background

Monday 9 July 2018

Setahun empat bulan 💋

Finally keputusan yg aku buat kali ni betul betul nekad. Lepas setahun empat bulan. Payah actually tapi sebab nekad. 

Okay so raya tahun ni serious puas. Sebab dapat cuti paling lama. Haha 💃 disaat semua org dah start keje, aku masih bahagia golek atas katil main phone. Rabu ke rabu. 

Bila kau dah cuti lama, then kena start keje macam biasa. Dia rasa macam mood terhenti seketika. Haha mood raya and mood cuti sama. Nasib baik keje 2 hari je pastu cuti balik. Even sabtu kena keje sebenarnya tapi cane nak keje kan nak g johor aida kawin. Bos kena lah faham kan 😂 and masa pegi johor tu join pika, anis dgn jima. 7am sampai 12am balik 😊 kl-johor-melaka-seremban-kl dalam sehari. Tak rare pun. Haha tapi sbb lenjan seharian mcm tu dgn diorg, first time.  

Balik kl tu continue raya and open house.  Makan makan and makan. Open house sana sini. Merata open house and harap lepas ni rajin lah nak diet balik. Haha 😂

And back to topic, mmg after raya nak cabut tapi kenapa masih lagi rasa serba salah tu? Khamis masuk keje tu bos takde so bos atas panggil tanya mcm mcm. Nak transfer aku kat sana lah sini lah. Aku okay je, tapi bagi aku lah kan for what kau nak campak aku kat sana kalau kau tgk figure sana pun sama je. Then jumaat tu terus aku cakap dgn bos aku,  nak resign. Yaa ofcourse kena ceramah kan 😀 actually niat nak benti ni lama dah. Dari tahun lepas lagi, after raya nak blah.  Tapi diorg support, bg motivation. Yee kat luar tu mana nak dapat kawan mcm diorg ni. Tu yg fikir dua tiga kali jugak tu. Aku sebelum buat keputusan, aku fikir lah dulu kan. Takdelah semua benda nak nekad. Nekad tu kalau aku bebetul dah takde hati.

Selasa tu terus aku bg RL. Aku bukan tak fikir ke apa tapi aku dah habis fikir. Buat apa aku stay kalau aku tak boleh survive? Asyik org tolong je. Gila lah aku tak sayang, setahun lebih kut kat sini. Dari tak bertegur sampai lah bertepuk tampar. Sangat sangat rapat. Aku buat keputusan utk diri aku, life aku. Aku tak boleh ikut orang. Sbb life kita tak sama. Komitmen kau dgn aku pun lain.

Last day aku tu aku tak rasa apa langsung sampailah 4.45. Aku geram je bos buat buat lupa. Aku dahlah rushing nak g johor. Pastu bila dah settle semua lepas kemas kemas fatin panggil. Dia lah yg paling first aku ngam. Perangai dia semua dlm tangan aku 😂 sembang semua dgn dia pastu fahmi datang terus cakap. 'Mungkin bukan rezeki kau kat sini. Goodluck lepas ni mana pun kau pegi. Jangan cepat putus asa, give up.' Terus rasa lain. Then fatin marah 'kau jgn nangis ehh!' No weh tak boleh. Aku senyum terus bangun. Tak mana ada aku nangis. Aku kuat diluar, tapi kat dlm hanya tuhan yg tahu 😪

Tak tau nak mantion mana dulu sbb bagi aku semua banyak tolong aku. Asmira. Kalau dia tak tolong aku, aku tak kenal korg. Aku tak dapat pun masuk sini. Dia antara org yg berjasa gila dekat aku. Even dia ada reason utk ignore aku, tapi tak dia tak pernah sekali pun tggl aku. Duit aku banyak habis pun sbb dia 😁 haha merata ajak makan tempat best best. My good motivation. Dia brain wash aku setiap kali aku kata aku dah give up. Fatin. Orang first yg aku rapat dalam team tu. Dia pernah kata 'aku kalau nak resign pun aku fikir bos doh.' And dia pernah bg aku leads predective open. Baik gila. Mana ada org nak bg mcm tu wey masa tahun lepas. Penentu gaji kau. Tapi dia bg 😘

