background

Saturday 19 July 2014

Ke Banting? Oh God!

Senang je nak test samada manusia ni sebenarnya sentiasa bersyukur atau tak. Mulut memang senang ucap acah2 "Aku sentiasa bersyukur dengan apa yang terjadi". Try test bagi benda yang diorang tak suka, tak ready onthespot. Sure punya akan melenting, percayalah :) 

Tetiba hari jumaat (18.07.2014) madam panggil semua group satu naik klinik ortho. Ingat kan dah kenapa. Nak cakap pasal cuti? Mustahil. And lagi membuatkan dada aku dupdapdupdap, madam kata bad story. Bila semua dah kumpul baru lah semua rahsia tersebar. Kitorang yang ke banting dulu minggu depan! Oh Shit. Yang sepatutnya ke banting group dua. Itu aku tak kisah siapa ke banting dulu sebenarnya. Yang aku kisah kenapa suka buat kerja last minute?! Lepas tu kitorang yang huru hara. Baju tak pack lagi! Barang tak beli lagi! Stok makanan tak beli lagi! Puasa bebuka sahur kat sana. Dekat ceruk banting sana tu? Tak guna sebenarnya bila mengadu kat ibu papa. Alih alih aku yang kena. "Kau tak percaya rezeki? Kau tahu kat gaza tu makanan diorang macam mana? Kalau susah sangat nak beli makan esok call je ibu. Nanti ibu sampai!" Aku kena balik. Suka macam tu ibu ni, dekat mana pun aku kena campak mesti suka dok hantar makanan. Bukan itu yang aku harapkan sebenarnya. Aku nak ibu lepas aku bawak kereta kat sana. Harapan kan? Susah kalau mak ayah tak percaya anak ni! Bila aku fikir balik sebenarnya banyak manfaat kalau kita pergi dulu. Tapi aku still tak suka bila kerja last minute! Bersyukur saada, bersyukur :) Actually sebenarnya group kami ni GROUP TERKORBAN. Banyak pengorbanan kitorang, paksa rela haha. Kitorang yang masuk ed dulu, kitorang yang group bertindih, kitorang jugak yang kena pergi sana LAST MINUTE. 

Last day dekat psy, yang memula dulu rajin sangat dok menular kat ed. Patient pun best, sataff pun sempoi. Haha tapi keseronokan dia tak sama macam kat ed. Sebab mungkin ed buat kerja MA. Tapi mula2 je lah suka dok pegi ed, dah lama2 rasa macam " Hah ed? Buat apa pegi sana? Malas." Disebabkan kena bertindih dengan group lain, so first day masuk psy agak krik krik sikit lah :) Sebab madam kata biar diorang buat kerja, pergi rehab, klinik, visit semua. Awak jangan kacau kerja diorang. Sebab bila diorang keluar baru awak boleh buat. Hmm kitorang request nak extend kat ed tak mahu bagi. Masuk tak buat apa, bosan sangat. So kerja kitorang bertiga bila habis aerobik, lepak kejap, pergi makan, sembang dengan sir pastu kalau ada masa pergi ed :) Sampai sir kata "Saya pening jaga awak bertiga, dari kat ed lagi dah haru. Tapi saya sayang awak bertiga, awak nakal, taknak dengar cakap saya tapi kerja awak buat." Sampai sir panggil kitorang THREE STOOGERS! haha

Sir: Awak bertiga ni dah macam THREE STOOGERS tahu.
Kami: Hah? Stoogers tu apa sir?
Sir: Tolol.
Kami: Oh my god! Sampai hati sir!!
Sir: Tak lah, dia macam cerita budak nakal. Lucu tengok cerita tu.
Kami: Kenapa tak panggil THREE IDIOT je sir? Sebab diorang pandai, masuk universiti.
Sir: Tak mahu sebab THREE STOOGERS ni pun masuk universiti jugak.
Kami: Lol

Sir suka pandang rendah kat aku. Kata budak kl tak pandai masak. Kata budak kl memang lah suka keluar sampai lewat malam sosial. Cakap macam tu sebab aku tidur haritu.Suruh aku pergi kelas potong bawang. Suruh aku pergi belajar masak. Rendah sangat pandangan orang dekat budak kl. Actually nak bagi tahu, budak kl double triple pandai buat kerja rumah dari korang. Asal keluar malam je sosial, MENTALITI! Pergi bebuka, pergi sahur, pergi beli barang, pergi main mercun. Sosial? Bila kena pergi banting, orang first yang kitorang cari ialah sir. "Lepas ni saya dah takkan jumpa stoogers". Ayat last sir. Alahhh lepas ni datang selayang balik lahh. Hahaa

Agak seronok bila tinggal bertiga sebab semua kita yang buat, haha. Sampai ada sorang budak lelaki ni suka dok hafal nama kita bertiga. Lepas aerobik "Akak jom lepak" Haha sampai SN tu pun terkejut :) Waktu nak balik "Akak esok ada lagi kan? Lain kali nak balik bagi laa tahu dulu" Hamboii kau, kalah lecturer aku sampai kena report kat kau semua benda kitorang buat? Haha. "Akak jom tengok tv". Bila bagi tahu yang kitorang nak balik  "Ehh kak sebelum balik makan laa dulu" Hah banyak lah kau, kau tu patient, tak puasa boleh lah. Hingat kitorang ni sama macam kau ke? Haha actually bila dia dah keluar, dia lah yang kitorang paling rindu.