background

Saturday 21 May 2016

Perhentian the best moment

Sabtu pun masih bekerja! Okay lah tu last week dah sakan cuti. Haha! Tak sangka sampai jugak kat perhentian. Tapi sebelum sampai tu seribu satu dugaan jugak lah. Dari awal dah mcm2 hal. Sampai last tu aku cakap 'dah lah saidah, aku dah takde hati nak pegi.' Haha sampai saidah kata lek aa kita ada masa lagi. Kau jgn buat keputusan melulu. Hmm so makin hari makin excited sebenarnya. Haha bertolak pulak khamis malam junaat. Seat dlm bas pulak mcm apa main campur2. Haha nasib membe2 je, so boleh tukar. Kitorg berlima perempuan duduk bawah, diorg kat atas. Makanan semua kat kitorg haha best ahh cite dia kan. Syada mcm stranger pada awalnya. Kitorg pun borak dgn fahin, zaty je. Dia pun mcm taknak geng je. Lain gila dgn dulu. Macam dah ayu sikit, haha. Dulu en ganas gilaa dia, tu yg satu kepala tu. Memasing nyenyak gila tidur. Aku dgn saidah dah takleh tidur. Perut aku masuk angin pulakkk! Pukul 2 bas berenti rehat. Beli makanan apa semua pastu masuk dlm bas makan. Puas ahh dapat nasi masa tu. Pastu diorg sound 'apa doo makan dlm bas. Taknak kawan ke weeiii.' Haha nampak korg pun tak. Ajak pun takkkk. Kbye! Lepas makan baru nyenyak gilaa dpt tidur. Tp kejap je. Dua kali kena tipu kata dah sampai. Haha sian kat zaty. Beg dia paling besar. Dia siap dah angkat beg nak turun hahaha siot betul saidah. Menipu jo kojonyooo. Second time tu fahin sound "kembar ni patut ah tak tidur, keje kejut org jeee!' Hahahahahahaha syada dah gelak macam apaa masa tu.


Dah sampai tu, turun je bas pakcik kecoh tu kata pakej kita kena tipu. Bodoh je sakit kan hati org pagi buta. Masa tu menyirap gilaa. Bukan apa sbb dia memekak pastu dok ikut mana kita pegi. Then last tu ofer pakej dia. Kepala hotakkkkkk! Hahaha lari terus dok pondok. Masa tu dah teringin nasi lemak lauk paru dgn telur mata. Hahaha pastu syada kata 'woi banyak gilaa kau makan, td bukan kau makan ke?' Alaa tu pukul 2, skrg dah pukul 6 kottt. Kau tu je yg tak reti makan dri tadi hahaha! And last betul ahh kata pakcik tu. Memasing dah menyirap, so lepak luu makan haha. Kita dah sampai, nak balik pun tak guna. So cari pakej baru. Nasib pakej tu bayar RM100 je. Kalau bayar full mati wei. Masa tu paling nampak sister and brother hood doh. Collect duit mcm takde apa. Yelaa tak semua cukup duit kan. Pakej kita tu pulak tak termasuk mkn. So sebelum gerak kumpul duit beli mineral, roti, megi. Nasib saidah bawak banyak gilaa jajan. Function jugak.  Paling aku respect masa tu, megat. Dia punya usaha tiptop. Terbaik aah aku cakap. Memasing dah takde mood masa tu. Tunggu boat kat jeti nak ke perhentian. Sampai dah check in bagai pukul 12 tu lepas mandi memasing tidur. Janji pukul 2 nak makan and mandi pantaiiii, yeayy! 







Aku baru nak lelap syada dah kejut ajak lepak. Gilaa doh dia, haha. Sabar doh, aku dah aa tak tidur smlm. Then lepas makan tgh hari memasing mandi. Masa tu serius heaven gilaaaa. Seronok tau. Bezaman tak mandi laut. Laut pulak terbaik gilaaa cantik dia. Memasing main pasir macam tak pernah jumpa pantai. 