Bos. First impression aku kat dia 'dia sangat baik'.  Yups dia mmg baik. Benda yg takkan pernah aku nafikan. Tapi lately ni dia annoying gila. Haha 👅 semangat yg dia bg kat aku / kitorg tak pernah kurang walau teruk mana pun kita jatuh and walau tinggi mana pun kita kat atas. Tapi kalau dia stress, aku tak mengaharap langsung motivation. Sbb nanti jadi lain. Sakit hati je lebih nnti. Standard mcm aku pernah kata 'kalau kita boleh terima kelebihan dia why not kita terima kekurangan dia jugak kannn. Fahmi. Aku tak minat cara dia. Menyampah gila masa memula. Then first start okay dgn dia masa dia bayarkan 100plus aku kat 7e.  Masa tu aku tak sihat. Tapi memula aku rasa dia ni kenapa saje nak baik baik dgn aku ke apa kan. Tapi lepas banyak gila dia tolong aku msg aku setiap kali aku down. And baru lah aku rasa dia okay. Aku cakap dgn dia memula aku nak resign then dia marah. Pastu aku tipu dia. So dia taktau pun aku bebetul nak blah. Last day bulan lepas dia bg aku target suruh buat pastu pepandai lah dia nak tolong aku mcm mana. Janji aku lepas dulu target yg dia bg tu. Bila dia personal dgn bos, bos bgtau aku last jumaat. Terus dia datang kat aku. 'Baru berapa bulan dah koyak ke sis?' Ni bukan cerita koyak ke give up ni cerita pasal komitmen. Then terus tak tegur aku. Sbb dia tau dia takleh buat pape aku dah tender. Thanks last wish kau utk aku!

And untuk semua, thankyou guyssss! Samada aku mantion atau pun tak, korg semua sentiasa dihati 💋 cehhhh! Haha kenangan dengan korg paling manis paling takkan aku lupa, JANJI!  Berat weh nak tggl. Sampai masa bos hantar aku kat pintu depan tu aku tak tercakap apa melainkan thankyou. Dah susun cantik cantik dah ayat tapi tak terlafaz 😬 nak jumpa semua pun tak sempat. Mana yg sempat je boleh say goodbye. Padahal memula dulu tak rapat bercakap pun tak. Ada tu yg gaduh teruk tahun lepas sampai bos kena tukar tempat, tapi tahun ni lek je cita pasal mc sebab g iv last bila apa semua. Hahaha entah lah rasa nak pusing semua balik. Tapi..... Emm pape pun wish me luck after thisssss 💕

Thursday 14 June 2018

Bawangvengers **bians

2018 tahun paling busy.

Ni tempat paling lama aku stay. Aku rasa cukup lah aku nak cukupkan dua kali puasa and dua kali raya kat sini. Hati tu ada lagi kat sini tapi maybe dah give up. Aku tak tau kenapa atau mungkin aku sorang je rasa ni tempat paling bermakna bagi aku daripada yang before before ni. Sebab apa? Environment kot. Kawan kawan. Management. Tempat. Sesuai dengan jiwa aku. Give up tu menjadi jadi bila genap setahun. Taktau kenapa 💁 












Tapi honestly dekat sini membe paling best. Tau tak nak buat keputusan pun rasa serba salah .Serba salah dengan bos. Dengan kawan kawan. Emm. Diorg susah senang sesama. Motivation selalu mujarab. Cuma dah fade up. Kenapa tegaskan kitorg ikut flow tapi skrg kata kitorg lurus? Tu je paling aku tak suka. Sebab kau nampak skrg respon teruk pastu bebudak lain buat gempak then kau suruh ikut. Kenapa tak dari dulu kau pesan mcm tu? Sebab kau suka suruh org yg cari solution. Bukan kau yg carikan. Patutnya tu tugas kau. Kau taknak alasan tapi kau yg patutnya lead kitorg bukan suruh kitorg lead diri sendiri. Function kau apa? Kenapa dulu aku rasa dia manusia paling baik tapi sekarang dia yg paling aku tak suka. Tak nafi kan dia banyak tolong. Tapi setiap pertolongan dia tak pernah pun jumpa jalan penyelesaian. Tapi aku appreciate apa yg dia pernah buat. Just sakit hati dengan apa yg dia buat skrg. Buat macam kitorg nothing. Sanjung org lain padahal dulu org lain yg naikkan kau. Well, manusia 💆

Harini 29 ramadhan. Esok raya. Yeaayyy! Mood raya tu ada. Cuma kenapa rasa berbelah bagi 😔 kalau ikut kan, aku dari tahun lepas lagi dah kata lepas raya aku nak blah. Tapi aku stay. Stay sbb diorg. Support yg tak pernah habis. Tapi tahun ni tak boleh lah. Moment aku kat sini lain. Rasa macam ni lah tempat yg patutnya aku stay sampai bebila. Tapi..... emm entahlah! Kawan kawan. Dari aku tak rapat langsung sampai lah rapat sangat sangat. Sangat rapat. Aku rasa berat sbb semua tunjuk effort nak tolong aku supaya stay. Korg jugaklah penghabis duit aku and menggemukkan 😁 makan makan makan dan makan! Haha 

