background

Sunday 6 March 2016

Functionistme

Wei sekejap betul rasa dah bulan tiga. Rasa mcm baru semalam new year. Makin meningkat umur, makin ramai kawan kawan dah nak kawin. Dalam masa satu hari, dua org bertunang. Terkejut tuu ye, tak sangka lagi lah ye. Jodoh kan, harap sampai ke jinjang pelamin aminnn. Ramai betul dah kawin. Yang kawin diam diam pun ada, sampai bila jumpa dah ada anak sorg. Ramai je. Ye laa lupa pulak dah dua puluh dua tahun. Dah layak pun kawin. Sebab dalam fikiran masih lagi fikir 'hah awalnya kawin'. Hahaa

Bosang. Sekejap je dah nak dekat setengah tahun aku keje sini. Tempat paling lama aku keje. Kadang rasa nak maki org. Kadang rasa nak bunuh pun ada. Tapi macam ika ckp 'keje kau diantara bidang profesional, apa keadaan pun kau kena profesional. Bila kau pegi hospital or klinik utk dapatkan rawatan, kau jgn fikir kau sorg je sakit. Belambak lagi org yg lagi teruk perlukan rawatan awal drpd kau yg takat demam bayar RM1 utk dapatkan ubat dan MC semata! Fikir org doh. Kitorg ni bukan sesaje triaj kau last last. Kadang tu bukan nak kata apa, kalau sakit teruk sempat ke nak lilit selendang ala ala hipster make up tebal seinci dengan minyak wangi, kalau lelaki siap pakai jam, cermin mata ala ala cover macho, rambut belah tepi. Tak larat wei. Aku demam pun nak pegi klinik sarung bawal plain yg tak gosok atau nak senang aidijuma dengan tshirt trackshut selipar weh. Tu pun longlai habis. Nak senyum senyum balas msg pun tak larat. Psikologi kena kuat. Hebat betul dugaan kena hadap manusia yg pelik pelik.
Yang datang tetiba cakap 'hai dik akak yg dtg last week tanya pasal ubat tu ' Guys, kalau org yg duduk depan pc layan call 24 jam mungkin ingat muka customer. Tapi untuk org yg mengadap macam macam jenis bentuk rupa orang dalam satu hari, mustahil gila akan ingat muka kau. Kadang nak tanya  'Hah akak yang mana eh' rasa bersalah gila. Ada org aku ingat laa, ada org mana nak ingat. Yang 4 bulan lepas kau dtg buat check up yang suka hati sound org, pun bila kau dtg balik aku blh lupa. Sampai kakpipah ckp 'nilah budak biadab tu'. Baru aku macam patut lah muka dia aku rasa macam something wrong. Patutlahh ira dari tadi dok tepis aku. 

Situasi masa nak amik burger ni lagi aku kena kutuk teruk gila.

Akak : Dik baru habis keje eh?
Sf : Haah kak
Akak : Dik ubat smlm adik bagi tu dia utk apa eh.
Sf : Hah saada tu dia tanya (tarik aku ke depan)
Ns : Hah haha akak amik ubat apa eh, yg mana satu?
Akak : Alaa dikk yg semalam tu. Kesan dia teruk tak.
Ns : Laa saya tak ingat laa kak, esok akak datang saya check balik.
Akak : Eei adik yg inject akak smlm kan.
Sf : Wei saada ni pt Dr Shamsir laa.
Ns : Ohhhhh akak yg smlm tu okay okay effect dia mmg ...............

NANA : Saada kalau artis ke gosip ke semua dia tau. Hebat, segala macam cerita kalau bet dgn dia kalah kita. Tapi part muka pt dia mula lah 'aku lupaaa', 'mana nak ingaattt, 'mana tahuuu'. Sokmo gitu.
Kakpipah : Mu selalu lupa org, benda lain tu boleh je ingat.
Iraa : Suruh aku mkn tebonin, tapi kau yg kuat lupa.



Dapat iv bebetul area tempat keje saidah. Gila sape taknak. Beriya pegi tapi aku redha je kalau takde rezeki, tipu lah kalau tak mengharap kan. Dah lah dekat, best area pulak tu sape taknak. Tapi takde rezeki, sokayy. Lately ni diorg minat sangat dengan titiwangsa. Haha nak midnight katanya. Boleh lah boleh. Syima semenjak keje nak hangout susah kemain. Sampai bertekak jugak lah. Beriya betul sakan keje. Last makan dekat the ship new year 2015, midnight reramai dgn housemate ma julai banja. Lama sangat dah.