Best aa serius. Sebelum maghrib balik bilik mandi. Fahin ngan zaty dah g makan megi dgn megat. Gilaa awal. Td janji mcm taknak ikat perut asyik makan megi je. Ni diorg yg makan awal. Makan betiga pulak tu. Haha so mandi terus syada ajak g makan megi. Lepak lama gilaaa masa tu. Serius mengimbau kenangan. Memasing nak cite pasal sekolah rendah. Hahaha dari A sampai Z semua habis keluar. Ye laa dulu rapat kot dgn dia. Tetiba je hujung tahun darjah 5 lepas kawan dgn sheena, yanie, miera, hadhirah, durani semua terus tak rapat dgn dia. Paling banyak buat kerja gila dgn dia. Haha pukul 9 naik bilik tgk fahin dgn zaty dah tidur. Wei tak function nya tidur awal! Syada ajak borak lagi, haha lepas tu memasing dah naik katil tarik bantal nak tidur. Baru nak tidur diorg ketuk pintu ajak turun lepak pantai. Boleh je laahhh drpd bosan kan. Sbb dekat bawah je ada line, tu yg on je tu. Tgk petunjukan api benda semua pastu pukul 11 naik. Diorg lepak lagi, sbb kitorg mmg nak naik pukul 11 pun. Tiga org je perempuan pulak tu.


Pagi tu paling excited nak snorkeling. Benda yg diidam kan selama ni. Weeee seronok gilaaaa! Kitorg bawak jajan, biskut semua. Diorg beli nasi. First turun tu mmg dah excited gilaa sbb mmg best pun. Serius tak rasa takut langsung. Haha diorg semua pakat takut. Paling mengah bila nak patah balik ke boat. Haha laut dia lawan arus lahhh. Semput dohh! First point dgn second point diorg tarik aku balik ke boat. Then rehat makan. Part ni pun paling nampak sister and brother hood. 4 bungkus nasi share 10 org. Seriusly. Masa tu diorg tanya wei cukup tak, cukup takk. Alahh cukup lah utk alas perut kan. Tapi aku bersuara jugak masa tu, aku kata tak cukup. Lapar dooo! Pastu saidah marah, haha lek aa aku gurau je. Pastu turtle point best gak. Masa kat situ laut dia dah senang nak gerak.  Lepas puas tgk turtle terus aku cari boat. Jauh gak aku redah nak ke boat. Pastu kena marah kata tak function naik boat awal. Alaaa nanti aku yg paling last, hahaha! Last point paling the best! Ada satu mcm tebing tu kita boleh panjat then terjun. Last tu laut paling dalam gilaa. Sbb mmg tak nampak langsung dasar. Best utk terjun aa kan. Sbb bila terjun tu kan kita akan tenggelam then timbul balik. Aku, saida, dgn zaty dah standby dah nak terjun. Memasing dah bising sbb perempuan. Alaahh lek aa. Pastu boat datang ajak balik. Yg diorg dok suruh terjun je. Pastu memasing dah naik boat, then suruh tinggal kitorg. K lahh pasrah tak dpt terjun. Tapi nakk, rugi gilaa dah sampai tak dapat terjun, emmmmmm! 








Best moment lah snorkeling tu. Haha pastu masa dah sampai bilik dah siap beratur tunggu turn nak mandi dah kot. Boleh pulak diorg ajak mandi lagi. Syada dgn saidah laa. Aku dah malas pastu kena paksa. Tak puas lagi lah apa laahhh. K lahhh aku ikuuttttt. Hahaha paling gila turun bertiga pulak tu. Yg ni best moment gak. Haha continue balik story malam tu yg tegendala. Hahaha flashback lagi zaman sktm dulu. Syada penipu haritu dia kata tak ingat kitorg. Ni apa kes sampai birthday pun tau. Siap nak report dekat cik rosli lagi. Mana dia kenal ayah akuuu?! Haha abang aku kakak aku apa semua dia ingat lagi. Elehhhh kau tak lupa aku kannnnnn! Then ayat paling aku rasa terharu dia kata 'aku tak sangka doh korg cari aku sampai mcm tu sekali.'  Yelaa wei. 10 tahun kitorg tak pernah lupa kau tauu. Gigih gilaa aku cari no phone kau sampai mintak kakak aku no abg kau. Paling banyak share story dgn dia. Haha

Malam tu lepak makan lagiii. Haha yg tu pun share jugak. Serius ahh makanan cukup2 share 10 org. Serius! Haha pastu lepak jap tgk api. Mmg pukul 11 tu nak naik pun. Pastu naik syada nak turun balik. Aku mmg dah malas. Pastu syada tarik saidah. Dia paksa turun. Aku dah malas. Pastu turun jugak lahh sbb nak beli mineral. Megat dah pesan nak turun beli air je, then naik. Takyah nak lepak2. Lepas beli air tu diorg ajak gak lepak. Ushhh sumpah malas doo. Ingatkan kalau diorg nak lepak, lepak je laa aku nak naik. Pastu syada pulaakk kitorg takde dia taknak. Memasing dah paksa masa tu. Alaa kejap jee, sejam jee. Korg nak takut apa, takde apaa laahhh. Bukan masalah takut, malassss. Kfine tepat sejam naik. Haha! 