Tanggungjawab 1. Yelah tahun ni sejarah tercipta. Buat pertama kalinya kerajaan brganti tempat. Guys 20 tahun aku tunggu. Negara kita dijajah secara halus. Tu pun korg tak nampak lagi? Sebenarnya dari dulu. Aku join politik dari aku tak sekolah lagi. Yes masa tu aku tak tau apa apa lagi. Tapi macam macam jadi depan mata aku. Buka puasa dekat hkl pun pernah, dekat penjara pun pernah. Tawaf jalan kaki jauh jauh. Semua dah merasa. Apa yg aku tau yg tak salah ditindas. Setiap malam jumaat pegi damansara (sebelum pindah) solat hajat. Yg kita kecik ni main kat playground. Ingat lagi dulu kitorg empat org .Hana, rozi, saida and aku. Benda paling wajib main buaya buaya. Hana tu dulu baru darjah satu ke tadika tak ingat tapi kalau cerita pasal family dia tak menangis langsung. Tapi dia selalu cakap dia sedih. Aku tak cakap aku tau semua benda, tapi pasal politik ni kalau nak kata aku budak tak tau pape ke apa ke, tak payah lah kalau kau pun baru join setahun dua. Agenda politik pun tak tau. Kita didedah kan dengan benda benda tak betul. Pasal sejarah kita. Sejarah islam. Aku ingat lagi masa kat kolej najmi pernah tanya 'kau yakin ke sejarah yg kau belajar dulu betul? Kau cuba fikir kenapa perlu ada zaman batu zaman purba semua tu sedangkan nabi adam umat pertama turun ke bumi pun dah ada pisau batu semua benda. Zaman rasulullah, dah siap meniaga ada meja apebenda semua.' Kau yakin sejarah kau sejarah yg sebenar? Aku tak yakin. Sedangkan akta pun boleh tukar sesuka hati ni kan sejarah. Sbb tu lah lecturer pengajian islam aku dulu kalau masuk kelas dia tak cita pasal topik subjek. Dia lebih banyak cita pasal politik. Sejarah tu dia selit sikit je asal paham.

Tanggungjawab 2. Bila kau plan nak kawin. Maknanya kau ready nak galas tanggungjawab. Kawin bukan setakat KAWIN! Banyak cabaran halangan duka yg kau akan diuji. Kalau kau sanggup tempuh maknanya kau mmg dah ready nak kawin. Tapi kalau sikit sikit merungut itu ini bising semua tak kena maknanya kau tak ready lagi nak tempuh alam perkahwinan. Cakap senang. Ye mmg cakap senang sebab orang tak rasa apa kau rasa. Then kau kena lah hadap sbb kau yg buat keputusan. Org cuma boleh nasihat bg pandangan tapi solution tu kau yg kena cari sendiri. Kalau dah kawin tapi still mengaharap kan family kau. Semua beban kau letak kat family kau tanggung sesama. Tak salah. Boleh je share sesama tapi kau tak boleh lepas tangan. Itu yg tak boleh sebenarnya. 

Dah lah penat ah bebel panjang panjang 😌 esok dah nak raya. Nak continue buat keje rumah. Nak rasa cookies sesedap. So selamat hari raya guys. Hopefully dapat cuti dengan tenang. Minggu depan kita onduty 😁

Friday 19 January 2018

2017 always in my heart 💕

Okay first seriously rinduu gilaaa nak tulis blog. Weh lepas tukar phone raya last year terus blog takleh bukak. So mmg aku akan tulis mcm mcm. Hahahahaha! 

First ofcours nak cite pasal Badut's gang. Alhamdulillah koyah dah kawin and skrg tgh tggu org baru. Masa koyah kawin kat kelantan serius aku punya usaha nak pegi. Haha sbb wedding dia ahad. So masa tu cuti raya haji. So mmg akan jem. Aku takut aku tak sempat nak g keje isnin tu sbb bos dah warning takde alasan jem. Nak mintak cuti ai takut 🤔 haha bos kalau dah bebel serius takut. Okay so rezeki masa tu malaysia menang apa tah so isnin direct cuti so yeay! Haha sampai sana syasyaa jadi driver tak berbayar. Bawak kitorg jalan. Tapi best serius sampai rasa taknak balik! Hahahaha so far dgn diorg ni sentiasa akan jadi best moment 💕 sayang korg dunia akhirat.

Pastu nak cita pasal keje. Ni paling banyak aku nak olah. Sbb ni pun best things jugak. Aku masih keje yg sama even banyak kali rasa nak resign tapi sbb diorg selalu hasut JANGAN BENTII so ai stay. Serius aku stay sbb korg korg. March ni genap ai setahun kat sini. Book of record tempat paling lama aku keje. Kahkahkah. 

