background

Wednesday 24 December 2014

L U M R A H

Penang double 'H'. 'Hell' Heaven',

Part 'Hell'

Biasa laa pegi mana-mana pun mesti punya ada yang tak suka kita. Lagi-lagi aku ni memang ramai yang tak suka. Dah biasa sangat dari dulu memang macam ni. Tapi aku boleh terima kalau orang tak suka sebab aku buat hal sendiri. Tak masuk akal bila tak suka aku atas alasan aku 'orang kl'. 

Case bronchial asthma, part history of drug aku letak no elergi of drug. Tetiba aku dapat comment 'mana boleh letak no elegi of drug sebab kalau asthma takde elergi drug pun mesti ada elegi habuk ke asap ke. Mula-mula aku rasa dia tak faham apa yang cuba aku sampaikan. Tapi bila dia cuba cari salah aku setiap inci, setiap percakapan, setiap perbuatan. Sorry, aku tak kuat untuk diam. Aku start bersuara, sebab tu lah rasanya dia lagi benci dekat aku.

Sebab dia cari salah aku gaya tak masuk akal. Baru satu aku bagi contoh, kalau aku bagi contoh semua yang pernah dia cakap kat aku, aku rasa korang akan gelak. Sebab memang kelakar. Pergi hasut semua staff, buruk kan kami bedua dekat semua staff, jatuhkan air muka kami depan staff, tengking depan semua orang. Sebab antara kami memang dua orang je orang kl.

Bila dah cukup tempoh 7 minggu dekat Penang, aku malas nak ingat apa-apa. Lagipun jumaat lepas ibu amik aku terus ke kedah kampung cik k. Seronok dekat sana, sumpah aku lupa apa yang jadi. Aku taknak panjangkan cerita, aku baru terdetik 'dah laa, lupakan jelaa'. Tapi aku tak boleh terima bila dia panjangkan cerita bila kami balik kolej. Aku macam nak start bersuara balik.

Part 'Heaven'

Baru sehari dah rasa sronok apa cerita kan. hahaa seronok lah. Sebab diorang ni bukan geng rapat aku. Tapi buat biasa je sebab duduk 7 minggu kot. Alhamdulillah lah okay dengan diorang. Staff pun best, mana nak dapat staff macam tu. Kalau nak cakap M.A, dekat mana-mana pun staff M.A memang the best. Tapi akak-akak J.M dekat kaunter saringan depan tu pun best gila. Lepak macam membe, sembang acah dah lama kenal. Last day siap bawak kitorang p beli laksa sotong doh. Bergambar macam membe yang dah kenal bertahun nak berpisah. Berat gila nak langkah keluar klinik last day tu.

Yang Penyelia kk tu kerja cari pasal je. Hahaa orang kl tak boleh duduk kampung. Dekat kl bising tak macam kampung balik kerja penant nak ketenangan. Hahaa kalau gaduh tu dia saje nak menang :) Aku respect dia sebab dia banyak tolong kitorang. Tak sempat nak ucap apa-apa last day sebab dia pegi kursus. 

Banyak sangat program duduk sana. 7 minggu saje dapat 4 sijil. Cecah dah 40 sijil aku kat rumah tu. Haritu minggu last pegi jalan Pulau Pinang. Seronok gila! Pegi Bukit Bendera, Street Art, Batu Feringgi. Bukit Bendera macam takde apa. Street art best gilaa, bergambar sakan. Sewa basikal, mengayuh tak ingat dunia. Lepas gian woo, bertahun tinggal zaman kanak-kanak. Haha! Last malam tu makan burger tepi pantai dengan sound ombak dia, layan gila. 

Balik daripada Penang semua benda aku teringin makan. Sebab dekat Penang bila malam aku reti makan biskut, roti takpun susu dengan nestum. Mana ada kedai makan bukak malam kat sana. Pagi dengan tengahari makan kat klinik je. Sebab tu bila balik kl semua benda aku nak merasa. Weekend ni dengar cerita ada orang nak belanja Magnum Cafe. Jommmmm!