Pagi tu dugaan jugak. Bas pukul 9. Boat pukul 8. Pakcik boat tu mcm haram pulak tak bg kitorg naik boat. Ehh siot! Usaha punya usaha. Kitorg dapat satu boat utk ke jeti besut. Tapi kena bayar lah. Satu kepala RM20. Takpe lah drpd telepas bas. Sampai sampai mmang bas dah terlepas pun. Usaha lagi. Naik teksi kejar bas. Dugaan apa ni? Dah mcm amazing race katanya. Nasib sempat naik bas. Masuk bas memasing buat muka. K takpe tidur dulu. Pukul 1 pun bas tak berenti lagi. Perut aku dah masuk angin kot. Pukul 2 tu bas berenti terus cari nasi. Mmg tak ingat apa dah makan. Pastu beli jajan utk mkn dlm bas. And lastly sampai jugak. 


Dugaan dgn perhentian mmg hebat. Mmg the best moment ah ganu bagi. Tapi benda tu lah yg lagi nampak sister and brother hood. Together gila dooo. Serius cakap. Bila handle problem tu tak nampak mcm dah 10 tahun tak jumpa. Even ada je yg tak lah 10 tahun mana. Thanks dekat yang banyak gilaa keluar duit. Serius tak berkira keluar duit mcm apa je. Serius serius seriusss! Even ada terbuat muka sikit enn. Haha banyak kali kena tegur asal kau buat muka. Alaa wei aku mmg mcm ni aaaa. Lek aaaaa! Yg ada salah faham ke, sorry ahh. Tak sengaja tuuu! Thank you bekerjasama utk 3D3N. Serius thanks. Dugaan tu mmg hadap sesama. Yg mana kurang sesama lengkapkan. Serius. Belajar sahabat gilaa even tak rapat langsung. 

Syahada. Haha paling tak sangka boleh jumpa dgn kau balik. Tak sangka lepas 10 tahun lost contact. Sbb kau paling gilaa, paling satu kepala. Ingatkan bila dah jumpa balik, dah ayu. Haha ganas tu tak pernah hilang. Mmg dari dulu pun mcm tu. 10 tahun bila makan pulut sri muka confirm ingat kau. Tak sangka doo. Haha tak sangka jugak lepas 10 tahun boleh rapat boleh satu kepala mcm 10 tahun lepas. 

Balik tu saidah terus suruh msg zaref minta maaf. Alaahhh kenapa pulak. Aku gurau je kann takkan nak terasa. Aku rasa dia pun okay sbb last tu pun dia siap say bye lagi. Pastu dia paksa gak dia kata cakap jelah kau tu dah lah banyak sound dia. Dia cakap kau bukan nak dengar. Masa malan dia mintak maaf kat kau pun kau buat bodoh je. Kau tak baik tau buat org mcm tu, mmg lah dia annoy. Kesian dia doo. K lah k lah k laaahhhhh! Alaa dia tu serabot kot. Haha annoy gilaa. Malas aa nak layan tu yg macam buat bodoh je tu. Tapi aku okay je dgn dia. Last tu pun aku cakap baik je dgn dia. Sbb aku pun kesian jugak dgn dia kann. 

'Wei, terbaik kot megat handle. Serius cakap dia punya usaha tu tiptop gilaa. Tak berkiranya dia weeiii.' 

'Alahh kau kan tak suka dia,' saida.

Ye doo aku mana pernah suka dia. Dari sekolah rendah lagi. Haha dia tu kalau lawan mulut boleh musuh. Sbb mulut dia kalau perli cam hare. Haha tp serius belas tahun kenal tak sangka gakk dia baik. Mana ada org nak buat mcm dia buat wei. Aku berani kerat jari. Hulur duit macam takde apa. Jaga membe macam bapak jaga anak, haha. Siap kira lagi cukup 10 org. Betul doh kalau dia takde tak tau cane. Sbb semua benda dia usaha sorg. Dia ada aura yg bila dia cakap semua org akan ikut. Sbb dia punya idea tu bernas belaka. Senang cite dia pandai bercakap.

Ingatkan aku sorg je rasa best. Rupanya memasing dah ajak next vacay. Haha aik tak menyesal ke wei hahahah! Ye laaa mcm2 dohh jadi. Ingat dah taknak join dahhh. Agak dah, yg dugaan tulah yg akan di kenang sampai bebila, haha. Aku dah kata, ni mcm2 jd ni mesti bila balik memasing takleh move on. Apa yg aku sangka betul. Kbye!