Aku keje almost 9 month so agak ngam jugak lah skrg ni drpd memula dulu. Sbb dulu baru masuk aku behave sikit haha skrg blh dah kut nak tunjuk perangai sebenar aku 😅 fist kenal bebetul perangai aku fating. Haha dia mmg takkan kata aku baik even semua kata saada baik. Ehh masa memula org pggl aku nazatul. Haha then haritu bos tukar tempat. Dah lah aku kena duduk sebelah dia satu hal, aku dah stress. Lagi nak letak lelaki sblh aku. Masa tu aku request nak zati sblh aku. Nasib baik bos approve. Haha sbb kalau asmira atau fatin bos takkan bg sbb kuat nyembang. Tapi kan zati taknak masa tu sbb dia kata tak rapat dgn aku haha! Sbb aku pernah duduk sblh dia and krik krik. Hahaha tapi bila dah duduk macam anjing dgn kucing!

Okay continue cita pasal zati. Dia ni paling paling satu kepala. Dah lah paling lambat nak ngam dgn dia haha! Sbb memasing acah susah nak tegur org. Hari hari gaduh sampai bila ngadu kat bos dia kata 'korg dua samaaa jeeee!' Hahahaha and sebenarnya aku paling bengang dgn zati. Serius sbb dia lah bos tau perangai aku and dia kata kau ni tak lah baik mana. Bila briefing cita pasal aku pastu gelakkan aku. Tapi takpe sampai bila aku nak acah acah kan. Haha zati kata aku fake. Acah nak selindung perangai. Haha tidak weh tidakkkkk aku cuma nak cari keselesaan. Haha then now aku dah jumpa so okay lah. Haha pastu shikin. Dia dari team bos ijad. So new year ni mmg totally changes. Zati pun dah pegi gi. So aku dapat duduk sebelah shikin. Aku cuba cari keserasian dgn dia. Haha satu kepala jugak. Dia ni panggil aku 'terencat' hahahha! Sakai dia ni. Tapi dia baru resign isnin haritu. Aku nak ikut dia tak bg. Emmm so aku bertukar lagi kawan sebelah meja. 

Memasing tau aku dah start rapat nak resign lah shuffle team lah. Okay so dulu aku akan reject kalau bos letak kiri kanan lelaki. Dulu maybe boss akan approve setiap apa yg aku request. Tapi maybe skrg tak dah kut. Haha elak aku kena sound je nanti. Haha so sorg senior sorg junior. Yg junior ni kawan saidah. Dulu dia pernah mintak tlg aku nak keje sini. Bukan tak bg tapi tengah tutup pengambilan new staf. Skrg dia masuk under membe dia so mesti dia ingat aku taknak tlg dia. Haha tapi tak lah dia sempoi. Budak budak sangat tapi satu kepala. Haha senang diperbodohkan. Kuat gaduh jugakk sampai tak buat keje aku haha. Senior sebelah usya panas. Haha 😄 okay so far aku sangat sangat selesa lat sini. Kalau boleh aku nak stay, kalau boleh. 

Asmira. Kawan sekolah dari sekolah rendah. Masa sekolah aku tak minat kawan dgn dia. Haha alaa budak kan. Last aku rasa dulu aku gaduh dgn dia. Tapi masa aku contact dgn dia nak mintak tlg dia nak keje ni dia okay. Serius dari first day aku masuk sampai harini dia guide aku, dia tolong aku, hantar aku balik. Kalau aku down dia positive kan walaupun cara dia tu kekadang macam apa masalah budak gila ni?! Haha Aku susah nak gaul dgn org. So bila aku sorg dia akan tarik aku and dia tak pernah tggl aku. Thankyou. Walaupun bebudak ni kata dia  bebal and aku pun kekadang panggil dia bimbo 😂 tapi sampai harini aku still hargai apa yg dia buat kat aku. Membe aku pernah tanya dia ramai kawan tak? Asal kau rapat dgn dia kat sini? So untuk tu aku sorg je ada jawapan. Dia banyak tlg aku. So harini dia nangis teruk sbb ada sorg budak tak guna ni sakit kan hati dia. Padahal dia banyak tlg budak tu. Dah lah weh takyah layan org gila mcm tu 🤔 

Okay last part is my family. December haritu fyka kawin. Alhamdulillah. Semua okay okay saja. So ai dapat sorg lagi abg ipar. Yg kali ni wayar putus. Haha masuk air. Tapi tak sampai sebulan diorg kawin diorg exvident. Motor lori langgar. Innalillah. Fyka takde pape. Cuma awais teruk sikit. Before new year haritu diorg kena. So seminggu jugak admit kat hospital ampang. Haha so menggamit memory serius 😋 

Three part of my life. Paling penting setakat ni. Secara tak sengaja ter'join susah senang dgn korg semua last year. Serius 2017 paling paling belajar positive paling belajar susang senang. Serius mind set aku ni mmg dah dibasuh kaw kaw. Haha 😍😘