Next, dataran. Baru je keluar nak jalan, hujan turun. Macaammm takde rezeki. Aku punya tak sedap hati dari ondaway td lagi. 
Dekat titi lepak lama gila. Semua cerita bukak. Cerita praktikal. Paling sakit hati dekat klinik ortho. Paling tragis dekat penang. Paling tak sangka cerita bebudak ma julai. Pergh kan haha baru tahuuu. Cadang nak sampai subuh, tak sampai pukul dua memasing ajak gerak. Sampai rumah pukul dua, baring sekejap dengar mcm ada org ketuk pintu. Antara dengar dengan tak. Ada org meninggal. Jiran aku. Pagi tu tanya ibu 'buu kak ida dtg eh smlm?' "Haah dik pukul 4 pagi td, dia bg tau cik razak meninggal." Innalillah. Baru dua minggu lepas ibu paksa abg dgn papa ziarah dia.

Plan birthday kakak. Dalang prank kakyana. Dia yg create idea. Ingat nak surprise dekat sani char subang bestari. Abg lama ngidam mkn situ. Tp tempat tak sesuai. Last plan dgn kimura, dia ajak kat foodjam sg buloh. Plan dah sebulan, tinggal lg sehari ika g kantoikan. Eeiii geramnya. Haha dia salah masuk group. Kakak yg kebiasaannya jd silent reader terus masuk. Dia blh screenshot msg dgn kimura then hantar kat group family. Semua hentam dia. Haha okay pastu memasing perbaiki keadaan. Siang tu aku masuk dlm group acah acah nak lepak mitsui sepang. Abg acah acah pegang standby. Malam tu sebelum pegi aku msg personal kakak acah nak oder western. Konon minggu tu aku tak balik, so mintak kakak hantar next week. Kakak percaya habis. Sampai, kereta mmg kena park jauh jauh. Tempat mmg statik sbb kimura dah booking. Time nak set tu kakshida gelabahkan kata kakak dah sampai. Aku dah laa tgh pegang selotip, terus gelabah pegi duduk. Haha kakyana dgn saida punya menyirap dgn aku. Hahaha! Sampai sampai kakak senyum terus dia marah kimura. 'Kau pandai kan nak pegi diy laa, teringin nak mkn pasta laa. Aku dah pelik hari hari buat pasta pun teringin.' Haha 'kau pandai kan saada tak balik lah minggu ni'. Kakak relax lah! Selalu kamu leader dalam bab bab mcm ni. Kamu tak pernah kena pun, kalini apa salahnya adik adik nak kenakan kakak pulakk, hahahaha! Makanan dia healthy food. Lengkap, protien, karbo semua. Best laa, murah. Tapi muak jugak lah makan banyak.

Cabonara, oglio olio, bolonese
beef, chicken, salmon
garlic bread, mach potato, coastlo.






Benda paling seronok bila
kau dapat balas dendam
kes buli balik.



The best family I have.




Susahnya nak lengkap macam ni even raya. Bila dah lepak macam ni, beratnya nak kena balik and start keje! Rasa nak lepak lelama lagi. Okay next vacation april nanti. Make sure semua free and nak holiday sepuasnya. Lama sangat tak cuti dgn family. Setahun sekali tu yg nak tunggu berkurun.

Macam mana kalau tetiba kau dapat friend request then dia tegur kau hai saida kenal lagi tak aku. Dah lah nama salah, dp langsung aku tak kenal. Nasib perempuan, aku reply jugak lah. Kalau lelaki mmg aku ignore je. Rupanya membe sktm. Wei 10 tahun, kemain lain muka izati iskandar. Sembang sembang terus dia create group. Makin ramai makin aku rasa nak left group. Sebab ramai yg dah buat hal masing masing. Tak rasa nak join conversation diorg sbb tak masuk. Tapi bila diorg start bahan 'cinta monyet' dulu dulu kelakar gila haha. Terkena gilaa. Haha ramai yg tak kenal dan saling kenal balik dlm tu. Tp bg aku, semua spesies manusia dlm tu aku kenal. Memory aku kuat weh even aku pelupa tahap giga. Bab kawan aku takkan lupa. Membe tadika pun aku ingat lagi. Yg finalis mentor protuje black tu pun aku still ingat lagi. Tusyen sesama, balik tu jalan sesama pegi kedai nenek dia. Rumah hijau sama. Main taknak kawan sesama. Jaguh nasyid dan jaguh netball. Last jumpa masa kat restoran cherana masa 2006. Sekali dgn arwan izwan pilus, nieyl mentor, ewal af pun ada masa tu.. Ayah dia cikgu muzik kat sktm. 10 tahun dah. Memasing ajak support sbb malam ni final. Malas ah, banyak lagi keje aku.