang kata kalau kita layan orang yang kita benci lagi sakit hati. Tu semua orang yang kata, bukan aku kata.

Aku susah nak berkawan, maksud aku susah nak rapat dengan orang. Susah nak masuk dengan perangai orang. Tapi sekali kau dah jadi kawan aku, sampai bebila nama kau still dalam ingatan aku. Bila kenal dah lama, dah lama jugak tak jumpa peluang untuk menugur agak tipis sebab ape? Sebab rasa janggal gilaa, rasa tak selesa, rasa macam baru kenal. Lain lah kalau korang terlalu peramah. Itu aku boleh masuk.

Mungkin ni last entry aku sebelum ke KKB. Mungkin susah untuk aku update lepas ni. Mungkin peluang untuk aku online sangat2 tipis. Mungkin aku dah takde masa nak buang masa macam sekarang. Mungkin. Dan aku tak rasa kat KKB tu takde line sampai nak call orang pun tak boleh. Kolotnya pemikiran manusia zaman sekarang (:

Manusia semua tak sama, lain2. Cara aku bila sakit hati aku akan diam. Mungkin tu cara aku protes sebab bila aku lawan mungkin kau akan sakit hati dan mungkin hal kecik boleh jadi besar. Aku takkan layan ape yang orang tu nak cakap dengan aku, layan pun naktaknak. Time aku badmood aku rasa bukan masa sesuai nak gurau dengan aku sebab korang akan sakit hati balik dengan layanan aku. Korang boleh cakap aku ego. Korang boleh cakap "tak baik kau buat orang macam tu". Korang boleh cakap "walau sakit hati mana pun, kau still kena hormat". Korang boleh cakap ape jee, aku boleh dengar tapi untuk aku buat payah.

"Kita" pernah hilang arah. "Kita" pernah jahil. Tapi siapa yang meniupkan hidayah kalau bukan Allah. So ringankanlah bibir ucap Alhamdulillah.